Rate

BAB 21- PARUT

Romance Completed 454604

Raif yang sedang duduk di sisi katil, mengelus lembut rambut Inas yang sedang tidur di sebelahnya.. Bibirnya tersuing naik ke atas..mengingatkan kembali apa yang berlaku siang tadi.

"Mandikan manis.. Lebih susah dari mandikan Ash dan Pearl.." kata Raif.. Teringat kembali bagaimana Inas memarahinya dan berkeras tak mahu disentuh.. Semasa dimandikan..

Perlahan-lahan Raif membongkok badannya membawa bibirnya mendarat di ubun-ubun Inas dan mencium lama dengan sebelah tangannya mengelus lembut di pipi gebu Inas.. Raif kemudiannya berbaring..perlahan-lahan mendekatkan dirinya dan memeluk tubuh Inas. Mata Raif melihat ke wajah Inas yang sedang tidur, mengerutkan dahinya..sampaikan keseluruhan wajahnya turut ikut sama..menunjukkan wajah gelisah sedang memikirkan sesuatu yang terasa berat untuk digambarkan..

''walaupun itu hanyalah satu mimpi.. Manja tak izinkan manis rasa terseksa dan kesakitan..manja akan jaga manis..lindungi manis, lebih dari nyawa manja sendiri..'' Raif mengelus dahi inas dengan lembut..sesekali dia menghembus disitu..

'sanggup manis tunggu manja? Tunggu sampai manja pulih..? Manja sendiri tak pasti yang manja akan pulih..manja takut nak hadapi itu..manja tak tahu nak cakap macam mana kepada manis..tetapi semua ni sangat sulit..' sesuatu yang ada didalam dirinya seperti ada satu benteng untuk membenarkannya menyeberang..

Keesokannya.. Inas bangun dari tidurnya... Perkara pertama yang inas nampak adalah wajah Raif.. Raif yang sedang mengiring melihat sambil tersenyum kepadanya..

''dah bangun ? Kenapa manja tak kejut manis?'' kata Inas sambil berpaling mencapai telefon bimbitnya..

''masih awal..'' jawap Raif..

''hmmm..ya masih awal..'' kata inas sebaik, melihat jam yang tertera di telefon bimbitnya. Kemudian dia berpaling melihat kepada Raif semula..

''kenapa manja bangun awal sangat ni? Tak boleh tidur? '' tanya Inas.

''saja.. Manja tengok manis tidur..'' jawap Raif.

'eh! Lain macam pulak bunyinya.. Takkan merajuk pula? Aku ada buat salah lagi ke?'

''manja..okay ke ni?'' tanya Inas. Memegang lengan Raif.

''hemmm.. Manja nak tanya sesuatu boleh tak?'' tanya Raif.

'tanya apa pula? Nak tanya siapa Arman ke? Nak tanya apa ni?' hati Inas mula gelisah.

''tanya apa tu?'' kata Inas takut-takut..

''dahi manis ni.. Terluka sebab apa?'' kata Raif menyentuh dahi Inas.. Memegang luka yang sudah sembuh sempurna.. Cuma hanya ada parut muda yang kelihatan disitu..

'parut ni...' Inas turut menyentuh parut itu. Segera Inas menarik rambutnya lalu menutup parut tersebut.

''jangan lah tutup..manja tanya ni!'' Raif menghalang tangan Inas dari terus menutup parut itu.

''manis..'' panggil Raif menangkap pergelangan tangan Inas.

''parut kan.. Tak ada siapa pun sukakan parut, manja..'' kata Inas melarikan wajahnya.. Berpaling dan bangun dari perbaringan..

''hati.. Hati dapat merahsiakan semua kepedihan..dan kesedihan..'' Raif memegang bahu Inas..manahan Inas dari terus berpaling pergi.

''manja..manisss...'' Inas menunduk.. Raif bangun dan merangkak turun dari katil berdiri di hadapan Inas..

''Manis tak pecayakan manja?'' tanya Inas.. Inas kembali mengangkat kepalanya..memandang tepat kedalama anak mata hitam milik Raif.. Mulalah Inas menceritakan semuanya kepada Raif..

''siapa nama perempuan yang beri manis parut ni?'' tanya Raif menyentuh kembali parut didahi Inas.

''kenapa? Manja nak buat apa dengan dia?.. Itukan cuma masa silam manis..'' kata Inas sambil mengoyangkan tangan Raif.

''manja nak pastikan orang-orang di masa silam manis tak mengganggu manis lagi.. Macam lelaki tu....'' kata Raif menekan setiap bait katanya..

'Manja.. Kadang aku terasa.. Macam kau sengaja buat-buat perangai kau macam tu manja? Sekejap jadi macam budak-budak ..sekejap jadi macam ni! Keliru lah?' Inas merenung wajah Raif lama tanpa berkelip.

''manis..''

''manis..''

Panggil Raif.. Sehingga dia mengoyangkan bahu Inas..

''hah! Ya!'' jawap Inas.

''mandi jom..'' ajak Raif menarik tangan Inas.

'what! Cukup lah sekali aku dah malu alah..takkan nak mandi lagi dengan dia.. Argghhh!!! '

''nak kena cakar lagi! .. Manis mandi sendiri..'' kata Inas.. Berlari keluar dari bilik itu..

''nanti manja pergi bilik sana..kita solat sama..'' laung Raif.. Melihat kearah pintu biliknya kembali ditutup semula oleh Inas tanpa berpaling kepadanya..

Mereka turun kebawah untuk bersarapan bersama..seperti biasa ada Maya di ruang itu..wanita yang sangat sibuk menguruskan urusan syarikat dan juga sibuk melakukan kerja amal disana sini..

''wah! Lovebirds kita dah turun.. Come have a seat.. Breakfast with me..'' kata Maya memperlawa pasangan itu.Duduklah mereka berdua di meja makan bersarapan dengan Maya..

''Tun.. Begnya saya dah siapkan..'' kata Rohana..berpalinglah mereka bertiga melihat kearah rohana yang datang dengan satu bagasi besar bersamanya ..

''dah siap ya..minta Pak Akob masukkan beg tu kedalam kereta..'' arah Maya kepada Rohana.

''mama nak kemana dengan beg besar tu?'' tanya Raif.. Tangan Inas yang sedang menyuakan makanan ke mulut Raif ditolak ke tepi..

''mama nak ke rumah kak Hanania..dia kan dah nak bersalin..'' jawap maya memandang kepada Raif dengan senyuman manis diwajahnya.

''tapi- tapi... Rumah kak Hanania tu jauh mama.. Australia! Mama dengan beg besar pula tu..mama nak tinggal dengan kakak lama ke? Manja nanti macam mana?kalau manja rindukan mama macam mana?'' rengek Raif dengan manja..menarik hujung baju milik Maya. Maya ketawa kecil melihat kelakuan Raif manja seperti kebiasaannya..

''anak mama yang manja ni nak rindukan mama.. kalau rindu call lah Mama.. Boleh video call Mama..sekarang dah moden sayang.. Jauh pun terasa dekat.. Lagipun, Manja kan dah ada Inas.. '' kata Maya menunjuk kepada Inas yang sedang mengunyah makanan di dalam mulutnya.. Raif turut berpaling melihat kepada Inas yang sedang makan.

''mama rasa tak sempat kamu nak rindukan mama.. Mama yakin Inas boleh jaga manja dengan baik..'' terang Maya lagi..

''lama mama pergi? '' tanya Raif lagi.

''hmmm.. Tak pasti.. Tapi jangan risau, abang akan balik kesini untuk jenguk manja.. '' kata Maya sambil menepuk lembut pipi Raif.

Selesai makan.. Mereka menghantar Maya ke halaman rumah sekaligus mengucapkan selamat jalan kepadanya..

Inas melihat kepada Raif..yang sedang berdiri disampingnya..mata hitam raif tak lepas memerhatikan kereta yang dipandu oleh Pak Akob yang mula keluar dari perkarangan rumah..lama kelamaan kereta itu semakin jauh dan terus hilang dari pandangan mata mereka semua..

''manja....'' Inas meraih tangan Raif.. Dia cuba untuk menduga emosi yang sedang dialami oleh lelaki disebelahnya itu..

''manja..nak jenguk ash dan pearl.. Manis nak ikut tak? '' tanya Raif.

''hmmm.. Tak-tak... Manja pergilah.. Manis okay je disini..'' jawap Inas..melepaskan tanganya dari tangan Raif lalu mengoyangkan di hadapan Raif.. Menolak pelawaan itu.

''okay.. Manja pergi kejap yea..'' Raif sempat memeluk Inas sebelum dia meninggalkan Inas.

Inas memilih untuk berjalan-jalan di halaman rumah besar itu..melihat pokok-pokok tua yang merendang meneduhi kawasan rumah itu..terasa nyaman dan damai..ditambah pula dengan angin yang meniup lembut menyapa tubuhnya..sungguh sempurna sekali..

Titt! Titt! Bunyi hon dari motosikal menganggu ketenteraman Inas yang sedang menghayati keindahan alam semula jadi itu.

''siapa tu..posmen ke?'' terjenguk-jenguk Inas melihat kepada motosikal yang ada di luar pagar.. Melihat kepada gaya lelaki itu seperti posmen. Berjalan lah Inas kearah pagar..

''cik ada barang.. Saya tak tekan loceng sebab dah nampak cik di luar ni..tak apa kan?'' tanya lelaki itu .. Inas tak dapat melihat riaksi wajah lelaki itu kerana dia memakai topeng mulut dan berkaca mata hitam.

''tak apa.. Biar saya yang ambilkan..'' kata Inas..

Lelaki itu segera mengangguk.. Dia meneliti helaian dokumen miliknya yang berada di tangan..

''ungku..Raif...''

''yea betul lah tu..'' potong Inas sebelum lelaki itu sempat menghabiskan membaca nama suaminya..

''minta sain di sini ya.. Nombor tujuh belas..'' kata lelaki itu menyuakan helain kertas itu di celah pagar dengan sebatang pen..Inas menyambutnya dari sebelah pagar sini dan menurunkan tanda tangannya disitu.

''okay dah..'' kata inas mengembalikan semula helaian kertas tadi kepada lelaki itu..

''ini barangnya..terima kasih..'' lelaki itu meyerahkan satu bungkusan kepada inas..

''sama-sama ..terima kasih..'' balas inas menunduk, melihat kepada butiran yang tertera diatas bungkusan itu..

Bederau enjin motosikal itu mengaum pergi dari rumah besar itu..

'apa benda ni..rasa macam buku je..' teka Inas sambil menampi nampi bungkusan yang ada ditangannya.. Kakinya melangkah memanjat naik halaman rumah yang agak meninggi untuk masuk kedalam rumah.

Titt! Titt! sekali lagi bunyi itu singgah ditelinga Inas.

Inas segera berpaling.. Ternyata di luar masih ada lelaki tadi sedang melambai kepadanya dari luar sana..

'dah kenapa pula? Takkan salah pula..kan ni nama manja..takkan aku tak tahu nama suami sendiri pula..' Inas melangkah turun semula kearah pagar menjinjit bungkusan tadi..

''maaf cik! Ada satu lagi..saya terlepas pandang..'' kata lelaki itu.

''oh! Saya ingat apa lah tadi..'' jawap inas menerima bungkusan yang agak nipis pula kali ini ..

''perlu saya sain lagi? '' tanya Inas.

''tak perlu..maaf tau cik..ganggu cik dua kali..'' balas lelaki itu..

''tak apa..terima kasih ..'' kata Inas..

Lelaki itu mengundurkan motosikalnya .. Kemudian memecut pergi dari rumah besar itu..manakala Inas membaca nama pemilik bungkusan itu..

''eh.. Muhammad Hamzi bin Hamzah???'' Inas membawa sampul itu dekat dan jauh di hadapan wajahnya..menilik nama yang tertera disitu.

'kenapa nama abang.. Tak ada ungku dihadapan? Nama abang tak sama dengan nama manja..??' berkali kali inas melihat nama Hamzi yang tertera di hadapan bungkusan nipis itu.. Bermacam-macam persolan yang timbul didalam kepalanya..

'tapi aku nak bertanya dengan siapa? Kak ann? Atau dengan manja sendiri? Tapi kalau aku tanya.. Nampak macam aku ni macam penyibuk pula kan..sedangkan manja sendiri tak pernah nak bercerita hal tu dengan aku.. Dia banyak ceritakan hal dia je..nanti kalau tanya dia salah sangka pula..' masuklah Inas kedalam rumah besar itu.. Sementara ini.. Perkara itu dibiarkan menjadi tanda tanya buatnya.. Menanti waktu yang sesuai untuk bertanya..

Hai.. Bertemu kembali kita.. Selamat bermanja dengan MANJA... (^_-)

Share this novel

awer
2022-10-13 22:42:07 

lain dr yg lain citer nih..x pnah lg baca watak suami sakit gini...ha..dah masuk fasa best

Rosmani Md Ghani
2021-02-13 16:36:19 

it has*

Rosmani Md Ghani
2021-02-13 16:36:05 

Wow, that story of yours is really interesting! I like it because he has touched my heart. Because I like sad stories after that happy


NovelPlus Premium

The best ads free experience