Chapter 33

Romance Completed 16118

MARYA

MARYA menutup mulut, menguap. Mazrin yang memandu di sebelahnya menjeling.

“Mengantuk ?” soal pemuda itu.

“Ya. Letih pun ada,” jawab Marya sambil bersandar lesu di kusyen. Mereka baru pulang daripada penggambaran iklan di sebuah kawasan peranginan. Seminggu mereka terkurung di sana. Malam itu, apabila segala-galanya selesai, dia dan Mazrin bergegas pulang.


“Aku tengok kau langsung tak ada rehat. Take a break for a few days, Marya. Jaga kesihatan tu sama,” Mazrin menasihatinya.

“Tengoklah. Mungkin selepas balik dari London, aku akan ambil rehat,” angguknya. Dia terpilih untuk memperaga di London sempena London Fashion Week. Elda, yang disebut-sebut akan mendapat peluang itu tidak terpilih. Muncung sahaja bibir Elda sepanjang hari selepas diberitahu oleh Miss Nita.

Mazrin menghantarnya sampai ke hadapan pintu pagar kondominiumnya. Dia menarik nafas lega apabila berada di dalam kediamannya. Pantas sahaja dia bergegas ke bilik tidurnya, menghumbankan badan ke atas tilam empuk.

Lega… malam ini dan esok aku akan berehat puas-puas, fikirnya apabila teringatkan yang dia tiada apa-apa aktiviti untuk sepanjang tempoh masa itu. Tangannya mencari-cari suis lampu di tepi katil. Sebentar kemudian, lampu kecil di atas meja tepi katil itu menyala. Dia membalikkan badannya, memerhati meja itu. Matanya tertumpu kepada frem-frem gambar yang tersusun di atas meja itu. Antara frem-frem itu, terlihat gambar Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience