Completed
25489
23 tahun kemudian…
BUNYI siren ambulans memecahkan keheningan suasana pagi di sebuah hospital kerajaan yang terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
“Doktor Ariff!”
Seorang jururawat sedang berlari mendapatkan lelaki yang baru keluar dari bilik rehat itu.
“Patient trauma dah sampai!”
Tanpa berlengah Ariff Adham terus menyarung kot putihnya, segera melangkah sambil bertanya beberapa soalan rutin kepada jururawat itu.
“CT scan dah buat?”
“Belum sempat, doktor.”
“Move!”
Wajahnya tenang. Langkahnya pantas. Dalam beberapa saat sahaja dia sudah berada di ruang bilik kecemasan.
“BP dropping!”
“Prepare intubation!”
“Suction!”
“Doctor!”
Ariff pantas mengambil-alih pesakit di hadapannya tanpa sedikit pun kelihatan panik. Situasi yang sudah biasa dihadap saban hari.
“Scalpel.”
“Clamp.”
“More suction.”
Seluruh pasukan memandang lelaki itu penuh hormat. Walaupun baru berusia dua puluh sembilan tahun, Ariff terkenal sebagai antara doktor bedah terbaik di hospital itu.
Selepas hampir dua jam bertarung dengan nyawa pesakit, pembedahan itu akhirnya selesai. Ariff menghela nafas panjang.
“We got him.”
Seluruh bilik kecemasan itu turut menarik nafas lega. Situasi mencemaskan tadi telah berjaya dilalui dengan cemerlang.
RUANG di sudut rehat dalam bangunan hospital itu agak sunyi saat petang hari menjelma. Tempat ini di mana Ariff sering duduk untuk melegakan seketika keletihan setelah melalui hari yang panjang.
“Hai.”
Satu suara lembut tiba-tiba datang menyapa ketika Ariff sedang duduk bersandar di kerusi sambil melayari sebuah laman media sosial di telefon pintar. Dia lantas berpaling.
Seorang wanita berwajah jelita dalam uniform doktor sama sepertinya mengambil tempat di kerusi berhampiran lalu menghulur secawan kopi panas.
Renungan Ariff jatuh pada raut wanita itu sebelum segaris senyuman meleret di bibirnya.
“Thanks, sayang.”
Syazana, kekasih Ariff. Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu ketika dia ditukarkan untuk bertugas di hospital ini.
"Penat?"
"Sikitlah." Ariff menjawab pendek.
“You skipped lunch again, Ariff.”
Ariff hanya tersenyum nipis. “Dah biasa.”
Syazana menjeling manja. “You’ll collapse one day.”
“I don’t mind. As long as you’re here to treat me.” Ariff tersengih.
Lalu mereka berdua sama-sama ketawa. Sudah memahami bidang tugas masing-masing.
Syazana kemudian menyandarkan kepalanya ke bahu Ariff. Aksi biasa yang selalu dilakukan. Malah, hampir semua orang di hospital itu sudah tahu tentang hubungan istimewa mereka berdua.
“I miss you, Ariff.”
“I know,” balas Ariff sambil tunduk menatap ke wajah kekasihnya.
“Then, bila kita nak kahwin? Dah dua tahun kita bercinta.” Syazana menyoal penuh harapan.
Ariff diam sejenak selama beberapa saat. “Tak lama lagi. I akan masuk meminang you.”
Syazana tersenyum gembira dengan jawapan Ariff. Itu sudah cukup memberi keyakinan kepadanya. Walaupun sebenarnya dia langsung tidak tahu takdir sedang merencana sesuatu yang berbeza dalam jalan hubungan mereka.
***
SEMENTARA itu, di sebuah firma arkitek yang terletak di pusat bandaraya masih kelihatan sibuk walaupun waktu sudah melepasi ke pukul 6:30 petang. Beberapa orang kakitangan masih berada di meja kerja masing-masing.
Di satu sudut kubikel dalam ruang firma itu, Alya Adriana sedang tekun menyiapkan rekabentuk sebuah pelan bangunan melalui perisian AutoCAD. Tangan kanannya menekan-nekan tetikus sementara tangan kiri pula berada di atas papan kekunci.
Bagaimana pun, ketika dia sedang fokus mengadap ke arah skrin laptop di hadapannya, ruang matanya tiba-tiba menjadi kabur. Sebelum sakit kuat yang menyucuk menyerang di dalam kepala.
“Auch!”
Alya segera memegang kepalanya. Jarinya memicit pelipis. Fokusnya terhadap tugasan yang disibukkan hilang seketika.
“Alya, awak okay?”
Teman Alya di kubikel sebelah menegur. Alya segera mengangkat kepalanya. Lalu dia cepat-cepat tersenyum.
“Saya okay.”
“Tapi, muka awak pucat.”
“Erm saya tak cukup tidur kot.” Alya menutur alasan.
“Betul ke?”
“Ya. Don’t worry, I’m okay.”
“Kalau awak tak larat baliklah dulu berehat. Lagipun, dah nak malam ni.”
“Kejap lagi saya balik. Tinggal sikit je lagi nak siapkan design ni.”
Rakannya lantas mengangguk tanpa ingin bertanya lanjut lalu berlalu pergi. Sebaik sahaja bayang temannya itu hilang dari pandangan, senyuman Alya perlahan-lahan hilang.
Tangannya menggigil. Dia segera mencapai laci meja. Di dalamnya terdapat sebotol ubat. Tangan Alya bergetar ketika membuka penutup botol itu.
Sebiji. Dua biji. Dia menelan perlahan dengan bantuan air kosong.
Beberapa minit kemudian, kesakitan itu sedikit mereda. Namun, air mata Alya mula jatuh perlahan tanpa dipinta.
Dia membuka telefon pintarnya. Di dalam galeri itu masih tersimpan satu gambar lama.
Gambar dua orang kanak-kanak sedang ketawa riang bersama di bawah pohon rambutan. Seorang budak lelaki menggenggam erat jari kelingkingnya.
Alya mengusap perlahan gambar itu dalam pandangan sayu.
“Awak tentu dah lupa tentang janji kita dulu kan, Ariff…”
Air matanya jatuh menitis di atas skrin telefon. Senyuman kecil terukir di bibirnya.
“…tak apa. Saya pun dah tak lama di dunia ni…”
Keluhan berat berhembus. Alya merenung ke luar jendela pejabat memandang langit cerah yang beransur-ansur suram. Sama seperti ruang hatinya di kala ini.
Share this novel