Completed
24888
"Bila kita besar nanti saya akan jaga awak...” Janji itu pernah diucapkan oleh Ariff Adham kepada Alya Adriana ketika mereka baru berusia enam tahun. Namun masa yang berlalu telah memisahkan mereka. Dan apabila dipertemukan semula dua puluh tiga tahun kemudian, janji itu sudah lama dilupakan. Ariff kini seorang doktor bedah yang bertugas di hospital dan sedang bercinta dengan wanita lain. Manakala Alya pula seorang arkitek muda yang sentiasa ceria di mata semua orang, tetapi sebenarnya sedang menyembunyikan satu rahsia besar… dia menghidap sejenis penyakit kronik yang bakal membawa maut dan memilih untuk memikul penderitaannya seorang diri. Apabila kedua-dua keluarga mengatur perkahwinan mereka demi menunaikan janji lama, Ariff menerima dengan hati yang terpaksa. Begitu juga Alya. Mereka bersetuju untuk berkahwin hanya selama enam bulan sebelum berpisah. Namun, Ariff tidak pernah tahu mengapa Alya memilih tempoh enam bulan itu. Di sebalik senyumannya yang sering terukir, Alya hanya mempunyai satu impian iaitu membahagiakan kedua ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dan bagi Ariff pula perkahwinan mereka tiada sebarang makna. Dia hanya menunggu detik perkahwinan yang tidak diinginkan itu tamat tidak lama lagi. Saat kebenaran akhirnya terbongkar, Ariff terlambat menyedari bahawa wanita yang selama ini diabaikannya adalah satu-satunya cinta yang benar-benar memenuhi seluruh ruang hatinya. Dan dia sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi untuk menyelamatkan nyawa isterinya sendiri.
Update 04 September 2026