BAB 40

Romance Completed 28163

‘jangan diagungkan ego itu, kerana disaat akhir dikau yang perit menahan kesakitan. Engkau memanggilnya untuk kembali pun tiada guna, kerana semuanya sudah berakhir. All gone, love is gone too’

‘hubby! Kejarlah baby’ si bidadari yang berpakaian blouse putih disamping tudung shawl labuh berwarna putih itu menyuruh sang suami mengejarnya.

‘kalau hubby kejar baby, hubby dapat apa?’ sang suami yang juga segak berpakaian putih itu pun bertanya.

‘hmm…” si bidadari itu meletakkan jari telunjuknya di dagu dan membuat gaya seperti berfikir.

‘dapat baby!’ dia berkata lalu mengucup pipi sang suami sekilas dan laju meninggalkannya di belakang.

‘hei! Tunggulah hubby dapat baby! Siap baby!’ mereka berdua sungguh bahagia tatkala bermain kejar-kejar di taman bunga matahari itu. dikala mereka ralit bermain kejar-kejar itu, tiba-tiba sang isteri hilang dari pandangan sang suami. Dia cemas. Dia berlari ke sana, ke sini mencari kelibat sang isteri.

‘baby! Baby! Where are you?!’ pada dia sibuk mencari sang isteri, dia ternampak ada satu kenderaan yang terbang diudara. Dia memerhati kenderaan tersebut, dan rupa-rupanya ia adalah sebuah helikopter. Dan yang paling mengejutkannya, didalam helikopter tersebut terdapat seseorang yang dikenalinya iaitu isterinya. Dia cuba memanggil, menjerit nama sang isteri yang berada didalam helikopter itu, tetapi tidak kedengaran. Tiba-tiba dalam masa berapa saat, helikopter yang dinaiki oleh sang isteri meletup sehingga dia pun turut terundur kebelakang kerana terkena tempiasnya. Dia mengangkat wajahnya dan mendapati semuanya sudah berkecai.

Dia cuba berlari kearah helikopter tersebut untuk melihat sama ada betul isterinya ataupun tidak tetapi tidak boleh kerana semakin dia mahu mendekat, semakin dia berasa mereka berjauhan. Dia jatuh terduduk, meraung kesakitan.

“hubby..” dia mendengar suara sang bidadarinya memanggilnya

“hubby wake up” dirinya berasa pelik, kenapa perlu menyuruh untuk dia bangun?

“hubby, wake up! You had a nightmare!” Fatin mengejut si suaminya yang kelihatan berpeluh itu. pipinya juga kelihatan sembap mungkin kerana menangis akibat mimpi buruk tersebut. Rayyan bangun terkejut akibat kejutan itu. Badannya habis basah kerana disirami air peluh. Pipinya pula basah akibat air mata.

“baby~~” sejurus Rayyan membuka mata, dia terus memeluk tubuh isterinya dengan erat sambil teresak-esak menangis.

“kenapa ni?” Fatin bertanya sambil menepuk perlahan tubuh belakang sang suami. Rayyan pula membenamkan wajahnya di ceruk leher Fatin Adeera bagi menghidu bauan isterinya supaya dapat menenangkan jiwanya yang resah ini.

“baby tak akan tinggalkan hubby kan?” Rayyan mencebikkan mulutnya di ceruk leher Fatin.

“tak lah. Kenapa baby nak tinggalkan hubby?”

“hubby mimpi, baby tinggalkan hubby” air matanya jatuh berderai sejurus dia berkata sedemikian.

“hubby… tu semua mimpi jer. Jangan percaya sangat mainan mimpi. Tu lah, kan baby dah cakap jangan tidur selepas subuh.” Fatin mencekup kedua pipi Rayyan dan menghapuskan air mata yang berjujuran itu dengan lembut.

“don’t cry my baby boy.” Fatin mencium dahi, kedua belah mata, hidung, pipi dan diakhiri di atas bibir merah si Rayyan.

“feel better?” Fatin menggeselkan pula hidung mereka berdua Bersama. Rayyan tersenyum suka apabila diperlakukan sedemian.

“manjanya. Dah, bangun. Pergi siap-siap, dah pukul 8 pagi ni. Nanti lewat nak masuk office” Fatin berkata sambil menarik manja pipi si suaminya.

“hm tak nak! Malas” Rayyan memeluk erat tubuh langsing Fatin sambil menggoyangkan tubuh mereka kiri dan kanan seiringan.

“aip! Jangan malas-malas. Tak baik. Be a good boy okay?” Fatin mengucup bibir Rayyan sekilas.

“nope! I don’t wan’t! I wan’t to be your bad boy so that I can bring a heaven to you” kata Rayyan dengan suara serak basahnya lalu membaringkan tubuh sang isteri di atas katil yang lembut.

“hubby… jangan macam-macam. Nanti lewat kita nak pergi kerja,” Fatin menghalang tubuh sasa Qaiser Rayyan dari datang mendekat kepadanya.

“ I just want a kiss, babygirl.” Rayyan mengucup bibir Fatin yang merah bak delima itu dengan perasaan yang penuh dengan cinta. Entah kenapa, dia dapat merasakan bahawa ini merupakan kucupan kali terakhir untuk mereka berdua.

“manjanya dia ni” Fatin membelai rambut keperangan Rayyan dengan lembut setelah Rayyan melepaskan bibirnya.

“dengan baby jer” Rayyan meleretkan suara manjanya dan merehatkan mukanya di dada Fatin.

“dah, bangun” Fatin menepuk tubuh belakang Rayyan Dengan kuat dan menyuruhnya untuk bangun.

“nanti siap mandi, turun makan. Baby dah buatkan breakfast untuk hubby,” pesan Fatin kepada suaminya.

“baik boss” Rayyan bangun, berlari menuju kearah bilik air selepas dia menghadiahkan kucupan sekilas di dahi isterinya. Fatin tersenyum nipis melihat telatah Rayyan. Selepas dia mendengar cerita tentang mimpi Rayyan, dia terus berasa tidak sedap hati. Seolah-olah akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada mereka suatu hari nanti.

MQR COMPANY

“kau tak ada kerja ker datang sini?” tanya Rayyan sambil menaip sesuatu diatas papan kekunci komputernya tanpa melihat kearah rakannya Amirul Bakri yang sedang duduk santai diatas kerusinya dengan suit berwarna biru muda.

“ada lah, sebab tu aku datang jumpa kau” balas Amirul Bakri lalu mengeluarkan sesuatu dari file kerjanya. Rambutnya yang kehitaman itu sengaja dikuakkan ke belakang

“ouhh… ingatkan kerja kau usya awek jer”

“hei! Daripada aku usya jer, baik aku kebas terus.” Rayyan mengangkat keningnya kepada Amirul. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kawannya ini.

“mind to tell me?” Rayyan mengalihkan segala tumpuannya kepada Amirul.

“well. I already get what I want bro”

“seriously?” Rayyan memandang kearah Amirul Bakri yang kelihatan tersenyum sinis itu.

“yes! Kejap lagi aku ceritakan dekat kau. Sekarang ni, aku nak cakap pasal sesuatu, company kita nak wakilkan beberapa staff  yang menjadi sukarelawan untuk bantu mangsa banjir. So… aku datang sini, nak minta tandatangan kau untuk kebenaran surat tu.” Amirul menyerahkan borang tentang sukarelawan itu kepada Rayyan. Rayyan membaca borang itu dan menjatuhkan tandatangan beliau.

“aku okay jer. Asalkan diorang balik dengan selamat. semua boleh join kan?”

“ya. Semua boleh join”

“okay, back to your story. Macam mana kau boleh dapat?” soal Rayyan dengan nada tidak sabar.

“cerita dia macam ni…”

FLASHBACK

“macam mana ni? Duit tak cukup lagi untuk pembedahan ayah” omel Amira di kaunter pembayaran itu. ketika dia sedang khusyuk memikirkan masalahnya, tiba-tiba ada seseorang yang menghulurkan black card di kaunter tersebut.

“proceed with the operation. Saya nak bayar semua hutang dia” tutur seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna biru gelap Bersama seluar jean hitam itu. Amira membulatkan matanya setelah melihat gerangan tersebut.

“en—encik?”

“kenapa you tak cakap dekat I pasal ni? Kan I dah pesan, apa-apa yang berlaku beritahu I, kenapa degil sangat ni?” Amira menundukkan kepalanya setelah mendengar leteran lelaki tersebut.

“saya tak nak susahkan encik” Amira mengumam perlahan. Lelaki itu mengeluh kecil lalu menarik tangan Amira yang berlapikkan baju lengan panjang ke satu bangku setelah bayaran selesai dibuat.

“listen here little pumpkin. You tak pernah susahkan I. I lagi suka tolong you tau” bicara Amirul dengan lemah lembut.

“cuba ceritakan dekat I apa yang jadi actually? Bukan ayah you semakin pulih ker?”

“haah. Tapi penyakit dia tu ada lagi. Sebab tu, kitorang kena jalankan pembedahan sekali lagi”

“Fatin Dengan Diana tahu?”

“tak tahu, saya tak nak susahkan diorang. Cukuplah diorang dah banyak bantu saya selama ni” Amira menggelengkan kepalanya kiri dan kanan. Dia bukan apa, dia Cuma tak nak kawan-kawannya itu terbeban. Cukuplah mereka ada masalah masing-masing dirumah, janganlah tambah masalah dia pula. Dia Cuma nak menunjukkan bahawa dia sentiasa bahagia supaya hati mereka berasa senang.

“please don’t do this again. You sepatutnya beritahu diorang. Diorang tu kawan you tau, susah senang Bersama” Amirul menggosok perlahan kepala Amira yang dilapikkan tudung bawal itu. Amira yang tersentak dengan tindakan Amirul itu terus terundur kebelakang.

“nanti saya beritahu diorang. Pasal bayaran tu, saya akan usahakan untuk ganti balik hutang encik” Amira mengambil resit bayaran yang berharga RM 50,000 ringgit itu daripada tangan Amirul

“no need little pumpkin”

“janganlah macam ni encik. Serba-salah saya dibuatnya, saya bukan sesiapa dalam hidup encik” mata Amirul menajam kearah Amira yang sedang menunduk memandang kasut sneakersnya.

Amirul mencengkam rahang Amira tidak terlalu kuat lalu berkata. “no, you’re someone special in my life” dia mengelus hujung bibir merah jambu Amira. Amira terus menepis kuat tangan Amirul yang hingap di tepi bibirnya.

“listen here. Kalau you nak bayar juga hutang ni, then married me”

“what?!”

“you dengarkan little pumpkin. You kahwin dengan I, dan hutang you selesai. But don’t think I’ll let you go after we’re married. Bagi you, perkahwinan ini mungkin untuk selesaikan hutang. But not me ?????? eaziziti ( sayang), I kahwin dengan you sebab dasar cinta. I love you little pumpkin.” ujar Amirul dengan suara serak basahnya lalu bangun meninggalkan Amira yang kelihatan terkejut akibat luahannya. Belum sempat dia berjalan jauh meninggalkan buah hati, dia mengalihkan tubuh dan berkata “see your finger little pumpkin. You already be mine and don’t never ever take it off” dan mengenyitkan mata kirinya kepada Amira sebelum berjalan pulang. ‘tak sia-sia aku belajar magic’ Amirul menyimpan kotak baldu berwarna merah yang tiada isi itu kedalam poket hoodienya.

“sejak bila dia sarung cincin dekat tangan aku ni?” Amira mengumam perlahan dan membelek cincin tersebut.

ENDING OF FLASHBACK

“wow. jadi maknanya kau tolong dia tak ikhlas lah?” Rayyan menjungkitkan keningnya kepada Amirul sambil tersenyum sinis. Lengan baju kemeja yang berwarna merah itu disinsingkan ke siku menampakkan urat-urat ditangannya

“ikhlas lah! Fair lah tu, aku dapat dia. Dia dapat aku”

“kau pasti? Mana tahu kut-kut dia ada lelaki lain?” Rayyan sengaja mahu menduga sahabatnya itu.

“kalau dia ada lelaki lain, aku tak teragak-agak nak kurung dia dalam bilik” Amirul mendengus kasar apabila memikirkan ada lelaki lain yang akan mendekati bidadari kecilnya.

“dasar lelaki kuat cemburu!” Rayyan membalingkan pen kewajah Amirul tetapi cepat sahaja Amirul menangkisnya.

“cakap dengan cermin ker bro?” Rayyan mencebikkan mulutnya setelah mendengar perlian dari sahabatnya.

“kau dengan wife kau macam mana?
Okay?”

“okay, alhamdulillah. Perempuan gedik tu pun aku tak Nampak dah. Tapi entahlah, semenjak-menjak ni, aku asyik rasa tak sedap hati jer” Rayyan mengusap dadanya yang berasa gelisah itu.

“kenapa?”

“entahlah, seolah-olah akan ada sesuatu yang berlaku nanti.”

“tak pa. In Syaa Allah. Doa yang baik-baik saja, semoga semuanya dalam perlindungan Allah” Amirul menenangkan sahabatnya yang kelihatan resah itu. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya.

M’S ALIGHT COMPANY

“Atin, kau daftar ker nama untuk sukarelawan banjir tu?” Diana menanyakan kepada sahabatnya itu.

“daftar” Fatin yang sedang menaip sesuatu di komputernya pun menjawab.

“suami kau tahu tak?” Fatin tersengih kekok “hehehe tak”

“Atin, kau kena beritahu suami kau dulu tau. Tanya pendapat dia, minta izin dia dulu. Kau tu dah bersuami. Jangan buat keputusan sendiri tanpa berbincang”

“alah mesti dia bagi punya… kalau dia tak bagi pun pandai-pandailah aku pujuk dia”

“hm ikut kau lah… dia merajuk baru padan muka kau” Diana menggelengkan kepalanya sambil menasihat sahabat karibnya ini.

QAIRAY MANSION

“hubby…” Fatin meleretkan suara manjanya sambil menggosok lengan berotot suaminya yang sedang membuat kerja itu. mereka sekarang ini berada dalam mini pejabat Rayyan

“yes baby, why? Nak anak lagi kah?” Rayyan menarik Fatin yang berdiri di sebelahnya untuk duduk diatas ribanya. Fatin menampar kasar dada bidang Rayyan yang berotot itu kerana dia tidak mengenakan sebarang pakaian pun di badannya kecuali seluar panjang khaki

“gatal!” Rayyan ketawa melihat muka cemberut Fatin

“dengan baby jer” Rayyan mengucup bibir merah Fatin sekilas dan membetulkan kedudukan Fatin yang berada diatas ribanya.

“hubby, baby nak cakap ni”

“cakaplah” Rayyan membelai rambut Fatin dengan lembut

“baby nak ikut pergi aktiviti sukarelawan tu boleh?” tubuh Rayyan terus mengeras mendengar permintaan dari sang isteri.

“tak boleh” kata Rayyan dengan tegas. Dia bukannya tidak bagi isterinya pergi membantu orang. Tapi dia risau jikalau berlaku apa-apa. Kalau boleh, dia mahu pergi dengan isterinya. Tapi oleh kerana, dia sangat sibuk, jadi dia hantarkan wakil sahaja dan mensedekahkan apa yang patut.

“alah kenapa?” Fatin mengusap perlahan six packs si suaminya. Rayyan terus menangkap jari jemari isterinya. ‘haih nakal betul isteri aku, macam mengundang jer dia ni’

“sebab hubby banyak kerja. hubby kalau boleh nak pergi juga dengan baby, hubby tak nak berpisah dengan baby”

“tak apa lah, baby pergi dengan kawan jer”

“no, it means no”

“tapi baby dah masukkan nama”

“what?!” Fatin terkejut mendengar tengkingan suami. Dahlah duduk dekat atas riba dia jer. Boleh pekak telinganya ini.

“baby dah masukkan nama” Fatin menghembuskan nafasnya perlahan lalu mengucapnya dalam satu nafas. Mukanya pula tunduk memandang bawah kerana gerun dengan pandangan tajam sang suami.

“baby masukkan nama tanpa bincang dengan hubby?” suara Rayyan sekarang ini kedengaran kasar sekali.

“ who am I to you baby?” Rayyan mencengkam rahang Fatin dengan kuat dan memandangnya dengan tajam.

“my husband” Fatin menjawabnya dengan perlahan.

“then, why you didn’t ask me first?”

“sebab baby ingat hubby akan bagi” Fatin mencebikkan mulutnya apabila melihat muka Rayyan seperti kecewa. Rayyan mengeluh kasar.

“come, go to sleep” Rayyan mendukung tubuh Fatin dan membawanya ke bilik tidur mereka. Fatin merangkul erat leher si suaminya.

“hubby please… baby nak pergi” Fatin tersedu-sedan menahan tangisan.

“sleep babygirl” Rayyan meletakkan tubuh Fatin diatas katil dan memeluk erat tubuh langsing si isteri sambil berselawat kecil.

“please hubby” Fatin memujuk kembali. Wajahnya terletak elok di atas dada bidang Qaiser Rayyan.

“sleep babygirl!” kali ini tegas suara Rayyan bersuara. Dia menepuk perlahan punggung Fatin sehingga bidadarinya tertidur. Dia bukannya tidak bagi. Dia Cuma risau. Sudahlah sejak akhir kebelakangan ini, dia asyik berasa tidak sedap hati. Dan yang lagi mengusutkannya, wanita yang bernama Juju itupun sudah tidak dapat dijejaki. Dia takut jikalau Juju hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak disaat dia tidak berada disamping isterinya. Oleh itu, dia mahu sentiasa berada dekat dengan bidadarinya ini 24 jam.

3 HARI KEMUDIAN

Sekarang ini sudah masuk tiga hari Fatin Adeera dan Qaiser Rayyan tidak bercakap Bersama. Walaupun mereka tidak bercakap, tetapi Rayyan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami untuk Fatin, begitu juga dengan Fatin, masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Malah, pelbagai cara yang dia lakukan untuk memujuk sang suaminya ini. Salahnya juga kerana menduakan keputusan Rayyan. Fatin mengeluh kecil memikirkan apa yang perlu dia buat untuk mendapat restu Rayyan. Sudahlah hari keberangkatannya ke tempat banjir pada esok hari.

KNOCK! KNOCK!

Fatin mengetuk pintu mini pejabat Rayyan sebelum berjalan menghampiri jejaka tersebut. Rayyan pula hanya menjeling sekilas bidadarinya itu dan sambung menaip laporannya. Dia sekarang ni tengah merajuk, tak ada masa nak sweet-sweet.

“mio bel marito (my handsome husband)” Fatin duduk diatas kerusi dihadapan meja kerja Rayyan sambil menghadap si suami yang tekun membuat kerja.

“hubby please… janganlah merajuk. Baby nak pergi dah esok” Fatin menunjukkan muka comelnya kepada Rayyan. Beginilah selama tiga hari, Fatin yang akan sentiasa memulakan perbicaraan. Manakala, Rayyan pula hanya diam membeku. Nasib baik layanannya tak membeku, Cuma mulutnya sahaja yang beku. Susah benar nak cakap seolah-olah menyimpan emas didalam mulut tersebut.

“hubby izinkan tau” Rayyan hanya mengumam sahaja sambil membuat kerjanya. Fatin mengeluh perlahan lalu berjalan kearah Rayyan dan mengambil tangan kanan Rayyan lalu mengusapnya perlahan

“baby minta maaf sebab duakan hubby. Sumpah baby tak ada niat pun. Sepanjang hubby dalam hidup baby, hanya hubby yang baby utamakan… halalkan makan minum baby sepanjang kita Bersama. Maafkan baby jikalau baby buat hubby terasa dengan baby. Ingat tau. Baby sayang hubby. I love you so much mio bel marito ( my handsome husband). hubby jangan lupa rindukan baby tau. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke Jannah. Baby masuk tidur dulu.” Fatin menyalam tangan kanan Rayyan dan berjalan keluar. Entah kenapa dia rasa sebak tiba-tiba. Rayyan pula terkedu mendengar luahan sang isteri. Seolah-olah itu adalah luahan terakhir buat dirinya. Rayyan menunduk apabila mengingati nasihat dari rakannya, Amirul Bakri

“ jangan tinggikan ego kau Rayyan, nanti kau yang akan menyesal”

“apa kau cakap ni?”

“aku kenal kau dah lama Rayyan… aku tahulah kau tu macam mana. Dalam mood merajuk kau pun masih ada hati lagi nak usap gambar bini dalam telefon” muka Rayyan memerah mendengar perlian dari rakannya.

“tak payah merajuklah. Buruk muka kau bila merajuk” Rayyan memandang tajam kearah Amirul. ‘biarlah, aku merajuk dengan wife aku sendiri, bukannya dengan wife kau’

“turunkan ego kau Rayyan, sampai bila kau tak nak bercakap dengan dia. Nanti tiba-tiba kau tak bercakap dengan dia buat selama-lamanya menangis tak berlagu kau.” Amirul tahu apa yang berlaku diantara Qaiser Rayyan dan Fatin Adeera. Walaupun kedua-duanya tidak menceritakan tentang masalah mereka, tetapi dia dapat agak dengan riak wajah Rayyan dan Fatin. Masing-masing masam mencuka. Yang disini, beku kalahkan iceberg. Yang disana pula, berpura-pura bahagia.

“hm” Rayyan hanya mengumam sambil menyambung aktiviti kerjanya.

KEESOKAN HARINYA

Fatin yang sedang mengemas barang itu, melihat kearah sang suami yang nyenyak tidur itu. sekarang baru pukul 7 pagi. Selepas solat subuh terus jejaka itu menyambung aktiviti tidurnya. Mungkin dia tidur lewat semalam. Fatin pun tidak sedar waktu bila suaminya masuk tidur, tahu-tahu jer bila bangun suaminya ini sedang memeluknya erat sambil kepalanya terletak elok diatas dadanya. Mode merajuk pun masih lagi nak manja. Fatin tersenyum nipis.

“hubby, baby pergi dulu tau” Rayyan yang mendengar suara isterinya terus mencelikkan matanya buat seketika. Fatin terhibur dengan perlakuan Rayyan itu. mesti malu dengannya kerana hal pagi tadi.

“baby suruh Arden hantar baby kat airport. Kitorang pergi naik helikopter” Rayyan bangun mendadak apabila mendengar perkataan ‘helikopter’

“naik helikopter?” Rayyan mengerutkan keningnya. Kenapa macam ada yang tak kena eh?

“yes husband” Fatin mengusap perlahan wajah Rayyan. Dia bersyukur kerana disaat akhir ini terdengar juga suara pencuri hatinya ini. Terubatlah sikit rasa rindu tu.

“baby pergi dulu tau” Fatin menyalam tangan kanan Rayyan dan mencium kedua belah pipi Rayyan seperti biasa. Fatin berjalan keluar meninggalkan Rayyan yang masih dalam keadaan terkedu itu.

Sejurus isterinya pergi Bersama pembantunya, dia menyarungkan t-shirt hitamnya tanpa lengan dan berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur. Dibiarkan rambutnya yang serabai kerana baru bangun dari tidur. Tiba-tiba tekaknya berasa haus pula ingin meminum suatu. Semasa dia berjalan ke dapur, dia memandang kearah meja makan itu dan mendapati banyak makanan untuknya di waktu pagi ini. Rayyan tersenyum nipis. Rasa bersalah bertandang dihati kerana tidak menghantar isterinya pergi buat kali terakhir. Ini kali pertama dia akan berjauhan Bersama isterinya selama 5 hari.

Semasa dia mahu membuka botol mineral untuk dituangkan kedalam cawan, tiba-tiba ada sepasang tangan memeluknya dari belakang. “baby tak jadi pergi ker?” tanya Rayyan dengan gembira dan memusingkan tubuhnya ke belakang. Apabila dia menghadap si pemilik tangan tersebut terus senyumannya memudar

“kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh terlepas masuk?!” tengking Rayyan kepada wanita bernama Juju itu.

“I kan wife you, mestilah I kena ada dekat sini” Juju mendekati Rayyan dengan lenggok yang menggoda. Baju merahnya yang ketat paras peha itu sengaja ditarikkan keatas  supaya dapat menunjukkan pehanya yang gebu itu.

“kau dah gila ker hah?! aku tak ada wife macam kau lah!”

“kenapa susah sangat you nak terima I, darling. Cinta I tak cukup ker untuk kita?” jari Juju bermain dilengan Rayyan. Rayyan menepisnya dengan kuat sehingga dia terjatuh.

“berapa kali aku nak cakap dengan kau, aku dengan kau tak akan Bersama! Takdir kau bukan dengan aku, terimalah hakikat yang kita berdua tak berjodoh. Berpijak di bumi yang nyata” Rayyan memandang tajam kearah Juju. Juju naik berang mendengar ayat dari mulut Rayyan. Tak habis-habis nak ikut takdir.

“ahh! Tak habis-habis dengan takdir you! Kalau kita berdua  ditakdirkan untuk tidak Bersama, orang lain pun tak boleh ditakdirkan dengan you” tempik Juju dengan tidak puas hati sambil menuju kearah Rayyan. Rayyan melihat seakan-akan Juju mahu datang kearahnya terus mengeluarkan pistolnya dari poket seluarnya.

“kalau kau berani datang dekat aku, aku tak teragak-agak nak tembak kau” Juju tergamam apabila melihat Rayyan mengacukan pistol didahinya.

“darling... Kenapa ni darling? Turunkan pistol tu please”

“perempuan gila! Xander, bawa perempuan ni keluar!” Rayyan memanggil Xander untuk menghalau Juju keluar.

“lepaskan aku! Lepaskan aku lah!”

“kalau kau tak nak isteri kau mati, baik kau lepaskan aku!” bentak Juju dengan kuat. Rayyan mengerutkan dahinya setelah mendengar ungkapan dari Juju.

“apa maksud kau?” Juju ketawa sinis

“well darling, nyawa wife you ada ditangan I” hati Rayyan panas apabila mendengar ugutan tersebut dan terus meluru kearah Juju yang dipegang kemas oleh Xander lalu mencekiknya dengan kuat. Juju membeliakkan matanya apabila mendapat serangan terkejut itu.

“why?! Kalau I tak dapat you, orang lain pun tak akan dapat you” kata Juju dengan psikonya.

“kau memang perempuan psiko” Rayyan mencekik lehernya dengan lebih kuat.

“uhuk—Ray—le—pas—kan”

“URGH!”

“heli—kopter—Fa—tin”
Rayyan yang mendengar nama isterinya terus melonggarkan sedikit cengkaman dileher Juju.

“uhuk—HAHAHHAHAHAH Fatin akan mati”

“apa kau cakap?!” Rayyan menjadi geram lalu mencekiknya kembali.

“b—om da—lam he—li—kopter”
Rayyan yang terkejut terus melepaskan cengkaman tersebut lalu laju kakinya meninggalkan Juju yang melurut jatuh ke bawah. Patutlah dia sudah lama tidak Nampak kelibat perempuan ini, rupa-rupanya ada udang disebalik batu.

“Xander! Send her to D’Drago Mansion!” Rayyan dengan cepat menuju ke kereta Ferrarinya dan memecut laju ke lapangan terbang yang menempatkan helikopter milik syarikatnya. Jangan cakap mimpinya akan menjadi kenyataan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menaiki helikopter tersebut. Dia memandang kearah belakang dan mengeluh seketika. ‘semoga kita dapat Bersama hubby’

SISI RAYYAN

“harap-harap sempatlah, tunggu hubby sekejap baby” Rayyan menekan pedal minyaknya hingga ke maksimum.Tapi apakan daya ketika Rayyan telah sampai dilapangan terbang tersebut, dia melihat helikopter yang membawa isteri dan pekerjanya sudah terbang ke udara. Dan setelah itu, KABOOM!! Rayyan terkejut. Dia tidak mampu berkata apa-apa dan terus berlari keluar dari kereta.

“baby!!!” Rayyan terus berlari kearah helikopter yang baru saja meletup itu. dia tidak berani datang dekat kerana api sedang membara dikawasan itu. Rayyan menyesal, dia meraung menangis meratapi hidup. Dia menyesal kerana terlalu mengagungkan keegoannya.

Disebabkan itu, dia kena terima padahnya. “please… please tell me it’s just another bad dream… please god” Rayyan melutut memohon berharap semuanya hanyalah mimpi buruk. Anak buahnya yang baru sampai hanya melihat sahaja keadaan ketua mereka.Sebelum sempat tubuh Rayyan menyembah bumi, Xander berlari menangkap susuk tubuh tegapnya.

Ketika Rayyan mahu menutup mata, dia ternampak kelibat bayang-bayang bidadarinya yang berpakaian putih, sama seperti didalam mimpinya sedang berdiri di tengah-tengah api tersebut sambil tersenyum manis.

‘mio angelo (my angel)' kata Rayyan sebelum matanya tertutup rapat.

Maaf saya tak pandai buat ayat

Rasa tak apa yang saya rasa?

Should I say this is the ending?

‘setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap ikatan pasti akan terlerai juga. Hargainya sebelum dikau menyesal…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience