'Cukup kau disampingku'
"Ehem" semua mencari siapakah gerangan yang mengganggu waktu makan mereka.
"Eh Tuan Rayyan!" Kata Farhan dengan teruja lalu menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan idolanya itu. Rayyan menyambutnya dengan baik. "Saya Farhan, saya minat sangat dengan Tuan, saya suka dengar taklimat Tuan tadi. Tuan dapat dijadikan idola untuk saya berjaya dalam perniagaan nanti. Hehehehe" kata Farhan.
"Eh jangan panggil saya, Tuan. Panggil je saya Abang, Abang Rayyan. Terima kasih, tapi sebaik-baiknya janganlah jadikan abang sebagai idola.. sebaliknya jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai idola Farhan. Abang ni orang biasa-biasa saja hahaha" kata Rayyan.
"Hehehehe baik ab--abang.. Terima kasih abang."
"Pergh bagus gila Tuan Rayyan ni" kata Amira separa berbisik kearah kedua rakan karibnya.
"Itulah tu, terkedu jap aku" kata Diana. Manakala Fatin pula hanya diam membatu sambil menundukkan kepalanya. 'masa bila pula mamat ni datang sini, bukan dia dah pergi ke tadi.. huwaa wanna cry'
"Korang pun boleh panggil saya, abang.. don't need to call me Tuan" kata Rayyan sambil memandang kearah Diana, Amira dan Fatin. 'Tambah-tambah lagi babygirl aku panggil, psstt can't imagine, my dream will comes true'. Bukan dia tidak dengar apa yang dibisikkan oleh mereka tadi. Telinganya ini tajam bak helang.
"Yang tiga orang gadis secomel molek ni nama apa ya?" Tanya Rayyan.
"Saya Amira"
"Saya Diana"
"..."
"Oit kau termenung apa?" Amira menyiku tangan Fatin apabila mendapati dia diam terlalu lama.
"Huh?"
"Ahh yang ni tak payah, abang dah kenal dah. Fatin Adeera Binti Dato Ilham." kata Rayyan. Lalu semua tercengang. Fatin lagi lah, merah mukanya itu.
"Abang kenal dengan Fatin sebab abang kawan dengan ayah dia, betul kan Fatin?" Kata Rayyan sambil mengeyitkan matanya.
"Uish paduu naw!" kata Amira.
"Wow untunglah kau Atin" kata Farhan
"Hahahaha" Fatin hanya mampu ketawa.
"Dalam diam eh kau, dah kenal rupanya. Patutlah time dia masuk tadi reaction kau biasa-biasa ja" Diana berbisik kepada Fatin.
"Hm hehehehe" kata Fatin. Dia sekarang ini berada dalam situasi cemas dan kekok. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa.
"Korang tengah makan ker? Tanya Rayyan kepada mereka semua.
"Haah tapi nak habis dah pun" kata Farhan.
"Ouh kalau macamtu, boleh tak saya nak minta tolong?"
"Tolong apa?"
"Tolong bawa abang ronda kawasan-kawasan ni, abang tak dapat nak cam lagilah tempat-tempat baru macamni"
"Ouhh boleh-boleh" kata Farhan dengan gembira. Dia teruja kerana dapat menjadi tour guide idolanya itu.
"Korang kalau nak ikut pun boleh" kata Rayyan kepada 3 orang gadis tersebut.
"Bolehkah?! Jom-jom" kata Amira lalu menarik tangan kedua rakannya itu.
"Jom, naik kereta abang" kata Rayyan sambil menunjukkan senyumannya itu. 'Yes, dapat naik dengan baby, tak dapat berdua. Berempat pun jadilah'
"Jom!!"
TAMAN BUNGA
"Jadi kalau abang nak tahu, dekat sini ada taman bunga tau. Semua cantik-cantik. Nak ambil pun boleh, tapi kena bayarlah" kata Amira yang dari tadi asyik berceloteh saja. Dalam antara mereka berlima, dialah yang paling banyak bercakap manakala Rayyan pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Fatin dan Diana pula lebih selesa mendiamkan diri dan menikmati suasana yang indah ini.
"Betul betul betul, abang bolehlah beli untuk girlfriend ker mommy ker" kata Farhan.
"Betul tu, Abang dah ada girlfriend ker?" Tanya Amira
"Dah ada" kata Rayyan sambil memandang ke arah Fatin.
Fatin yang mendengar perkataan itu, terus saja memalingkan kepalanya kearah Rayyan. "Abang tengah tunggu dia sekarang, nanti bila tiba masa yang sesuai abang akan terus meminang dia. Bolehlah kitorang dating in Halal Way" kata Rayyan sambil mata terus menerus memandang kearah Fatin. 'kenapa pandang sini pula, janganlah pandang sini.. nanti orang salah faham' Fatin terus mengalihkan pandangannya untuk melihat bunga yang berada disekelilingnya.
"Ouhh sweetnya abang" kata Amira.
"Nanti kita pun halal way tau sayang, sabar jap eh" kata Farhan kepada Diana.
"Eee aku cepuk kang, apa tak dapat" marah Diana sambil membalingkan bungkusan plastik sampah kepada Farhan.
"Wow ganas, nanti lepas kahwin jangan ganas sangat tau, Rawr" kata Farhan sambil membuat gaya seperti mahu menerkam.
"Pfftt Farhan, jangan buat macam tu. Tak baik, jaga kelakuan, nanti lepas kahwin barulah boleh buat" kata Rayyan sambil menahan diri dari ketawa.
"Baik abang" kata Farhan sambil menundukkan kepalanya. Dia lupa tentang kehadiran Rayyan sebentar tadi.
"Korang nak rehat dulu ker? Kalau nak, jom kita pergi duduk kat cafe tu." Kata Rayyan sambil menunjukkan keberadaan cafe tersebut .
"Boleh juga" balas Diana.
Mereka semua masuk kedalam cafe tersebut lalu duduk dimeja yang paling hujung sekali. Fatin mahu duduk ditepi tingkap, katanya boleh lihat pemandangan. Manakala disebelahnya pula, Amira dan Diana. Rayyan pula duduk bertentangan dengan Fatin dan bersebelahan dengan Farhan.
"Korang nak order apa-apa tak? Kalau nak, pergilah. Abang belanja"
"Boleh juga" laju sahaja Farhan meninggalkan mereka.
"Korang pula?"
"Nanti kitorang pergi" kata Diana.
"Ouh okay, abang pergi dulu. Nak tengok apa yang ada, kalau nak apa-apa bagitahu jer dekat abang"
"Okay" kata Amira.
"Eh korang nak beli apa-apa tak? Alang-alang dah ada orang belanja" tanya Amira.
"Korang tolong belikan untuk aku boleh tak? Aku tak larat nak jalan lah" kata Fatin sambil memejamkan matanya lalu meletakkan kepalanya keatas meja.
"Okay, kau tunggu sini, jaga barang kitorang tau" kata Amira sambil menggosok belakang Fatin.
"Baik boss"
"Jaga diri, apa-apa jerit kuat-kuat" kata Diana.
"Hahahaha baik mummy"
Lalu tinggallah Fatin sendirian. Fatin mengeluh perlahan lalu termenung buat seketika. Fatin mengangkat kepalanya mahu melihat dimana rakan-rakannya pergi. Apabila jumpa kelibat rakan-rakannya, dia terus menyandarkan kepalanya ke dinding kaca tersebut. Tetapi belum sempat kepalanya mendarat di cermin, dia dapat merasai ada satu tangan yang menghalang. Fatin berasa hairan lalu dia mendongak keatas dan mendapati bahawa telapak tangan yang menghalang kepalanya dari mendarat di cermin kaca tersebut ialah tangan Rayyan. "jangan buat macam tu nanti kepala baby sakit" kata Rayyan dengan lemah lembut. Fatin tidak dapat berkata apa-apa kerana jantungnya kini berdegup laju ditambah pula dengan kedudukan mereka yang agak rapat.
'excuse me , do you always go to the bar ?
because everytime i see you my heart berdebar-debar'
Hye my readers, long time no see. How's your day? Sorry sebab lama tak update, I'm busy lately??sorry sebab buat korang tertunggu2.. nanti in syaa Allah bila semua settle saya akan update story selalu ??
Good night
Share this novel