BAB 35

Romance Completed 28163

'wine and go down deh'

"Abang Mirul" kata mereka berempat serentak. Staff yang bernama Sally itu memandang aneh kepada mereka berlima 'kenal ker diorang ni?'

"Abang Mirul buat apa dekat sini?" Fatin memulakan perbicaraannya.

"Abang kerja dekat sini. Korang?" Amira yang mendengar penjelasan itu terus cuak mukanya 'Alamak! Habislah aku!'

"Kitorang intern dekat sini"

"Ouh, jadi koranglah budak-budak intern tu ya? Okay. Good luck, buat yang terbaik ya.. Kak Sally, saya naik atas dulu ya. Jumpa kat office nanti" Amirul berlalu pergi menuju ke lift VVIP. Semasa dia menuju ke lift tersebut, sempat dia membisikkan sesuatu di telinga bidadarinya 'see you later little pumpkin' bersama senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya.

'boleh tak sekarang ni aku nak tukar tempat praktikal? Matilah aku kalau buat praktikal dekat sini'

"Baik Tuan" Sally berkata sambil menundukkan sedikit kepalanya.

“korang kenal ker dengan big boss sini?”

“kenal”

“macam mana korang boleh kenal?”

“sebab dia kawan tu--“ sebelum sempat Amira membocorkan rahsia, Fatin menekup mulutnya kuat.

“tu—apa?”

“heheheh tak lah, dia kawan abang saya” Sally memandang curiga kearah mereka.

“ouhh gituw.. tak apalah kalau macam tu, jom lah saya bawa korang ke department masing-masing. Kang lambat habis kena marah pula.”

“jom” lalu mereka pun menuju ke lift yang telah disediakan untuk staff itu.

Semasa di dalam lift, Fatin mencuit lengan kedua rakannya itu dan membisikkan sesuatu ditelinga mereka. “korang jangan beritahu sesiapa eh yang aku dah bertunang! And jangan beritahu dengan siapa aku bertunang! Aku tak nak nanti diorang syak bukan-bukan pula”

“apasal pula?"

“yalah! aku tak tahu pula yang  abang Mirul ni ada company besar. Nanti kalau orang tahu tunang aku kawan dengan dia, mesti diorang ingat aku ada guna orang dalam”

“kau ni! Suka sangat overthinking! Biarlah orang cakap apa-apa pun asalkan orang tahu kau tu dah bertunang. In case, kalau-kalau ada orang kacau kau macam mana? Tak ke naya nanti. At least diorang dah tahu yang kau ni dah berpunya.” Fatin berfikir kata-kata Amira itu. Ada betul ya juga, tapi entahlah, dia kalau boleh nak merahsiakannya. Bila kahwin nanti baru dia nak heboh.

“betul kata Mira tu, baik kau follow jer kata dia” Diana bersetuju dengan cadangan Amira itu.

“see! Diana pun setuju”

“buat kali pertama kau pandai Mira, kalau tak lembab jer memanjang” dalam memuji, sempat juga Diana mengutuk Amira.

“eh kau ni! Aku puk kang apa tak dapat!”

“hm yelah-yelah, nantilah aku fikirkan balik” Fatin mengeluh perlahan. Farhan yang mendengar perbualan itu secara diam terus menyampuk.

“alah, tak apa Atin. Apa-apa yang berlaku kami sentiasa dibelakang kau, kau jangan risaulah.”

“ooi! Kau pasang telinga eh?!” Diana memarahi perbuatan Farhan yang dikira agak kurang sopan itu. Boleh pula dia pasang telinga time orang bergosip ni.

“apa? Korang sembang macam lah aku tak boleh dengar. Aku duduk tepi korang jer kan” Farhan menjulingkan matanya keatas. Perempuan, selalu over.

Diana yang melihat perlakuan Farhan terus merengus geram. ‘eee mamat ni! Sehari Tak sakitkan hati aku memang tak sah. Minta simpanglah aku dapat husband macam ni!’

“ha! Korang bisik-bisik apa tu?” sergah staff wanita itu. Semua terkejut dengan sergahan tersebut lalu memberikan senyuman kekok.

“hehehehe tak ada apalah, cik.”

“janganlah panggil cik dengan saya. Ahh! Sebelum tu saya tak perkenalkan diri lagikan dekat korang, korang boleh panggil saya, Sally. Tapi memandangkan saya lebih tua daripada korang, korang Panggil jer saya kak Sally.”

“baik kak Sally” kata mereka berempat.

“akak, nak Tanya boleh?” Amira memulakan perbualan

“tanyalah”

“boss kitorang garang tak?” Sally ketawa mendengar soalan tersebut. Sudah lali dengan soalan itu tambah-tambah lagi apabila pekerja baru yang menanyakan. Ini sudah menjadi perkara normal.

“tak lah, boss korang okay jer. Kalau korang tak buat perangai, dia okay jer. Cuma satu jer, jangan sesekali cabar dia.”

“maksud akak?”

“nanti korang tengoklah sendiri” Sally hanya memberikan senyuman nipis sahaja.

“by the way, nanti korang akan duduk dibawah orang yang berlainan tau. Macam dengan Amira, dia seorang sahaja akan berkerja dibawah akak, korang bertiga pula akan berkerja dibawah orang lain.” Tidak hairanlah jikalau Sally tahu semua tentang mereka seperti nama, jurusan apa, kerana sebelum mereka datang ke syarikat ini, dia sudah mengkaji tentang semua data maklumat mereka.

“oooh” Mereka berempat menganggukkan kepala mereka

“tapi nanti markah penilaian korang bukan akan dinilai oleh akak dan yang lain-lain saja tau”

“habistu sapa lagi?”

“Tuan. Tuan Amirul yang akan jadi penilai akhir markah korang nanti. Sebab dia yang CEO dekat sini. ”

“eh, CEO pun akan nilai kitorang? Ingatkan dia tak ambil tahu tentang ni” Sally hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Dia pun berasa hairan, tiba-tiba jer big boss dia nak ambil markah budak-budak ni. Kalau tak, sebelum ni mana dia masuk campur pun. Dia akan masuk campur pun, jikalau budak tu bermasalah.

“korang jangan risau, kalau korang buat perangai baik. Prestasi kerja pun sentiasa perform, in Syaa Allah. Tuan Amirul akan luluskan korang semua nanti. Lainlah kalau boss yang satu lagi, yang tu tegas sikit. Cerewet, panas baran”

“eh! Ada big boss lain kah?”

“haah, Tuan Amirul ni boleh dikatakan pemangku jer. Kalau yang betul-betul big boss tu, ada dekat main company dia sendiri iaitu MQR COMPANY, dia jarang nak turun padang tengok company-company kecil dia ni”

“tapi ada lah sekali tu dia turun, habis kecoh satu company ni. Sebab kitorang kena  jaga tingakah laku, prestasi. Dia tu jenis suka datang mengejut. Tak ramai yang dapat tengok muka dia. Kalau jumpa pun mesti tak berani nak bertentang mata” Fatin terdiam memikirkan siapakah gerangan tersebut. ‘garang sangat ker sampai semua orang takut dengan dia ni?’

“apa nama dia akak?”

“nama dia—“ sebelum sempat Sally menjawab pintu lift itu sudah pun terbuka.

Ting!

“eh jom akak bawa korang, Amira nanti follow jer akak okay?”

“okay akak” lalu mereka pun menuju kesatu sudut yang terdapat satu pintu bilik besar itu.

KNOCK KNOCK

“masuk!” suara wanita kedengaran dari dalam menandakan bahawa dia memberikan kebenaran untuk mereka masuk bertemunya.

“Assalamualaikum Puan Sofea. Saya nak beritahu yang mereka bertiga ni adalah pelajar praktikal. Mereka akan berkerja dibawah puan”

“waalaikumussalam. Ouh ya! Baru saya teringat! Okay baiklah, terima kasih ya, Sally”

“sama-sama Puan” Sally berjalan keluar dari pejabat tersebut dengan Amira.

“jadi kamu bertigalah yang akan berkerja dibawah saya bukan? Tapi.. kejap, pelajar yang bernama Farhan ni, nanti kamu akan berada dibawah Encik Saiful sebab kamu punya bidang yang lain."

“ya, saya”

“tak apalah, oleh kerana Encik Saiful hari ini tak dapat hadir. Kamu boleh berkerja dibawah saya buat sementara waktu.”

“baik Puan”

“mari, saya tunjuk meja kamu semua” mereka berjalan menuju ke tempat yang telah disediakan.

“dekat sini meja kamu berdua, meja Farhan pula dekat hujung sana ya. Dan bilik kosong depan awak tu lah, bilik boss awak nanti, Encik Saiful.”

“baik  Puan, terima kasih”

“ni semua kerja yang perlu kamu buat” mereka memandang timbunan kertas dan file yang berada diatas meja tersebut.

“oleh kerana hari ini hari pertama, saya bagi kamu kerja senang saja. Tolong asingkan segala kertas-kertas ni dan masukkan ke dalam file-file yang telah dilabelkan. Ikut masa, tarikh terkini ya. Kalau perlukan sebarang bantuan, boleh ketuk pintu saya. Itu saja, kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu. ” kata Puan Sofea lalu memberi senyuman manisnya kepada mereka.

“baik Puan, terima kasih” mereka mula menyusun kertas-kertas itu mengikut masa dan tarikh yang telah ditentukan.

“perghh banyak mat!” Farhan merungut perlahan

“kan, hm.. habislah kita”

“well, welcome to the real world guys” mereka hanya mampu mengeluh melihat timbunan kerja yang bertimbun ini.

“aku teringin nak tahu apalah keadaan Amira, rindu pula dekat dia”

“itulah”

“amboi korang ni, baru jer berpisah dah start rindu?”

“mestilah!” sahut Diana dan Fatin. Farhan ketawa kecil melihat karenah mereka. Serupa macam kembar tiga dah, tak boleh berpisah langsung.

“dahlah, jom buat kerja. Nanti lewat pula nak keluar lunch”

“kau bab makan laju noh!”

“of course, tanpa makanan aku tak boleh hidup tau. Kami bagaikan pinang dibelah dua” Fatin mengangkat kedua belah keningnya.

“ceh! Cakap tak seberapa bikin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“okay, Amira ni meja kerja awak yer. Awak tahu kan apa yang perlu dibuat?”

“tahu”

“okay, mari kita lihat apa yang awak akan praktikkan dalam bidang ini setelah 2 tahun awak belajar”

“hehehehe baik akak”

“good luck, do your best. If you need anything just ask me , okay? Meja akak depan awak jer. Dan bilik tu, kalau tak ada hal penting, jangan pandai-pandai awak masuk pula.. Tu bilik Tuan Amirul” Amira melihat bilik yang berada dihadapan meja mereka itu dan terpampang dipintu bilik itu nama Amirul Bakri. ‘alamak, dekatnya. Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan aku dan rakan-rakanku ya Allah. Semoga hari ini dan hari yang akan datang menjadi hari yang terbaik buat kami semua’

WAKTU REHAT

“wei! Jom pergi makan, dah waktu lunch ni”

“kejaplah, Puan Sofea pun tak keluar lunch lagi, kau dah nak keluar. Nanti apa pula dia cakap”

“entah kau ni, mentang-mentang boss kau tak datang hari ni, jangan ingat kau boleh buat perangai”

“aku ajak jer pun, bukannya jalan keluar pergi dekat lift tu” Farhan mencebik mulutnya apabila dimarahi dua orang rakannya. ‘pffftt kiter lapar tau’

“eh korang tak pergi lunch?” Puan Sofea yang berbaju kurung moden itu keluar dari pejabatnya dengan beg tangan  Gucci ditangannya

“hehehe nak turun dah ni”

“ahh okay, korang pergilah makan, rehat, buat apa yang patut. Dan jangan lupa solat ya. Saya pun nak pergi lunch dengan suami saya ni. Dia dah tunggu dekat bawah.”

“baik Puan, hati-hati Puan.”

“jangan pergi lama-lama tau. Sebelum tepat pukul 2, mesti masuk office balik”

“baik Puan!” kata mereka dengan semangat. Puan Sofea hanya menggelengkan sahaja kepalanya sambil tersenyum.

“jom kita pergi makan”

“jom!”

“jap. Amira pula macam mana?”

“aku dah mesej dia dah suruh tunggu dekat bawah.”

“okay cool! Jom kita pergi makan” setelah mereka sampai ditingkat bawah mereka melihat Amirul sedang menunduk membelek kaki Amira.

“Amira! Kenapa ni?” mereka terus menyerbu kearah dua pasangan itu.

“kawan korang ni, degil. Orang dah cakap jalan tengok depan. Nak juga tengok bawah tu, entah apa yang menariknya dekat lantai ni, tak tahulah.” Amirul menjentik dahi Amira dengan kuat ‘KTTUK’

“aduh! Sakitlah! Mana ada saya jalan tengok bawah, saya tengok depanlah! Tak kan saya nak tengok belakang pula” nafi Amira sambil menggosok dahinya. Memang benar dia jalan tak tengok depan tadi kerana ralit memikirkan sesuatu. Dan dia juga berasa dirinya terlalu kerdil apabila berjalan disamping Tuan CEO. Oleh sebab itulah dia sentiasa menunduk apabila berjalan bersama.

“hisshhh!! Menjawab” Amirul menunjukkan muka garangnya kepada Amira.

“sekarang ni macam mana? Kau boleh jalan tak?”

“boleh, Cuma sakit sikit jer”

“are you sure little pumpkin? Nak I dukung you pergi klinik? ” Amira menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu. Sudahlah dia buat drama akasia yang dirinya tiba-tiba jatuh ditengah-tengah lobby ni tadi. Janganlah si Amirul ni pergi sambung drama itu dengan mengangkatnya. Nanti tak pasal-pasal pula dirinya jadi bahan gossip.

“tak payahlah, sikit jer ni”

“hm okay, kalau sakit nanti beritahu dekat I atau kak Sally okay, jangan diam!” Amirul memberi pandangan tajamnya kepadanya Amira.

“baik boss”

“korang nak pergi mana ni?”

“nak pergi lunch”

“ouh, kalau macam tu. Jomlah kita pergi lunch sekali. Abang tahu ada satu restaurant dekat sini yang paling famous.”

“jom! Abang belanja ker?”

“iya”

“kalau macam tu, jomlah, nanti habis pula makanan” Farhan menjadi orang pertama yang berjalan keluar menuju ke restaurant yang Amirul katakan itu.

“oit! Kau tahu ker mana restaurant tu?” Tanya Diana kepada Farhan. Amirul hanya ketawa sahaja melihat tingkah laku mereka berdua.

“eh.. eh! Tak.. tak! Hehehehe jalan lah dulu.” Farhan memberi laluan kepada Amirul dan rakan-rakannya.

“gelojoh!” Diana menjelirkan lidahnya kepada Farhan. “kau berani jelir lidah dekat aku, aku kulum lidah kau sampai putus”

“eee tak senonoh punya mamat” Fatin yang mendengarnya terus memukul kepala Farhan dengan sling bagnya. Ini kali pertama dia memukul Farhan. “what? Kau pukul aku, Atin?”

“tu sebab kau tak senonoh!”

Diana melepaskan ketawanya dengan kuat “ HAHAHHAHA padan muka kau!”

“kut ya pun kau nak buat, tunggulah lepas kahwin” sambung Amira pula yang dari tadi hanya ketawa sahaja.

“woi!”

“betul jugakan”

“kau jangan macam-macam eh! Aku tendang kau punya nanti boleh mandul kau!”

“auch Tesoro (treasure) jangan begitu. Nanti mandul, sapa nak bagi you anak?” Farhan berkata dengan suara gediknya.

“bongoklah dia ni”

“HAHHHHAHA”

“dah dah, gaduh macam budak-budak. Bilalah korang nak kahwin ni?”

“bukan aku, tapi kau nyah”

“eh asal aku?”

“kau tu dah bertunang”

“eleh, memang aku dah bertunang, tapi tak semestinya aku yang bertunang ni akan kahwin dulu. Tuptup korang dulu yang akan kahwin”

“kan kan”

“aamiin, in Syaa Allah” Diana terus merengus geram melihat karenah tiga orang rakannya itu. “malaslah aku nak cakap dengan korang ni” lalu berjalan laju menuju ke kereta Nissan Navara Amirul yang berwarna hitam itu.

“eh laju benor! Nak lari mana oooi?!” mereka bertiga berlari anak menuju ke kereta yang sama.

RESTAURANT HOT SPRING’S

“korang orderlah makanan yang korang nak, abang nak pergi tandas kejap.” Amirul bangun membetulkan kemejanya dan berjalan menuju ke tandas.

“okay” mereka berempat membelek buku menu itu dengan tekunnya. Semasa mereka sedang ralit memilih menu, tiba-tiba ada seseorang yang menegur mereka. “hai korang! Korang pun makan kat sini juga?” mereka semua mengalihkan kepala untuk melihat individu tersebut.

“eh Is, kau buat apa kat sini?”

“aku singgah sini beli makanan. Korang makan dekat sini ker? Mesti korang intern dekat sini jer kan”

“haah” tiba-tiba Isaac Iskandar duduk disebelah Fatin untuk beramah mesra

“hai Atin! Lama tak jumpa”

“hai Is! Itulah. Last kita jumpa dekat kedai buku haritu”

“hm biasalah saya sibuk sikit” Fatin hanya tersenyum dan mengangguk kecil

“saya nak Tanya, betulkah awak dah bertunang? Dia kah tunang awak hari tu?” dia tak boleh tahan lagi. Perasaan ingin tahu dia membuak-buak. Dia perlu dengar dari mulut gadis idamannya sendiri.

“haah betullah. Dia lah tunang saya” Fatin menunjukkan cincin tunang yang berada dijarinya itu. Kini Hati Isaac Iskandar bagaikan retak apabila mendengar pengakuan tersebut.

“awak bertunang dengan dia seikhlas hati ker? Kut-kutlah awak kena paksa ker” Fatin memandang aneh terhadap rakan Universitinya itu.

“tak, kenapa ni Isaac?”

“betulkah? Awak betul-betul kenal ker tunang awak tu macam mana? Saya takut awak menyesal pula nanti”

“apa maksud kau ni Isaac? Kenapa Atin nak menyesal pula dengan pertunangan dia”

“aku Cuma takut dia silap pilih jalan”

“apa maksud awak, saya silap pilih jalan? Kenapa saya nak menyesal pula? Awak cerita detail boleh tak Is?” Isaac Iskandar mengeluh perlahan. Tetapi sebelum sempat dia ceritakan hal lebih lanjut dia ternampak kelibat lelaki yang dia kenal iaitu Amirul Bakri sedang menuju kearah mereka.

“tak apalah, nanti saya what’s app awak. Awak ada nombor saya kan? Saya pergi dululah, saya dah lambat ni” Isaac Iskandar bangun meninggalkan mereka berempat dalam keadaan terpinga-pinga

“dah kenapa dengan dia tu?”

“entah”

“dahlah Atin, kau jangan fikir sangat. Ingat, setiap hubungan perlu ada kepercayaan, tanpa kepercayaan itu, boleh goyah sesuatu hubungan.” Fatin menghembus nafasnya perlahan.

“tu bukan kawan korang ker? Dia pergi mana?” Amirul muncul di meja tersebut setelah dia selesai menunaikan hajatnya.

“entah. Dia cakap dia dah lambat, sebabtu dia kena pergi terus”

“Atin, are you okay?” Amirul bertanya kepada Fatin apabila dia melihat Fatin seperti mengelamun sahaja daripada tadi.

“ ha? Okay”

“korang dah order makanan?”

“belum”

“okay, abang panggilkan waiter. Waiter please”

MQR COMPANY

“Shit! Budak tu nak apa lagi jumpa dengan tunang aku?!” Rayyan menggenggam erat telefon bimbitnya itu. Dia sudah melihat gambar yang telah dihantarkan kepadanya sebentar tadi. Budak tu memang meminta sungguh. Yang tunangnya ini pun satu, dah warning banyak kali still buat lagi perangainya itu. Perlu bagi punishment dulu ker baru nak dengar cakap. Dia bangun membetulkan suitnya yang berwarna light brown itu dan berjalan keluar. ‘BBUMM’ kedengaran kuat hempasan pintu pejabatnya itu sehinggakan bergegar ruangan pejabat itu.

“Xander! Aku nak pergi ‘melawat’ M’S Alight kejap. Petang ni aku tak balik syarikat ini dah. Kau urus apa yang patut” Xander yang ketika itu sedang tekun melakukan kerja terkejut beruk. Haih dahlah hempas pintu kuat-kuat selepas tu kena sergah pula. ‘Lama-lama boleh mati kejung aku kena sakit jantung’

“baik boss.. Nak saya sediakan file apa-apa kah?” kelam-kabut Xander membelek buku catatan dan file yang perlu dibawa.

“tak payah. Aku nak pergi melawat jer pun.” Qaiser Rayyan menuju ke lift yang telah disediakan khas untuknya sahaja.

M’S Alight COMPANY

“allahuakbar! Time-time ni lah dia datang mengejut.” Kata Puan Sofea seraya mengemas tempatnya hingga kemas.

“siapa yang datang Puan?” Tanya Diana apabila melihat Puan Sofea kalut mengemas biliknya yang kelihatan berselerak sedikit.

“pemilik asal company ni” mereka bertiga terkejut mendengar jawapan daripada Puan Sofea.

“Puan, Tuan Rayyan panggil pelajar-pelajar praktikal ini untuk berjumpa dengannya” tiba-tiba muncul pula staff yang bernama Sally tercungap-cungap menghirup nafas menandakan dia baru tiba.

“ha?!”

“jom. Tuan Rayyan dah tunggu kamu semua kat bilik meeting” Fatin tercengang ‘Tuan Rayyan? Tak kanlah…’

“jom jom” arah kak Sally apabila melihat Fatin masih lagi berdiri tegak. Fatin yang tersedar terus mengikut langkah pekerja wanita itu.

Setelah sampai di bilik meeting itu, mereka melihat Amira sedang menjadi tugu didepan pintu tersebut. “eh Mira, kamu dah sampai?”

“haah”

“kalau macam tu, jomlah kita masuk. Nanti dia marah pula sebab lambat” Sally mengetuk pintu bilik mesyuarat itu terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki ke bilik tersebut.

“Tuan, mereka dah sampai” Sally berkata kepada seorang lelaki yang kini duduk membelakangi mereka.

“good” dia berkata lalu memusingkan kerusinya untuk menghadap kearah mereka. Mereka berempat kelihatan terkejut. Tambah-tambah lagi Fatin, dia keningnya berkerut apabila melihat sang jejaka tersebut. ‘pak—pakcik?’

“Tuan nak apa-apa lagi kah?” Tanya Sally sambil menundukkan wajahnya. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan jejaka tersebut. Terasa seperti ada aura kegelapan disekelilingnya sekarang ini. 

“no, I don’t need anything, I just want to see my fiancée” Rayyan tersenyum sinis sambil menongkat dagu menggunakan kedua tangannya. Matanya pula tajam memerhati gelagat si tunangnya ‘terkejut ker babygirl?’

“fiancée?” Sally bertanya perlahan. Sebelum sempat Rayyan memulakan perbicaraan, Amirul menerjah masuk kedalam bilik mesyuarat itu.

“woi! kau kenapa datang tak beritahu aku!”selamba Amirul duduk disebelah rakannya itu. Rayyan merengus perlahan.

“pfft.. aku nak ambil tunang aku lah” Amirul melihat kearah Fatin yang kelihatan pucat itu. Manakala, Rayyan pula setia dengan senyuman devilnya. Sah! Ada sesuatu yang berlaku.

“kenapa pula?”

“diamlah kau, dahlah aku nak balik.. bye, bye. Apa-apa roger jer” Rayyan bangun membetulkan suitnya lalu datang kearah Fatin dan menarik lengan Fatin mendekatinya. “lets go my fiancée, I MISS YOU SO MUCH”

Sally ternganga mendengar ayat tersebut dari mulut Rayyan ‘what? Kiranya yang pagi tadi Fatin cakap tu… OMG.. jadi betullah pasal hot news yang Tuan Rayyan dah bertunang, dan tunangnya itu adalah… Fatin.. OH MY GOODNESS!’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“sakitlah pakcik” Fatin merintis kesakitan kerana dari tadi Rayyan menggenggam kuat lengannya itu.

“stop struggling babygirl” suara kasar milik Rayyan mula kedengaran.

“masuk” Rayyan menolak perlahan tubuh Fatin untuk masuk ke dalam keretanya.

“Arden, to my mansion!” Rayyan membuka suitnya dan hanya membiarkan baju kemejanya yang berwarna hitam itu. Sekarang dia menyuruh anak buahnya untuk memandu keretanya kerana dia tak dapat merasakan yang dia boleh memandu sekarang ini. Kalau dia pandu nanti, boleh arwah mereka semua. Kahwin dalam kubur jer lah jawabnya.

“kenapa susah sangat baby nak dengar cakap hubby ni?” Rayyan mula membuka kancing bajunya. Dia merasa panas pula walaupun aircond didalam kereta ini sudah pun sejuk. Fatin yang mendengarnya terus berasa keliru.

“I know everything baby, why it's so hard to make you listen to me?” Rayyan memandang tajam kearah tunangnya itu. “should I punish you baby so that you can listen to me?” Rayyan menarik lengan Fatin dengan kasar.

“sakit” tubir mata Fatin mula bergenang.

“stop crying! I’m the one who is sick right now!” Rayyan mengangkat Fatin untuk duduk diatas ribanya.

“tak nak! Lepas! Lepaslah!” Fatin berusaha melepaskan diri dari pelukan erat Rayyan

“shut up!” Rayyan menjerkahnya dengan kuat.

“just wait babygirl, I’ll teach you some lesson” Rayyan memeluk Fatin dengan kuat dan mendodoikannya perlahan. Fatin pula masih tersedu-sedan menahan  tangisan. Dia keliru sekarang ini...  apa salahnya kepada Rayyan sehinggakan Rayyan bersikap sebegini.

Setelah berada didalam kenderaan itu selama satu jam, akhirnya mereka tiba di mansion Qaiser Rayyan.

QAIRAY MANSION

“lets go babygirl” Rayyan mendukung Fatin yang berada diribanya.

“lepaslah! Lepaskan saya!” Fatin menumbuk dada Rayyan dengan kuat tapi Rayyan masih gagah meneruskan langkah menuju ke bilik tidurnya.

“diam baby” suara Rayyan menahan kemarahan. Nak saja dia bagi pengajaran dekat babynya ini diruang tamu.

Rayyan tiba dibilik tidurnya itu dan mencampak Fatin dengan kasar keatas tilam empuknya lalu  pergi mengunci pintu biliknya. Fatin tanpa berlengah mengambil peluang itu untuk bangun berdiri di penjuru katil. “apa susah sangat baby nak dengar cakap hubby ni?” Rayyan bertanya sambil membuka butang baju kemejanya dengan kasar.

“apa? Apa yang saya buat?” Fatin mula menangis sekuat hati.

“apa yang baby buat?! Baby jumpa dengan jantan lain kan?!” Rayyan mencampak telefonnya keatas katil bagi membolehkan Fatin melihat gambar tersebut. Fatin menggelengkan kepalanya.

“tak.. tak.. ni salah faham jer”

“but I already warn you right.. don’t get close to any man. Why it's so hard to you understand?!” Rayyan menuju kearah Fatin seperti predator. Fatin yang melihatnya terus berlari kearah pintu. Tetapi belum sempat dia capai tombol pintu, Rayyan dapat menangkapnya dan memeluknya erat. Fatin dapat merasakan belakangnya melekap erat didada Rayyan

“where do you want to go babygirl?” Rayyan menarik dan mencampak Fatin keatas katilnya lalu menindih tubuh badan Fatin sebelum sempat Fatin bangun untuk melarikan diri. Fatin berusaha menolak tubuh badan Rayyan daripada menindihnya tetapi tidak Berjaya.

“let me go! Kejam! Lepaslah jantan tak guna!” Rayyan yang mendengar ayat itu terus menjadi panas membara.

“what? Jantan tak guna?! Siapa ajar baby cakap macam ni hah?!” Rayyan merentap tudung shawl Fatin dengan kasar sehingga membuatkan ikatan di rambutnya itu turut terlerai. Fatin mula menangis dengan teruk .

“please, I'm sorry... let me go please” Fatin terus merayu kepada Rayyan  yang kini sedang menghidu bauan daripada rambutnya “shush babygirl let's play your games babygirl. Your smell very nice on OUR BED” Rayyan mencium leher Fatin lalu menggigitnya dengan kasar

“hisss sakit. Please let me go. I'm sorry” Fatin cuba untuk menolak kepala Rayyan tetapi tidak Berjaya kerana kedua tangannya kini sudah digenggam erat oleh Rayyan. Rayyan terus mencium dan menggigit leher Fatin dengan kuat sehingga meninggalkan kesan yang berwarna keungguan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience