My only Babygirl
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
'Assalammualaikum, good morning my Babygirl, how are u' Fatin yang melihatnya merengus dalam diam. Ya, inilah rutin hariannya, mesti ada saja number yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya setiap hari. Sudah beberapa kali juga Fatin menyekatnya, tapi masih boleh juga si 'stalkernya' mengirimkan mesej kepadanya.
Fatin tidak mahu memberitahu kepada kedua ibu bapanya kerana baginya ini hanyalah masalah kecil sahaja, biasalah budak-budak, nanti dia dah penat dia pergilah. Tetapi, tanpa diketahuinya, ini bukanlah 'budak-budak' yang mengirimkan mesej kepadanya, tetapi seorang lelaki dewasa yang terlalu cinta dan obses terhadapnya.
'u ignore again my message babygirl?' I know you read it'
'baby where are u?'
Fatin yang mula geram lalu membalas 'DIAM! Tak ada kerja kah asyik kacau aku ja, mesti kau ni budak-budak kan, dahlah pergilah belajar rajin-rajin! Menyibuk jer hal orang'
'hal u hal I juga'
'pergi belah ahh, aku ni tua tau, dah jadi mak budak dah pun, kau tak malu ker kacau mak budak' Fatin cuba untuk menggertak 'stalkernya' itu.
Rayyan yang membaca mesej tersebut terus saja ketawa kuat, baby baby marah sungguh ni, cuit sikit garang macam singa. Depan-depan malu, tak nak cakap, sombong, jual mahal.
'uishh baby, kita tak kahwin lagi macam mana baby boleh ada anak ni? Baby ni jauh sangat ni berangan'
'perasanlah orang gila ni'
'garangnya rawr'
Fatin hanya memberi 'bluetick' terhadap mesej tersebut dan terus turun ke bawah untuk berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.
"kakak okay tak ni?" Datin Linda yang melihat anaknya yang bermuka masam terus saja menegur anaknya itu. "okay jer, biasalah perempuan ibu" Fatin yang tidak mahu kedua orang tuanya risau hanya memberikan jawapan ringkas. "ouhh faham-faham" Datin Linda membalas.
"kakak nak teman ibu keluar pergi shopping tak?"
"shopping, bukan ibu tak suka shopping kah?"
"yelah, ni kita shopping makanan jer HAHHAHAH, baju-baju banyak dah buat apa nak beli"
"HAHHAHHAHA ada-ada jelah ibu ni"
"hehehhehe jomlah teman ibu, nanti kita tak boleh keluar sekali dah, kan nanti kakak nak masuk asrama, keputusan kemasukan IPTA pun tak lama lagi nak keluar hm"
Fatin yang melihat ibunya seakan sedih terus saja memujuk ibunya, "okay okay jom"
SEBULAN KEMUDIAN
"Ibu, Abah! tengok ni kakak dapat kos yang kakak minta tu, yeayy Alhamdulillah" Fatin dengan teruja terus menunjukkan keputusan kemasukan IPTA itu kepada kedua ibu bapanya.
"Alhamdulillah, berkat doa kita semua" Dato Ilham dan Datin Linda tersenyum riang.
"kalau macam tu, abah nak buat Kenduri Kesyukuranlah untuk kakak, kita buat simple-simple jer" Kata Dato Ilham.
"ha boleh juga" Datin Linda bersuara.
"hm ikutlah kakak ikut jer"
"okay , kita buat hujung minggu ni ya sayang" Dato Ilham menggosok kepala Fatin dengan lembut.
"okay terima kasih ibu, abah"
"sama-sama kasih, sayang" jawab Dato Ilham dan Datin Linda serentak.
"abang nak jemput siapa datang kenduri kita" Datin Linda bersuara.
"hm abang ingat nak jemput kawan-kawan kita, saudara-mara kita yang terdekat saja"
"ouhh kalau macam tu sayang jemput kawan-kawan sayang yang lain juga, boleh tak abang?"
"boleh saja sayang, untuk sayang semuanya boleh" Dato Ilham tersenyum sambil memandang lunak kearah mata Datin Linda.
Fatin yang melihat kelakuan kedua ibu bapanya terus menyampuk, "ehem ingat sikit dekat sini ada yang single"
Dato Ilham dan Datin Linda terus memandang kearah Fatin.
"HAHHAHHA, kesian anak ibu ni ya, single" Datin Linda memujuk Fatin yang kini sedang menunjukkan muka yang masam.
"kacaulah kakak ni, orang single ni kena pergi jauh-jauh, ganggu jer orang halal nak dating" Dato Ilham mencebik
"abang apa cakap macam tu" Datin Linda memarahi Dato Ilham.
"entah abah ni, sampai hati cakap macam tu, huh! Tunggulah bila kakak tak ada nanti, tahu pula rindu" Fatin pun mencebik.
Datin Linda yang melihat perangai dua anak-beranak ni mula pening kepala, haiihh dua-dua nak merajuk, tak tahu nak pujuk yang mana satu. Memang anak dan ayah betul.
TAMAN MINI MANSION DATO ILHAM
Fatin sengaja mengisi masa lapang di taman mini tersebut kerana ingin menghirup udara segar. Maklumlah asyik terperap jer dalam rumah, dia kan 'puteri lilin' mana boleh keluar selalu, panas katanya. Kalau keluar dengan kawan-kawan pun hanya kadang-kadang saja, lagi pun Fatin ini bukanlah seorang gadis yang 'kaki shopping', katanya rimas tempat ramai orang, sesak...
tiba-tiba sahaja dia teringatkan kawan ayahnya itu, iaitu si 'crush' itu. 'apalah agaknya dia buat, mesti tengah busy kan, entah-entah tengah dating dengan girlfriend.' Hati Fatin berkata. Tadi apabila dia dengar sahaja ayahnya ingin mengajak rakan-rakan mereka datang, terus sahaja raut wajah Qaiser Rayyan masuk dalam mindanya.
'mesti dia tak ingat dekat aku kan, eh tapi betul juga, buat apa nak ingat dekat aku, aku bukanlah sesiapa, aku kan budak sekolah lagi, budak mentah, selekeh, ada lagi eloklah dari aku... huhuhu tapi haihh tunggulah aku 'glow up' dulu huwaa 'peanut' lah kalau tercrush dengan orang yang hot ni... sedarlah diri tu sikit Fatin, kau tu siapa jer, nak jalan sebelah dia pun macam langit dan bumi tau' Fatin mengeluh panjang.
Dikalanya otaknya berangan tentang kehidupan dengan crushnya itu, hatinya pula mengatakan untuk sentiasa berpijak dibumi yang nyata. 'haihh lahh berangan jelah, angan-angan kan free'. Fatin mengeluh sekali lagi..
tiba-tiba dia terdengar 'klik klik klik'. Fatin berkerut dan melihat sekeliling. Dia dapat merasakan bahawa seperti ada seseorang mengambil gambar, lalu dia berjalan disekitar taman tersebut. 'aikk tadi dengar macam ada orang ambil gambar, tapi tak ada sesiapa pun, peliknya' Fatin menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'imaginasi aku jer kut, haihh tulah Fatin berangan lagi'. Fatin mengumam perlahan dan terus saja berjalan masuk kerumahnya.
MANSION QAIRAY
'how cute you are babygirl, termenung apalah dia ni, suka sangat termenung, kalau ingatkan I tak apalah juga' Rayyan tersenyum tatkala melihat gambar Fatin yang baru saja ditangkap oleh anak buahnya
'haih panjang umur bapa mertuaku, baru cakap pasal anak terus saja si bapanya telefon' Rayyan ketawa. Rayyan berdehem seketika.
"Assalammualaikum Ray, Ray free tak hujung minggu ni?" Dato Ilham bertanya
"waalaikumussalam, Ray free jer Abang Am, kenapa ya?" 'free jer abah' tapi kata-kata tersebut hanya diluahkan didalam hati sahaja.
"ahh Abang Am ada buat kenduri kesyukuran untuk anak abang hujung minggu ni, kalau Ray free, Ray datanglah ya"
"ouhh yakah, baik In Syaa Allah Ray datang, Abang Am jangan risau."
"okay baiklah, maaf ya Abang Am ganggu Ray ni"
"eh tak ganggu pun bang, tak apa, terima kasih yer bang"
"yer sama-sama, jumpa nanti"
"okay" Rayyan terus menutup telefonnya dan terus bersorak gembira. 'yess! Yahoo! Jumpa weekend ni babygirl. Can't wait to see you'
Selama ni hanya tengok dari jauh jer, dalam alam maya... tapi kali ini akhirnya mereka dapat bertemu sekali lagi secara 'face to face'
HARI KENDURI TERSEBUT
"kakak tolong ibu angkat makanan-makanan ni letak dekat depan" Datin Linda memanggil anaknya, Fatin.
"baik ibu" Fatin menolong ibunya tanpa membantah.
Tiba-tiba, semasa dia sedang khusyuk membawa makanan tersebut ke ruang tamu, dia hampir terlanggar seseorang.
"sorry sorry tak Nampak tadi"
"it's okay, lain kali hati-hati"
Fatin yang mendengar suara tersebut terus saja mendongakkan kepala untuk melihat insan yang hampir dilanggar olehnya. Lalu dia tergamam 'apakah ini miska, ibu, tolong kakak'
Hye my readers... sorry saya lambat sikit update sebab hari ni busy sangat, dengan quiz lagi huhuhu saya akan cuba untuk bahagi masa saya . sorry kalau ada salah dan silap. Terima kasih yang mana sudi baca, comments and vote tu, saya hargai sangat-sangat sebab korang support saya yang hanya seketul kentang ini, huwaa thank you korang, tidur awal ya ... Good night korang
Share this novel