BAB 3

Romance Completed 28163

"got secrets i can't tell"
" I love the smell of gasoline"
" I light the match to taste the heat"
" I've always liked to play with fire"

HARI TERAKHIR BERADA DI CAMERON HIGHLANDS

Mereka masing-masing mula mengemas barang peribadi mereka kerana hari ini ialah hari terakhir mereka berada di Cameron Highlands. Fatin yang sudah mengemas barang miliknya meminta izin ibu dan ayahnya untuk keluar menikmati pemandangan indah di luar hotel buat kali terakhir. Semasa dia berjalan keluar, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang mengikutinya, tetapi dia hanya buat tidak tahu sahaja, entah maybe perasaan saja. Tanpa berfikir panjang Fatin pun mengorak langkahnya untuk sampai ke destinasi pilihannya, tidaklah begitu jauh dari hotel.

Semasa tengah sedap bergambar, tiba-tiba sahaja ada seseorang datang menegur, tidak lain tidak bukan tentulah si crushnya. Ya, tak lain tak bukan mestilah Qaiser Rayyan, yang juga menyukainya dalam diam tanpa pengetahuannya.

Huhuhu bestnya bila crush korang sendiri rasa juga perasaan tu kan.

"hai buat apa tu?" Tanya Rayyan.

"hah? Tak buat apa pun" Fatin sedaya upaya mengawal degupan jantungnya dari terus mengepam laju.

"Fatin jalan sorang-sorang ni parents tahu tak?"

"tahu"

"ohh berani ekk jalan sorang-sorang jadi apa-apa macam mana, bahayalah awak tu perempuan nanti orang culik macam mana?"

"tak lah saya dah besar, saya boleh jaga diri"

"tak boleh, biar abang yang jaga"

Fatin merengus dalam diam, ada jer yang nak sibuk dalam hidup dia, nasib crush kalau tak memang kena lah jawabnya.

Rayyan yang melihat tindakan Fatin yang seakan tidak berpuas hati hanya tersenyum lebar, baginya wajahnya itu sungguhlah mencuit hatinya.

Fatin yang melihat Rayyan juga sudah memandang pelik kepada Rayyan, yalah tiba-tiba saja tersenyum lebar.. lalu dia pun berdehem untuk mengalihkan perhatian Rayyan yang kini sedang menenungnya sampai nak tembus dengan senyuman yang agak 'psiko'.

Fatin terus saja berpura-pura melihat sekeliling untuk mencari tempat yang sesuai untuk bertangkap gambar.

"jom kita tangkap gambar bersama" Rayyan terus menarik hujung baju lengan Fatin untuk ke suatu tempat yang baginya menarik untuk bertangkap gambar.

Fatin yang terkaku terus saja mengikuti Rayyan tanpa membantah.

"say cheese" Rayyan terus menangkap gambar mereka berdua dan Fatin hanya memberikan senyuman yang agak kekok kerana, pertama jarak mereka yang terlalu dekat, yang kedua kerana impian Fatin untuk bertangkap gambar bersama crush sudah berjaya.

Jantungnya usah dikata memang berdegup kencang, harap-harap si kumbang tidak mendengarnya.

Pelbagai posisi mereka gayakan tapi yang pasti ia mampu membuatkan Fatin hilang 'kotak suara' buat sementara.

"Ba--eh Fatin, nanti abang hantar dekat Fatin yer semua gambar-gambar ni."

"okay" tanpa bertanya 'macam mana nak bagi sedangkan number pun tak tahu' Fatin terus saja bersetuju

Fatin yang merasakan terlalu lama mereka berdua-duaan terus saja mengatakan bahawa mahu pulang ke hotel semula

"hm saya balik dululah macam dah lambat sangat" tanpa menunggu balasan Rayyan, terus saja dia meninggalkan Rayyan disitu.

Rayyan yang melihatnya hanya mampu memandangnya dengan senyuman misteri. "hello Xander, kau dapat tak semua maklumat pasal girl yang aku selfie tadi"

"dapat bos"

"bagus, cepat kau ni... hantar dekat aku"

"baik bos"

Setelah Rayyan meletakkan telefonnya, terus saja mesej maklumat tentang Fatin diperolehinya. 'Daddy will letting you go first babygirl.. when the times come I'll make you stay in my arms 24 hour'. Rayyan yang membaca segala maklumat Fatin hanya tersenyum sinis. Setelah itu dia pun berjalan pulang ke hotel untuk bertolak balik.

DI R&R JURU

"ahh nampaknya kita kena berpisah disini sajalah." Dato Ilham bersuara.

"haah nampaknya begitulah Am" kata Dato Joe berkata.

"thank you Joe bawa kitorang pergi bersiar-siar sekitar Cameron dengan berkonvoi pula tu, ada jugalah rasa vibe-vibe Dato Awie HAHHAHAHA"

"HAHHHAHHA ada-ada jelah kau ni Am, yeah most welcome, thank you juga sebab sudi join ni. Tak sangka anak bini kau pun, kau angkut"

"of course ahh, they are my diamonds tu, kenalah bawa"

Mereka pun menyalam gaya lelaki antara satu sama lain, begitu juga dengan Datin Linda, Datin Jue dan juga Fatin yang menyalam antara mereka perempuan sahaja.

Fatin yang ketika itu sudah mengantuk hanya membiarkan saja ibunya berborak sebentar dengan Datin Jue setelah bersalam.

Berharap bahawa dia tidak jatuh dari motor ketika mahu sampai kerumah nanti.

Rayyan yang melihat Fatin itu terus saja pergi menegurnya untuk mengucapkan selamat tinggal.
"bye Fatin, jaga diri elok-elok, jaga mata, jaga hati Fatin untuk abang"

Fatin yang ketika itu sedang
mengantuk, malas melayan Rayyan dan hanya mengangguk dan berkata "hm okay"

Rayyan yang mendengarnya terus saja gembira, walaupun jawapan Fatin seperti acuh tak acuh, tetapi baginya ia sungguh bermakna. Rayyan tahu juga bahawa Fatin sedang mengantuk, oleh itu Rayyan tidak mengambil kisah sangat tentang hal tersebut.

"okay baiklah, jaga diri tau, nanti kita jumpa lagi, abang akan sentiasa memerhatikan Fatin"

Fatin mula memandang pelik dengan perkataan Rayyan itu.dikala otaknya bersorak gembira tetapi hatinya pula sudah berasa takut dengan kata-kata Rayyan tersebut. Dia dapat merasakan bahawa sesuatu akan terjadi nanti.

"bye Fatin, love you"

Fatin mula blushing, tetapi cepat saja Fatin membuang perasaan tersebut. 'tak mungkin, tak mungkinlah dia main-main jer tu, biasalah lelaki..' dan hanya memandang tubuh belakang Rayyan yang kini sedang berjalan ke arah motosikalnya untuk bergerak pulang

Bohonglah jikalau dia tidak gembira apabila mendengar kata-kata tersebut, tetapi dia berpesan kepada dirinya juga untuk tidak menaruhkan sebarang harapan kerana takut untuk disakiti oleh 'cinta'.

Tanpa Fatin ketahui juga, kata-kata Rayyan itu juga adalah benar dan tidak main-main.what he want he will get it no matter what. What he know is 'what's mine always be mine' itulah trademarknya.

Hye my readers, thank you sebab baca this story, I'm very appreciate about it, maafkan saya jikalau ada salah dan silap. I'm sorry jikalau ada typo dan kesalahan tatabahasa and grammar... huwaa gue nggak fasih berbahasa inggeris, maafkan saya ya. dan juga jangan lupa vote and comments tau,good night my readers.. jangan tidur lewat sangat... heheheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience