BAB 5

Family Completed 2268

“Beginilah, pakcik cadang kamu datang je sini. Kami akan cerita perkara sebenar. Sekarang ini, tak perlu risau nak meminang atau merisik, kita jernihkan dulu apa yang keruh. Boleh macam tu?”

Hairi melihat riak wajah ibunya yang sejak tadi turut sama mendengar perbualannya. Suara di telefon bimbit itu sengaja dikuatkan. Sebaik ibunya mengukir senyuman, segera dia menjawab.“Boleh pakcik”

Di ruang tamu rumah Melora , hanya lima orang manusia sedang saling berkenalan dan berdiskusi. Melora tiada. Dia ragu untuk memunculkan diri. Kenyataan Hairi tempoh hari menimbulkan tanda tanya.

‘Bagaimana lelaki itu yakin bahawa akulah perempuan yang dia lihat dua tahun lalu? Asal usulku tidak tahu. Ibuku dan ayahku tidak kenal. Hanya kerana doa dia sanggup pulang dari Mesir? Mahu jadikan isteri pula tu. Aneh. Kalau aku keluar dari bilik, tiba-tiba aku bukan perempuan tu, macam mana?’

Kedengaran riuh rendah suara ketawa dari ruang tamu sampai ke biliknya. Sudah menghampiri sejam mereka beramah mesra. Dia merapati pintu. Ada geseran kaki yang sedang menghampiri. Ibunya menolak daun pintu.

“Melora . Jom ke ruang tamu. Mak Hairi nak tengok kamu”

Matanya membelalak. Berkali-kali dia menggeleng tidak mahu. Akhirnya, ibunya merapati dan mengusap belakangnya lembut.

“Bismillah Melora . Ibu Hairi hanya mahu melihat. Kita tidak tahu apa yang di depan. Ibu selalu mendoakan yang terbaik untukmu. Hafiz Al-Quran tu datang rumah kita. Ustaz lagi”

Dengan langkah yang perlahan, Melora menuju ke ruang tamu. Jantung yang tenang berubah kencang. Pipinya mula kemerah-merahan. Di sebalik perasaan yang sukar diungkapkan, dia bermonolog dengan Tuhan.

‘Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa dia baik untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya. Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa dia buruk untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience