BAB 2

Family Completed 2264

“Macam ni Ukhti. Ana terus terang je lah ye. Ana minta nombor Ukhti dari kenalan ana batch sama dengan Ukhti. Ana minta dua tahun lepas dan minta tolong dia sampaikan hajat ana untuk pinang Ukhti. Tapi nombor dia hilang lepas ana habis Maahad. Selepas fikir beberapa kali, ana nak tanya Ukhti sendiri. Maaf kalau cara tak kena. Ana tak berhajat tahu jawapan Ukhti lagi sekarang ni, sebab Ukhti pun belum kenal ana. Kalau Ukhti belum berpunya, boleh Ukhti beri nombor seseorang yang boleh jadi pengantara antara kita. Tapi kalau Ukhti sudah berpunya, ana rasa tak perlulah.”

Dia terkedu. Ditampar pipinya berkali-kali, bimbang apa yang terlihat di mata adalah mimpi semata-mata. Ternyata tidak. Serta merta, Melora bersujud dan menangis semahu-mahunya.

‘Ya Allah… berikan aku petunjukMu. Siapakah dia? Dari manakah dia?’

“Abang, dah baca mesej dari anak kita?”. Berseri-seri wajah Makcik Sharifah bak cahaya bulan di malam hari.

“Dah. Abang rasa ada baiknya kita tanya ustaz dia. Kita selidik siapa budak ni.”

“Oh bagus juga tu. Tapi tak perlu beritahu anak kitalah ye. Baru sangat dia putus tunang. Simpati juga saya kat dia”

“Betul. Lepas dapat info dari ustaz, kita berlakon jadi pengantara. Ok kan, sayang?”

Makcik Sharifah mengangguk laju. Menarik pula misi menyelidik bakal menantu kali ini. Dia geleng kepala memikirkan anaknya. Apa pula jalan cerita yang Tuhan takdirkan untuknya.

Setelah seminggu,

“Assalamualaikum. Ukhti, ana mohon maaf jika cara ana sebelum ini terburu-buru dan terlalu tiba-tiba. Tapi ana memang betul-betul serius untuk melamar Ukhti. Ana pun pelik kenapa ana tunggu selama ini untuk orang yang tak pernah ana kenal. Kalau Ukhti belum berpunya, ana takkan putus asa untuk tunggu Ukhti. Ana harap Ukhti beri peluang untuk ana kenal mak ayah Ukhti bila balik Malaysia nanti. Tinggi cita-cita ana ni, tapi ana belum tahu pun Ukhti sudah berpunya atau belum. Ana harap Ukhti tak kisah untuk beritahu ana status Ukhti. Ana tak berniat ganggu Ukhti dan tak mahu Ukhti pening pun dengan kehadiran ana yang tiba-tiba ni. Hanya cara ini sahaja ana boleh sampaikan isi hati ana. Nak bagi ayat bunga-bunga, ana tak pandai. Kalau hanya doa tapi tiada usaha, tak dapat kan? Anggaplah ini usaha permulaan untuk ana dapatkan Ukhti. Wassalam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience