BAB 7

Family Completed 2264

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, PakcikTaqeef datang tepat pada waktunya.

“Pakcik… saya…” Hairi menundukkan mata yang baru saja bertentangan. Air matanya bertakung lalu tumpah dari kelopaknya. Dia menyeka dengan belakang tangan kiri, sambil tangan kanannya menyeluk saku. Ada surat yang baru siap ditulis petang tadi.

Suasana menjadi hening. PakcikTaqeef membiarkan Hairi mengambil waktu untuk tenang semula. Dia hanya memerhati raut kesedihan di wajah Hairi . Adakah air mata itu berkaitan puterinya atau masalah peribadi Hairi pun dia tidak pasti.

“Pakcik, ini surat yang saya tulis untuk Melora . Saya tidak tahu bila lagi boleh berjumpa orang sebaik pakcik. Saya seperti tidak percaya secepat ini Allah datangkan pakcik. Terima kasih pakcik atas segalanya. Mohon maaf salah silap saya”

Giliran dia pula terkedu. Aura kesedihan serta merta menyelubungi sebaik surat itu berpindah tangan. “Boleh pakcik baca?”

“Silakan pakcik”

“Assalamualaikum wbt Ukhti Melora yang dihormati. Pertamanya, terima kasih kerana beri peluang ana mengenali ibu bapa Ukhti. Melalui Ukhti, ana percaya hebatnya kuasa doa. Dua tahun lamanya ana berdoa, sesingkat ini pula perkenalan kita. Ibu ana sudah punya calon untuk ana sebelum ana pulang ke Malaysia lagi. Perempuan itu anak yatim piatu yang kenal rapat dengan ibu. Ana mohon maaf kerana ana harus memuliakan ibu meskipun hati ana belum mantap menerima sesiapa. Ana percaya Allah sedang mempersiapkan takdir terbaik buat kita. Sekali lagi, mohon maaf atas segalanya. Semoga Allah merahmati kehidupan Ukhti sekeluarga sampai bila-bila.

Yang benar,

Hairi .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience