BAB 8

Family Completed 2264

Melora menutup surat itu sambil tersenyum. Dia belajar suatu yang cukup besar daripada peristiwa ini.

“Ayah, doa itu kuasa. Alhamdulillah, lelaki yang kelima pula pergi dari hidup Melora . Ayah tahu, sehari sebelum datangnya Hairi , Melora yang merayu pada Allah agar menghadirkan lelaki dari arah manapun. Dia benar-benar datang, ayah. Dari Mesir”

“Oh jadi, Melora sudah menduga pinangan ini?”

“Melora tidak menyangka sesegera itu Allah kabulkan.” Dia menggeleng kepala diikuti oleh ketawa kecilnya.

“Allah Maha Mendengar, ayah. Melora bersyukur, hati ini mampu redha atas apa yang berlaku. Jika kerana izinNya dia datang, pasti keranaNya juga dia pergi. Takdir itu mudah difahami apabila ianya berlaku tepat dengan kehendak kita. Namun yang menjadi sukar untuk diterima adalah apabila ianya tidak menyebelahi kita.”

“Betul Melora . Melora dan dia berdoa, bukti pergantungan padaNya. Kita semua berusaha, tanda kita bukan hamba yang pasrah semata-mata. Subhanallah. Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang berputus asa. Hikmah hanya dapat dilihat oleh orang yang pasrah terhadap percaturan takdir Allah. Pada masa yang sama, dia sentiasa berusaha untuk mencari ibrah serta kekuatan di sebalik apa yang sedang dan telah berlaku.”

“Hebatlah anak ibu. Selepas ini, doa itu biarlah spesifik. Nanti orang Bangladesh pula datang”. Kedengaran suara Makcik Sharifah dari dapur. Dia membawa sedulang cawan bersama teko air kopi untuk diminum bersama di beranda rumah.

“Orang Bangladesh kacak kan, ayah?” Melora tersengih-sengih.

“Eh, tak serik lagi?” Serentak PakcikTaqeef dan isterinya bertanya. Ketawa tiga beranak itu di malam hari. Kedua-duanya terhibur dengan gurauan puteri mereka. Jiwa Melora kini lebih bahagia. Dia percaya Allah mendengar rintihannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience