BAB 3

Family Completed 2264

Sekali lagi, matanya membulat melihat keseriusan lelaki misteri ini. Jari jemarinya sejuk dan pucat. Dia tiada kekuatan untuk membalas walau sepatah kata. Denyut jantungnya laju bak angin taufan. Mesej yang panjang itu kekal bertanda biru. Dia segera menelefon ibu.

“Ibu, kenapa ayah tak hubungi dia? Kesianlah dia tunggu jawapan sampai berhari-hari. Melora takut meletakkan harapan, ibu. Cukuplah yang lepas mengajar Melora . Melora serah urusan ini kepada ibu ayah”

“Iya Melora . Kamu jangan risau. Tak perlu balas apa-apa. Pandailah ibu ayah nak buat apa”

Melora menghela nafas lega. Fikirannya sedikit terganggu beberapa hari ini. Kerapkali dia ditegur rakan sebilik akan dahinya yang berkerut. Namun, dia memilih untuk berahsia.

Sabtu, 2 petang. Masa yang telah disepakati oleh Hairi , ibu bapanya dan keluarga Melora untuk bertemu. Hari pertama dia balik dari Mesir dan membawa kedua ibu bapanya untuk menyunting bunga yang telah lama mekar di hati. Tekadnya bulat. Bukan sedikit wanita yang dia perlu tepis demi menanti sekuntum bunga. Hari ini dia akan leraikan segala persoalan yang bergelut di jiwa. ‘Kuatkan hatiku ya Allah!’

Ketika kereta putih Honda City meluncur laju, Hairi memulakan bicaranya.

“Mak ayah, terima kasih kerana percaya pilihan Hairi . Kali pertama, Hairi nampak Melora di masjid, hati Hairi kuat bersuara memberitahu dialah orangnya. Mak ayah doa yang baik-baik ye. Baru-baru ini, mak dia ada maklumkan yang Melora baru putus tunang…”

Belum sempat dia menghabiskan ayat, air muka ayahnya berubah. Dahinya berkerut.

“Putus tunang? Sebab kamu? Eh, ayah dan mak ni ada maruah lagi tahu tak? Kamu dahlah baru balik Mesir, macam ni kamu balas untuk mak ayah?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience