BAB 4

Humor Completed 14632

“Nope. Macam ni lah, awak tak kenal saya, saya pun tak kenal awak. Tapi saya tahu awak ada masalah. I want to help you. Take it like this. Saya dah tak akan jumpa awak lepas ni, awak pula memang sah-sah takkan cari saya sebab sayakan busybody. So it should make it easier for you to talk to me regarding your probs, aye? Tak payah nak malu-malu dengan saya. Nama awak pun saya takkan tanya, and saya tak akan kasi nama saya.”

Dia buat muka mintak gula-gula dia. Sayf mengeluh kesekian kalinya. Dia berfikir masak-masak.

“ Baiklah. Since I pun dah tak tahu nak cerita dekat sapa, you are the only unintended option that I have. So here goes nothing.”

Sayf menilik jam tangannya. Lagi 10 minit berbaki atas feri ni.

“ Alhamdulillah. Okay, so... cecite.”

“ Huuh. To make it short, Mama I suruh kahwin. Dia dah kenal si Fatima ni, yelah, saya dan dia dah tunang dekat 6 bulan jugaklah. Tapikan, sejak akhir-akhir ni, I rasa Fatimah and me are not meant to be. Saya tak mahu kahwin lagi. Besar tanggungjawab tu. Si Fatima tu pun bukannya betul sangat. She is very manja, cemburu buta, suka membebel pulak tu. Naik pening tau saya ni. Bila ada on-call je dia interrogate saya macamlah I’m the only bachelor doctor in Hospital Tawakkal. She is very possessive. Dia tak solehah, tak pakai tudung, tak tutup aurat. Saya nak isteri solehah untuk jadi ibu kepada anak-anak saya nanti.”

Si gadis itu tersenyum sambil memandang Sayf. Sayf pula menarik muka pelik.

“ Apa yang lawak tentang kisah saya?” Si gadis berdehem. Dia berdiri sambil mencekak pinggang.

“ Mr Stranger, saya nak dengar kisah awak. Tapi yang saya dengar dua lines je pasal awak, the rest pasal flaws yang ada pada Fatima. Sorry to say, but adakah awak perfect?”

Sayf baru nak buka mulut jawab soalan tu tapi budak tu sambung lagi.

“ Awak kata dia tak solehah. Sebab dia tak pakai tudung? Fatima ada emak ke awak? Ada ayah?” Dia bertanya kepada Sayf. Sayf hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience