BAB 9

Humor Completed 14632

Timah bertanya sambil menjungkitkan keningnya. Bibirnya manis tersenyum.

“ Awak buat saya mengidam rasa gegula masam manis tu, awak tahu tak?”

Sayf tergelak dengan dirinya. Kuat penangan cik Timah ni ghupenye.

“ Pelik betul awak ni. Saya datang jauh-jauh dari KL trace awak, itu yang awak cakap kat saya.”

Fatima masih tersenyum. Kalau dulu, dah bermeter-meter dah muncung itik dia keluar.

“ Gula-gula tu best tau. Macam awak. Full of life, cakap potpet-potpet tapi itulah jadi halwa telinga saya. Dua hari saya tak dengar suara awak, saya rasa rindu tahap gaban.”

Sayf berjalan seiring dengan Fatima.

“ Awak tak nak tahu ke macam mana saya cari awak?”

Fatima memandang Sayf. Sayf senyum senget.

“ Tak mahu. Awakkan ada list contacts semua kawan saya. You must have called Rash and he told you.”

Fatima tergelak.

“ I tak mahu mama you runsing je, you pergi tak bagitahu sesiapa. Kesian tau kat mama.”

“ Yerp. How inconsiderate of me. By the way Fatima, nanti kita bagitahu parents I and parents you, yang kita akan kahwin secepat mungkin. Kalau boleh bulan ni jugak.”

Fatima tergamam. Mamat ni biar serius. Hari tu nak time la kunun.

“ Whaddaya mean???”

Fatima confused.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience