Tersekat di situ sahaja suara Sayf. Gadis itu bernama Natasha.
“Kan saya ...dah kata. Hidup ni penuh masam manis. Saya tak sabar nak rasa kemanisan hakiki.”
Lemah. Dia sangat lemah. Jantungnya boleh berhenti berdegup bila-bila masa.
“ Nat...Natasya. Sejak bila awak sakit ni?”
Sayf bertanya. Walaupun pertemuannya hanya kurang dari setengah jam, namun dia sangat terhutang budi pada Natasha. She knocked some sense into his retarded brain!
“ Saya lahir dengan weak heart. That is my biggest problem in life. Sebab tu saya dapat kegelisahan awak haritu. Hari-hari saya gelisah. But I lived through it. Tak guna gelisah, memang death is compulsory for every insaan.”
Bacaan ECG Natasya semakin menurun.
“Sha, you must rest.” Doktor yang menemani Sayf tadi bersuara. Ada lagi kat situ rupanya.
“ I had fun with that 20 minutes of the ferry. Awak the first person saya kasi nasihat. The day bila saya jejak kaki buat kali pertama luar rumah tanpa supervision siapa-siapa. You are happy now?”
Suaranya semakin serak. Sayf senyum lembut. Dia angguk.
“ Alhamdulillah. Saya bangga kenal dengan awak, stranger.”
“Saya bersyukur sangat saya dengar nasihat awak dulu.Get some rest, Natasya.”
“ may Allah wills it, stranger."
Perempuan di hadapannya yang semakin lesu itu melemparkan senyuman manis buat Sayf. Sungguhpun dalam kesakitan namun wajahnya yang cantik masih jelas dilihat. Sayf memasangkan semula topeng oksigen.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pertemuan dirinya dan Natasya terhenti di sini tinggal lagi dia menanti hikmah atau cuba mengerti asbab di sebalik yang berlaku kepada mereka.
Share this novel