BAB 1

Humor Completed 14632

Beautiful! Ini barulah dikatakan sempurrna! Rambut lurus berkilau bagai sutera, bibir mungil merah bak delima, memiliki sepasang mata coklat, kening cantik terletak, badan macam kerengga, It’s what they women refer as ‘my dream figure’. Mataku betul-betul terpaut pada gambar si dia yang kini berada di dalam tanganku.

Bodoh! Betapa butanya aku pada ketika itu. Tergoda dengan penampilan seorang gadis yang berpakaian seksi-meksi; I judged her looks, and expected her within to be as good? Apa yang aku fikirkan yeah? Oleh itu, sekarang ni, apa yang patut aku buat?

“Assalamualaikum, how are you?” Aku menalakan mataku yang tadi khusyuk merenung gambar Fatima ‘tersayang’ ke arah suara itu. Siapalah pulak yang ber-hai , how are you bagai ni atas feri ni? Jauh ke Penang aku lari ada jugak orang kenal ye? Mama ada sedara ke kat sini ah? Anak Mak Senah mana lak ni, tu dia, blonde!

“ Great,how are you?”

Oh, bukannya blonde, tudung dia warna kuning. Mr Sayf, you should be more alert of your surrounding.

“ Setakat ni, Alhamdulillah sebab saya dah jumpa awak. Awak tau tak, betapa bertuahnya awak ni sebenarnya?”

Pulak dah! Apa kes minah ni? Syukur sebab jumpa eden? Gila ke hapa?? Dahlah masalah si Fatima pun tak selesai lagi, muncul pulak masalah baru. And, mana dia tau aku ni bertuah? Gypsy girl betul!

“ Chup! Sebelum tu, saya kenal awak ke?” Aku bertanya sambil menjungkitkan keningku sebelah. Setinggi yang boleh, tentunya.

“ Awak tak kenal saya, and likewise. Saya pun tak kenal awak. Akan tapi, awak tau tak, saya rasa saya boleh bantu awak. Awak ada masalah kan?”

Makin hairan dibuatnya. Budak ni, Google ke apa? Macam-macam dia tahu. Ada telephatic gift ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience