1.         Ketetapan.

Spiritual Completed 1953

Ok, kita pergi satu persatu dulu, bermula dengan ketetapan. Biar kau faham pasal maut, rezeki dan jodoh sudah di tetapkan Allah.

1.         Ketetapan.

Ketetapan adalah apa-apa yang Allah dah tetapkan sejak azali lagi, dan TAK PERLU di cari, sebab memang dah disediakan pun. Kalau kau usaha juga untuk cari, kau akan PENAT malah sampai tahap PUTUS ASA, sebab kau hanya dapat apa yang dah ditetapkan sahaja. Tak lebih, dan tak kurang.

Ibarat macam dalam dewan peperiksaan, dah disediakan pun kertas jawapan. Tak payah susah-susah kau pergi kedai runcit cari kertas A4 untuk guna sebagai kertas jawapan. Apa yang kau kena buat adalah isi jawapan dalam kertas jawapan yang disediakan. Untuk bahagian ketetapan, saya pecah kepada 3 bahagian iaitu :

•    Maut

•    Rezeki

•    Jodoh

(1)       Maut Atau Mati.

Bab mati semua tahu yang Islam tak suruh cari mati sebab mati dah ditakdirkan, tetapi apa pilihan yang kita adalah adalah buat PERSEDIAAN DIRI sebelum jadi mayat untuk mendapatkan kematian yang baik, dan tidak dapat kematian yang buruk.

Kalau kau usaha nak mati sekalipun, tetapi belum tiba lagi ajal kau, maka kau takkan mati walaupun kau terjun bangunan tingkat 78. Paling tidak pun kau akan koma, atau paling baik sikit pun mungkin patah tulang sulbi, tali pusat terkeluar, pecah tulang rusuk sebab asyik bergetar, dan sebagainya. Tetapi masih hidup lagi. Cuma padan muka la, siapa suruh cari penyakit.

             Jadi tenang, saya akan terangkan secara detail sampai kau jelas insyaAllah tentang maut di bab lain dalam buku ini seperti apa itu mati, apa itu persediaan mati dan sebagainya. Tetapi untuk bahagian ini, apa saya nak cakap adalah kematian memang dah ditetapkan, walaupun kau rasa macam tak adil untuk kau. Yang wajib adalah kita buat persediaan untuk menghadapi kematian.

Contoh kalau kau kena kanser, lalu kau pun rasa bahawa kau dah tiada harapan lagi untuk sembuh dan hidup. Tetapi akhirnya ramai saja yang saya jumpa orang kena kanser atau penyakit yang katanya takkan sembuh tu sihat dan hidup lebih dari jangkaan doktor.

Atau ada orang yang tubuh badan sihat, selalu bersenam, jaga pemakanan selalu, diet seimbang, hari-hari pergi gym sampai badan berketul-ketul sado, orang pun ingat dia akan sihat dan kekal hidup lama. Tak juga, sebab ada saja orang yang tubuh badan sihat, akhirnya mati sebab kena langgar kereta. Ada juga yang badan sado, akhirnya mati sebab kena bunuh.

Apa saya nak cakap, mati ini Allah dah tetapkan. Kalau kau nak bunuh diri, tetapi kau tak mati juga, itu bukan ajal kau walaupun kau paksa juga nak mati. Kalau kau lari sejauh mana pun untuk elak kematian, buat teknologi canggih mana pun untuk “immortal”, kalau dah ajal kau, kau akan kena bungkus jadi mayat juga. Kematian Allah dah tetapkan, dan persediaan menghadapi kematian WAJIB kita buat.

Contoh macam kisah pemuda Kahfi yang bersembunyi dalam gua selama 309 tahun. Tak perlu saya cerita detail sebab kau boleh cari sendiri nanti. Tetapi apa saya nak sampaikan, kalau ikut logik akal, pemuda kahfi tu dah sepatutnya mati. Tetapi Allah takdirkan dia hidup sebab ajal dia bukan masa pemerintah zalim tu. Kalau kematian dia belum sampai lagi, dia boleh hidup bertahun-tahun walaupun kita rasa dia sepatutnya dah jadi mayat.

Ingat, kita TIDAK disuruh cari mati, tetapi kita disuruh untuk buat PERSEDIAAN untuk mati. DanMAUT akan DATANG kepada kita walaupun masa itu kita tak bersedia dan tak nak.

(2)       Rezeki.

Bab rezeki pula, masih ramai yang ragu-ragu bahawa rezeki dah ditetapkan oleh Allah. Kita semua tak disuruh mencari rezeki sana sini, cari bawah lantai, belakang rumah, bawah longkang, tetapi kita di suruh buat PERSEDIAAN diri untuk mendapatkan rezeki yang baik. Sebab itu kita selalu doa lepas habis solat untuk dapatkan rezeki yang berkat. Itupun kalau rajin berdoa la.

            Kalau kau cuba “paksa” rezeki datang pada kau sekalipun, tetapi kalau belum tiba lagi rezeki kau atau memang bukan rezeki kau, maka kau takkan dapat rezeki walaupun kau pergi sampai ke Amerika sana. Kau akan rasa sempitnya dunia kalau kau “paksa” rezeki tu datang pada kau.

            Saya akan terangkan secara detail sampai kau jelas insyaAllah tentang rezeki di bab lain dalam buku ini seperti apa itu rezeki, persediaan rezeki dan sebagainya. Tetapi untuk bahagian ini, apa saya nak cakap adalah, rezeki bukan hanya duit. Rezeki juga memang dah ditetapkan,walaupun kau rasa macam tak adil untuk kau.

Contoh kalau kau gagal masuk IPT, kau pun rasa kau tiada rezeki lagi, lalu gelaplah masa depan kau. Saya jumpa ramai je budak yang dah jadi lepasan universiti, tetapi menganggur sampai 3,4 tahun menghabiskan beras mak ayah di rumah.

            Ada juga yang belajar tak habis, atau tak dapat masuk universiti, atau gagal dalam peperiksaan, tetapi akhirnya jadi jutawan, hartawan dan segala bagai. Tetapi kau jangan salah faham pula, saya bukan nak suruh kau berhenti belajar atau gagal belajar. Pergi terjun bangunan kalau kau faham macam tu.

Apa saya nak cakap, rezeki ni Allah dah tetapkan. Kalau kau nak sesuatu, tetapi kau tak dapat, tu bukan rezeki kau walaupun kau paksa juga nak dapat. Kalau kau kejar hebat mana pun, kalau bukan rezeki kau, kau akan dapat apa yang ditetapkan saja.

            Contoh macam cerita dua orang pemilik kebun dalam surah al Kahfi. Saya tak nak cerita secara detail, kau boleh cari sendiri nanti. Tetapi antara perkara yang disampaikan dalam cerita tu, orang yang ada kebun besar atau dalam konteks hari ni, ada harta banyak, duit berlambak, rumah besar, kereta besar, bini besar (eh?) atau apa-apa sekalipun, belum tentu semuanya tu milik dia. Kalau bukan rezeki dia, akhirnya boleh musnah sekelip mata saja, walaupun dia dah berusaha hampir berpuluh-puluh tahun!

Ingat, REZEKI AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

(3)       Jodoh.

Bab jodoh juga, masih ramai yang ragu-ragu bahawa jodoh dah ditetapkan oleh Allah. Kita semua tak disuruh mencari jodoh sana sini, cari bawah pejabat, belakang rumah, bawah katil (Juon?), tetapi kita disuruh buat PERSEDIAAN diri untuk mendapatkan jodoh yang baik.

            Kalau kau cuba “paksa” jodoh datang pada kau sekalipun, tetapi kalau bukan jodoh kau, maka kau takkan dapat jodoh tu walaupun kau pergi sampai ke Turki sana. Kau akan rasa sempitnya dunia kalau kau “paksa” jodoh tu datang pada kau. Atau dalam konteks kahwin, kau akan rasa “sempit” dunia ini kalau kau paksa pasangan tu datang dan kahwin dengan kau.

            Jadi bertenang, saya akan terangkan secara detail sampai kau jelas insyaAllah tentang jodoh di bab lain dalam buku ini seperti apa itu jodoh, persediaan dapat jodoh dan sebagainya. Tetapi untuk bahagian ini, apa saya nak cakap adalah, jodoh memang dah ditetapkan, walaupun kau rasa macam tak adil untuk kau. Yang wajib kita buat adalah persediaan untuk dapat jodoh,

Contoh kalau kau suka dengan Lady Gaga sampai tahap kau nak kahwin dengan dia dan doa sungguh-sungguh agar dijodohkan dengan dia. Lalu kau bercinta dengan Lady Gaga bagai nak rak, couple sampai 7 tahun 9 bulan, dating call mesej hari-hari, bagi hadiah mamee megi, tengok wayang dan segala bagai.

            Tetapi akhirnya dia kahwin dengan orang lain, namanya En Sotong atas pilihan keluarga atau dia dah tawar hati dengan kau. Kau pun tertekan tahap kritikal lalu menyalahkan takdir dan salahkan Allah sebab tak adil dengan kau. Tetapi lepas beberapa bulan, akhirnya kau pun berkahwin juga dengan perempuan bernama Lady Gaga. Cuma bukan Lady Gaga yang kau harapkan tu, tetapi ini Lady Gaga yang baru tambah “P”, Lady Gagap.

Apa saya nak cakap, jodoh ini Allah dah tetapkan. Kalau kau nak sesuatu, tetapi kau tak dapat, tu bukan jodoh kau walaupun kau paksa juga nak dapat. Kalau kau berlari selaju mana pun, kalau itu jodoh kau, kau akan dapat walau masa tu kau tengah nak terbang ke Pluto. Jodoh Allah dah tetapkan dan persediaan WAJIB kita buat.

Jangan tertekan sampai nak bunuh diri kalau masih tak bertemu jodoh. Ramai saja yang tak sempat bertemu jodoh tetapi dah bertemu maut dulu. Tak sempat jadi pengantin baru, tetapi dah jadi mayat. Chill.

Ingat, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

*********

Kesimpulan untuk bahagian ini, apa saya nak beritahu adalah, semua yang berlaku dalam dunia ini walau sekecil-kecil perkara adalah kehendak dan takdir Allah. Tidak ada yang kebetulanberlaku dalam dunia ni. Sebab tu saya tak suka bila ada orang kata,

“Haa, kebetulan aku jumpa duit 50 pound kat dalam stokin.”

“Alaa, kau dapat kahwin dengan Lady Gagap tu kebetulan je..”

Dalam dunia ni, tiada yang kebetulan, melainkan semuanya dah dirancang oleh Allah.Kalau kebetulan, maksudnya ada perkara yang Allah tak tahu. MUSTAHIL ada perkara yang Allah tak tahu. Sebab Allah Maha mengetahui, Maha ‘Alim. Hati-hati dengan perkataan “kebetulan itu, kebetulan ini.”

Dan lagi satu, selama-lamanya kita takkan boleh ubah takdir Allah. Sebab kita tiada kuasa pun nak ubah takdir Allah. Tetapi Allah boleh ubah takdirNya sendiri, sebab dia yang cipta. Allah berhak dan ada kuasa untuk ubah. Tetapi macam mana nak kita nak minta Allah ubah takdir yang Dia tetapkan?

Doa!

Doa sungguh-sungguh. Sebab itu ada banyak hadis sahih Rasulullah tentang doa. Nanti bab akhir saya ada cerita tentang tips kesalahan dalam berdoa dan tips doa kita ditolak. Ouch.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience