PERMULAAN

Spiritual Completed 1953

Sebenarnya bab takdir ni mudah je, iaitu kita beriman dengan qada’ dan qadar. Kita beriman bahawa semua ketentuan dan ketetapan Allah dah uruskan, dalam masa yang sama kita berusaha semampu yang boleh atas kapasiti hamba dalam urusan dan pilihan yang kita boleh buat. Contohnya, seseorang ni berusaha belajar sungguh-sungguh nak jadi ahli farmasi, tetapi Allah nak sebaliknya, maka ditakdirkan jadilah dia seorang penulis dan admin Tarbiah Sentap. Haha.

            Contoh atas tu terlalu umum untuk faham bab takdir. Bersabar, dan jangan panik. Tetiba je. Tetapi kalau kau boleh faham, memang “win” lah. Takdir ni mudah saja nak hadam sebab ia banyak melibatkan yakin dengan sebenar yakin kepada perkara yang kita tak nampak, dan adakalanya yakin sungguh-sungguh terhadap perkara yang di luar logik otak kita.

Tetapi disebabkan ada golongan yang nak sangat penjelasan logik dan ikut kepala akal mereka, maka penjelasan bab takdir ini ada sedikit falsafah walau sebenarnya senang saja nak faham. Tetapi akhirnya mereka tetap keliru dan pening kerana ada perkara yang tak tercapai dek akalnya. Lalu tu yang berlaku penyelewengan sampai ke laut, bukan zaman sekarang je, bahkan sejak dulu lagi. Arghh.

            Islam ini bukan semata-mata agama logik akal, tetapi yang utama adalah Islam ini adalah agama Tauhid, iaitu kau beriman atau yakin dan percaya sama ada ia logik atau tak, selagi mana ia benar dari al Quran dan As Sunnah yang sahih. Contoh, kalau ikut logik akal, mana wujud malaikat, sebab malaikat pun kita tak pernah nampak.

Tetapi sebab apa kita percaya? Sebab Allah dan Rasulullah beritahu pada kita. Ini bukan percaya membabi buta, ini percaya ada sumber yang tepat, iaitu al Quran dan As Sunnah yang sahih. Sumber yang asli dan original, bukan cetak rompak.

            Salah faham ini menjadi antara faktor wujudnya dua golongan besar yang salah faham tentang takdir, iaitu golongan Ja’bariah dan Qadariah. Pernah dengar tak? Alaa, golongan ini kita ada belajar masa sekolah menengah lagi. Itu la, study sebab nak exam je semata-mata, kan dah apa pun tak ingat.

Kalau kita belajar di sekolah, ada satu golongan ini yakin yang semuanya datang dari Allah. Jadi tak payah nak susah-susah untuk buat apa-apa perkara sebab semuanya dah ditakdirkan. Syurga, Neraka, pahala, dosa, minum arak, dengar lagu Kpop atau Bangla Pop (Bpop), peluk artis Korea, Bangla, Melayu dan lain-lain, baca novel dan layan drama cinta, baca buku Aku Bukan Malaikat (eh?) atau semua bagai tu dah ditakdirkan. Nak buat macam mana kan? Kata mereka lah.

Yang lagi satu pula golongan yang percaya bahawa semua perkara datang dari diri sendiri. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Siapa tak usaha, dia tak dapat, padan muka. Dia tak yakin dengan hidayah Allah, tak percaya dengan rezeki yang Allah tetapkan, jodoh yang Allah dah sediakan, dan kematian yang Allah takdirkan. Jadi kesimpulannya, kedua-duanya salah.

Oleh itu, sebelum saya teruskan tulisan ini, saya ada 2 permintaan dan RAYUAN. Yang pertama, sila baca SAMPAI habis TERMASUKLAH3 bab lain iaitu bab Persediaan Mati, Persediaan Jodoh dan Persediaan Rezeki. Kalau kau baca dan faham secara TERPISAH dan ambil SEPARUH saja, nescaya kau boleh sesat. Ilmu jangan ambil sekerat-sekerat. Ambil kesemuanya, dan nilai guna hujah syarak.

Dan yang kedua, saya minta maaf sungguh-sungguh kalau sepanjang tulisan saya ini ada salah silap atau salah taip. Serius, saya tulis bab ini sebab nak masyarakat faham berdasarkan rujukan yang saya yakini tepat dan betul.

Tetapi kalau apa yang saya faham ni salah dan bertentangan dengan Islam, maka tolonglah tegur saya sama ada jumpa saya di pejabat Tarbiah Sentap, call, emel saya atau apa pun lah. Please, jangan biarkan daku sesat.…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience