4.         Niat

Spiritual Completed 1953

Yang terakhir sekali tentang niat. Kita semua tahu yang segala AMAL bermula dengan NIAT. Ini semua ada dalam hadis pertama dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi.

Ada satu hadis yang menceritakan tentang lelaki yang buat jahat dan berjaya bunuh 99 orang, tetapi dia nak bertaubat. Kemudian bila dia berjumpa dengan seorang alim ni, orang alim ni kata dia ni ahli Neraka. Lalu lelaki tu pun bunuh orang alim tersebut, dan genaplah angka 100. Kemudian dia berjalan lagi, dan jumpa dengan seorang alim yang lain, dan dia beritahu yang dia nak taubat.

Orang alim tu pun kata kalau dia nak bertaubat, dia kena pergi ke sebuah kampung yang mana di situ ramai orang baik. Dengan harapan dia akan terikut jadi baik. Lalu lelaki tubuat PILIHAN untuk menjadi baik, dan terus buat PERSEDIAAN untuk ke kampung tu untuk bertaubat dan menjadi baik. Masa dalam perjalanan menuju kampung tu lelaki tersebut mati di tengah jalan.

Lalu datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab. Masa malaikat azab nak ambil lelaki ini bawa ke Neraka, Allah perintahkan bahawa dia adalah ahli SYURGA. Persoalannya, kenapa?

Antara sebabnya adalah, lelaki itu mati dalam keadaan dia MENZAHIRKAN niatnya. Atau dia membuktikan yang dia betul-betul nak bertaubat. Apa yang kita boleh belajar, sesiapa yang berniat nak bertaubat dan berubah menjadi baik, Allah maha pengampun dan sudi ampunkan kau.

Tetapi apa yang kau kena buat adalah, kau kena zahirkan niat kau. Oleh sebab niat ni belum ditakdirkan oleh Allah hatta malaikat pun tak tahu apa niat kau, tetapi kalau kau nak buat baik atau pahala, maka malaikat pun “tercium” bau wangi, lalu dia pun tulis satu pahala. Tetapi kalau kau niat nak buat jahat, walau malaikat “tercium” bau busuk sekalipun, dia tak tulis pun dosa tu sehinggalah kau MENZAHIRKAN niat kau tu.

Oleh itu, kalau kau nak bertaubat dan berubah jadi baik, ZAHIRKAN NIAT ITU. Jangan peduli kalau orang tuduh kau riak’, belagak dan sebagainya, sebab hakikatnya yang tahu niat kau cuma kau seorang je. Malaikat pun tak tahu, apatah lagi orang lain yang bukan malaikat.Marilah menangis, kerana itu adalah mengzahirkan taubat!

Tengok contoh seorang sahabat Rasulullah ni zahirkan niat. Ada seorang sahabat, namanya Abdullah Bin Huzaifah As Sahmy, bila ditangkap menjadi tawanan perang, maka dia dibawa berjumpa dengan maharaja Rom. Lalu maharaja ni suruh dia murtad dan masuk Kristian, Abdullah mestilah tak nak.

Maharaja pun tawarkan dia jawatan dalam kerajaan dengan syarat dia murtad, pun Abdullah tak nak. Lepas tu ditawarkan pula sebahagian harta dengan syarat dia murtad, pun dia tak nak.

Lalu maharaja ni geram, dia suruh tentera dia buat kawah minyak panas, lalu dicampakkan tawanan Islam yang lain dalam kawah minyak yang menggelegak panas depan dia. Dia campak seorang demi seorang. Tak lama kemudian, Abdullah menangis. Maharaja ni pun gembira, ingat taktik menjadi. Bila maharaja ni tanya kenapa dia menangis, lalu dia pun jawab,

“Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di medan perang fisabilillah. Tetapi kini, aku akan mati dalam kuali panas.”

            Sumpah hebat superb! Kalau kau berniat nak taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah, pilihlah untuk kau zahirkan niat kau tu. Jangan pula kau nak solat fardhu, tetapi sekadar niat je, kemudian kau pun tak solat. Kononnya atas alasan niat. Jangan jadi mangkuk macam Ayah Pin. Sebab itu saya cakap, ZAHIRKAN niat. Kalau kau berniat nak tutup aurat sempurna, niat saja tak cukup. Zahirkan dia, tutuplah aurat dengan sempurna.

            Sebab itu dalam kaedah syarak, kita menghukum seseorang berdasarkan apa yangkita NAMPAK atau apa yang orang itu ZAHIRKAN.Kalau nak jalankan hukuman potong tangan sebab mencuri, mesti ada BUKTI yang kuat. Kalau sekadar agak-agak, tak boleh. Dan kita tegur dan cegah orang buat dosa dan maksiat sebab dia buat dosa dan maksiat secara TERANG-TERANGAN.

Tetapi kau jangan salah faham pula yang niat TAK MENGHALALKAN cara. Kau nak bertaubat, tapi kau guna maksiat untuk berubah. Memang tak bolehlah. Niat tak pernah menghalalkan cara.

            Zahirkan niat kau dengan cara yang ikut syarak, bukan main tangkap muat je. Akhir sekali, selepas zahirkan niat tu, kenalah jaga hati dan menyerah dirilah pada Allah.

Wallahu’alam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience