3.         Soal Hati.

Spiritual Completed 1953

Baiklah, saya pergi perlahan-lahan, takut kau makan panadol extend overdose. Sebenarnya bolehlah dibuat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan/takdirkan kepada semua orang.

Dan kita semua akan dapat 4 perkara ini, tetapi kena faham bahawa bukan 4 perkara ini yang akan menentukan Syurga dan Neraka kelak. Yang bakal menentukan di Akhirat kelak adalah “soal hati”! Ini bukan tajuk drama Melayu yang jiwang karat tu.

(i)        Kesenangan

(ii)       Kesusahan

(iii)      Pahala

(iv)      Dosa

Kau tentu tak paham yang kalau semuanya telah ditetapkan, kenapa perlu kita ajak orang buat baik atau amar makruf? Kenapa perlu kita mencegah mungkar? Atau dengan kata mudah, kenapa kita kena buat dakwah tarbiah?

Macam ni, kita semua tahu kisah Rasulullah pernah ditegur oleh Allah sebab cuba “paksa” hidayah untuk bapa saudaranya, Abu Talib setelah dia banyak kali pujuk dan ajak masuk Islam. Tetapi Abu Talib menolak. Lalu dia mati dalam keadaan kufur, dan Nabi pun menangis sedih. Abu Talib tak nak masuk Islam sebab Allah dah tengok hati dia yang dia memang tak nak! Ini memang soal hati.

Kalau kau baca sirah Rasulullah, kau akan tahu yang orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah berada dalam jahiliah tahap kritikal sampai bunuh anak perempuan atau tanam hidup-hidup, sembah hampir 360 tuhan, tawaf Kaabah dalam keadaan berbogel, dan sebagainya. Persoalan di sini, apakah perkara pertama yang Allah buat pada Rasulullah sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul?

Kita tahu yang Allah hantar malaikat untuk “cuci” hati baginda.

Dalam satu hadis sahih Rasulullah beritahu yang dalam jasad ada seketul daging, kalau baik daging tu, baiklah jasad tu. Kalau buruk (rosak) daging tu, rosaklah jasad tu, dan ketahuilah itu adalah HATI! Kalau baik hati ni, selamatlah manusia tu[1].

Sebab itu, perkara pertama yang Rasulullah tarbiah dan ajar pada Sahabat setelah masuk Islam antaranya adalah SYUKUR. Syukur dengan nikmat iman. Tanpa iman, kau akan kekal kena bakar, minum air nanah, makan buah berduri tajam sampai tembus leher, dan sebagainya dalam Neraka selama-lamanya.

Tetapi kalau kau ada iman, walaupun sebesar zarah sekalipun dan kau banyak buat dosa sampai penuh langit dan bumi, kau kaki korupsi, minum arak, makan rasuah, akan tetapi masuk Syurga akhirnya. Itupun selepas kena bakar dalam Neraka sampai cukup tempoh masa tertentu setimpal dengan dosa. Sehari di dunia beribu tahun di Akhirat. Aduh..

Iman ialah percaya sungguh-sungguh bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Rasulullah itu hamba dan pesuruh Allah serta tidak menyekutukan Allah walau dengan sesiapa pun. Kalau masuk Syurga yang paling kecil sekalipun, luasnya adalah 10 kali ganda dunia. Kau akan jadi raja yang lebih hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman alayhisalam. Dan kekallah di dalam Syurga selama-lamanya.

Dan Rasulullah pernah solat sampai bengkak kaki. Apabila  Aisyah r.anha tanya kenapa baginda solat sampai bengkak kaki sedangkan Rasulullah itu dah maksum atau memang dah tiada dosa, apa Rasulullah jawab? Rasulullah beritahu yang baginda nak jadi hamba Allah yang bersyukur[2].

Ya bersyukur, tetapi APA itu syukur? Syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat atau sesuatu perkara best dengan orang lain.

Sebab itu semua sahabat Rasulullah bila dapat kalimah Tauhid, mereka rasa terus nak kongsi dengan orang lain. Dengan kata mudah, mereka terus berebut nak buat dakwah tarbiah. Itulah makna syukur sebenar. Macam kau pergi melancong tempat best atau luar negara, tempat yang cantik kau akan ambil gambar dan upload di Fac atau Twitter untuk kongsi dengan orang lain.

Atau kalau kau dapat makan meatball iKEA yang mahal tu atau dapat makan nasi Arab yang paling mahal, kau terus ambil gambar dan upload dalam Fac atau Twitter untuk kongsi rasa gembira dengan orang lain. Paling tidak pun share dalam group whatapps atau telegram. Lainlah kalau tamak, tak nak cerita pada orang lain takut kena belanja orang.

Hari ini ramai ummat Islam tamak dengan nikmat Islam. Dah la suruh dakwah orang kafir masuk Islam pun susah dan tak pandai serta tak nak, padahal sama-sama kelas, ini nak dakwah sesama Muslim supaya kembali ke jalan yang benar pun tak nak juga. Kenapa kau tamak dengan nikmat Islam yang kau ada? Nak masuk Syurga sorang-sorang ke apa?

********

i)          Kesenangan.

Perkara pertama kita pergi ialah bab kesenangan yang telah di takdirkan. Bila kau di takdirkan hidup SENANG, lahir je kena suap iPad atau iPhone 10S Plus Minus, IQ tinggi macam bil elektrik, dapat anak asyik kembar, muka hensem macam buat pembedahan plastik, bisnes asyik berjaya, exam dapat dekan atau 4 flat berturut dan lain-lain, jangan nak sombong berlagak macam orang gila.

Semua tu memang dari Allah. Exactly dari Allah. Bukannya Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, syarikat, ladang atau kebun yang bagi kau senang, semuanya dari Allah! Betulkan keyakinan ini dulu. Dan kau ADA PILIHAN sama ada nakbersyukur atau sombong dengan nikmat kesenangan tu.

            Kalau kau pilih untuk bersyukur dengan nikmat senang, itulah yang membawa kau ke Syurga. Tetapi kalau kau pilih untuk jadi sombong berlagak takbur dengan nikmat yang dah diberi percuma tu, pasti masuk Neraka kalau tak taubat! Kalau jadi orang kaya jangan nak berlagak sombong !

Jerebu datang melanda, kekayaan kau takkan dapat selamatkan kau dari jerebu. Kalau hujan lebat sampai banjir besar melanda tu pun, harta kau takkan dapat selamatkan kau. Lalu hancur musnahlah seluruh harta kau.

Kita tengok kisah Nabi Sulaiman alayhisalam, Allah bagi nikmat kerajaan yang hebat dan kaya raya sampai menguasai bumi, tetapi apa yang dia buat? Dia pilih untuk bersyukur sungguh-sungguh yang mana akhirnya Allah bagi dia Syurga.

Kalau tengok kisah Qarun pula, Allah bagi nikmat sampai penuh harta untuk 70 keturunan, tetapi apa yang dia buat? Dia pilih untuk sombong belagak takbur, yang mana akhirnya Allah tenggelamkan dia dalam muka bumi dengan hartanya sekali, bahkan masuk Neraka terus.

Kesimpulanya, masuk Syurga bukan sebab kau miskan atau kaya, kau penjawat awam atau menteri, kau rakyat atau sultan, sebab itu memang sudah di takdirkan Allah. Masuk Syurga atau Neraka di tentukan oleh soal hati kau sendiri, sama ada kau pilih untuk SYUKUR atau SOMBONG !

Ingat, syukur dan sombong adalah SOAL HATI !

ii)         Kesusahan.

Macam tu juga kalau kau ditakdirkan hidup SUSAH, lahir saja dari keluarga miskin, nak makan nasi pun fikir 10 kali, IQ lebih lambat dari wifi, anak kecil mati, muka hodoh macam kuku kaki, bisnes asyik gagal, exam asyik repeat, dan lain-lain, jangan nak menangis atau frust tonggeng macam orang gila!

Semua tu memang dari Allah. Bukannya Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, syarikat, ladang atau kebun yang bagi kau susah. Dan kauADA PILIHAN sama ada nak bersabar atauberburuk sangka dengan kesusahan tu.

Kalau pilih untuk bersabar dengan kesusahan, itulah yang membawa kau ke Syurga. Tetapi kalau kau pilih untuk bersangka buruk dengan Allah atas kesusahan yang diuji tu lalu menentangNya, pasti masuk Neraka kalau tak taubat!

            Kita tengok kisah seorang Sahabat namanya Julaibib r.anhu dari golongan Ansor. Dia seorang yang kulit hitam, miskin, tak hensem sampai takde siapa yang nak kahwin dengan dia. Kemudian satu hari, semasa Rasulullah bantu nak kahwinkan dia, tiba-tiba ada seorang sahabiah sudi berkahwin dengan dia. Julaibib punya gembira tak terkata. Tetapi semasa dia sedang buat persiapan nak kahwin, tiba-tiba datang seruan jihad.

Apa yang dia buat? Mula-mula dia keliru. Ye lah, dah la tiada siapa nak kahwin dengan dia, ini peluang ada orang nak kahwin dengan dia, dia pula terpaksa pergi jihad. Tetapi akhirnya dia buat pilihan yang paling tepat. Dia pilih untuk bersabar dan menyahut seruan jihad, dan akhirnya dia mati syahid dan Rasulullah memuliakan dia!

Kesimpulanya, masuk Syurga bukan sebab kau miskan atau kaya, kau penjawat awam atau menteri, kau rakyat atau sultan, sebab itu memang sudah di takdirkan Allah. Masuk Syurga atau Neraka di tentukan oleh soal hati kau sendiri, sama ada kau pilih untuk SABAR atau SANGKA BURUK !

Ingat, sabar dan sangka buruk adalah SOAL HATI !

iii)        Pahala

Berkenaan pahala pula, Rasulullah dah beritahu yang pahala ni adalah apa-apa kebaikan dan kebajikan yang kita rasa tenang bila buat[3]. Tetapi apa yang kau perlu tahu, kalau kau buat amal sebanyak manapun, janganlah berlagak dan merasa puas dengan pahala kau.

            Sebab itu semua berada dalam takdir Allah. Nak masuk Syurga bukan sebab banyaknya amal kau, tetapi semata-mata rahmat Allah. Iblis dulu sebelum Allah ciptakan Nabi Adam, lagi banyak amalan dia. Sebab itu kalau kita beramal, jangan pernah rasa puas hati dan rasa cukup dengan amal soleh yang dibuat. Ini semua tipu daya iblis.

            Jangan rasa puas dan cukup bila dah ramai follower ikut, atau banyak buat tahajjud dan dhuha, bagi ceramah ramai datang dan dengar, buat program ramai datang, ada jawatan tinggi dalam persatuan Islam dan sebagainya.

Sebab bila kita merasa CUKUP dan PUAS HATI dengan amal soleh, akan datang penyakit hati yang bernama RIYA’. Sebab itu saya ulas bab penyakit hati masa awal bab. Lalu celakalah padahnya, sebab hanya amalan yang ikhlas sahaja yang Allah terima.

Kesimpulannya, masuk Syurga bukan sebab kau banyak amal soleh atau pahala, sebab itu sudah di takdirkan Allah. Tetapi takdir masuk Syurga atau Neraka itu ditentukan oleh pilihan hati kau sendiri, iaitu IKHLAS atau RIYA’!

Ingat,  ikhlas atau riya’ adalah SOAL HATI !

iv)       Dosa

Berbalik pada dosa pun sama. Rasulullah beritahu yang dosa ini adalah apa-apa perkara yang buathati kita rasa resah gelisah dan kita benci kalau orang lain tahu apa yang kita[4]. Tetapi apa saya nak beritahu, jangan hina orang yang buat dosa, sebab dia telah di takdirkan oleh Allah. Sebab itu kita benci dosa yang dibuat, bukan orang yang buat dosa tu atau pendosa.

Allah boleh buat kau pula terlibat dengan dosa yang mereka buat. Ini yang paling gerun. Tetapi Allah juga beritahu kalau dosa kau buat tu banyak manapun Allah akan sudi ampunkan, dengan syarat kau taubat sungguh-sungguh minta ampun.

Apa itu taubat? Kau NIAT sungguh-sungguh tak nak buat lagi dosa tu. Tetapi kalau kau terulang semula dosa yang sama satu hari nanti, ulang taubat lagi. Sampai bila nak ulang? Sampai jadi mayat.

Kau pula jangan bangga dengan dosa kau, malah mempertahankan pula dosa tu. Kalau dah tahu salah, mengaku salah dan bertaubat. Janganlah pula kau pertahankan dosa kau dengan macam-macam alasan, bahkan siap guna alasan agama untuk mempertahankan dosa.

Kau nak tahu, Iblis masuk Neraka bukan sebab dia jahil atau tak faham Islam, tetapi dia masuk Neraka antaranya sebab dia MEMPERTAHANKAN dosa dan kesalahan dia buat, malah guna macam-macam alasan untuk membenarkan dosa dia. Antara alasan dia guna, dia kata dia lebih mulia dari Nabi Adam, dia dicipta dari api Adam dari tanah, dan sebagainya.

Kesimpulannya, masuk Neraka bukan sebab kau banyak buat jahat atau dosa, sebab itu sudah di takdirkan Allah. Tetapi takdir masuk Neraka atau Syurga ditentukan oleh pilihan hati kau sendiri masa di dunia, iaitu kau nak MENGAKU SALAH dan TAUBAT sungguh-sungguh pada Allah, atau kau BANGGA dengan dosa kau buat, lalu kau MEMPERTAHANKAN dosa dan mencari alasan untuk pertahankan dosa yang kau buat.

Ingat, mengaku salah dan bertaubat sungguh-sungguh atau bangga dengan dosa lalu mempertahankan dosa dan mencari alasan untuk membenarkan dosa yang dibuat adalah SOAL HATI!

************

Masa Allah ciptakan roh dulu, dengan kebijaksanaan yang maha hebat, Allah telah telah tahu apa soal hati kita semua. Lalu bila cukup masa dalam perut, maka Allah yang maha Hebat dan Maha Tahu telah perintahkan malaikat menulis segala perjalanan hidup kita termasuk, rezeki, amalan kebaikan, keburukan, kesenangan, kesusahan, dosa dan pahala.

Cuma satu saja malaikat tak tulis dan malaikat pun tak tahu sebenarnya, iaitu SOAL HATI.

Bila kita start baligh, maka dua malaikat kiri kanan pun ditugaskan menulis apa yang kita buat samada baik ataupun buruk. Dan sudah pasti perkara itu adalah sama je dengan apa yang tertulis di kitab takdir. Jangan tanya lagi kenapa Allah suruh malaikat kiri dan kanan tu tulis juga. Kau tanyalah Allah masa di Syurga nanti.

Oh ya, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikat kiri kanan pun tak tahu iaitu SOAL HATI.

Oleh yang demikian, ada hadis yang menceritakan kisah seorang perempuan pelacur yang hidupnya penuh dengan dosa dan keburukan. Tetapi Allah buat keputusan untuk dia tetap juga masuk Syurga, sebab dia bagi minum air pada anjing yang haus.

Ini semua SOAL HATI. Pilihan dia untuk nak ikhlas.

            Ada hadis lain yang menceritakan pula tentang seorang mujahidin yang mati syahid sebab berjihad perang di jalan Allah. Tetapi Allah buat keputusan untuk dia tetap juga masuk Neraka, sebab dia berjihad tak ikhlas dan nak orang puji dan angkat dia.

Ini semua SOAL HATI. Pilihan dia untuk tak nak ikhlas.

Ini bermakana, malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah pada kita, namun keputusan di Akhirat adalah berdasarkan pilihan hati kita. Ini adalah soal hati. Oleh sebab malaikat pun tak tahu soal hati kau, Rasulullah dah ajar kita tentang soal hati.

Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat-sifat hati yang membawa ke Syurga seperti syukur, sabar, sangka baik, ikhlas, redha, sabar dan sebagainya. Kemudian elakkan serta berdoalah sungguh-sungguh agar kita di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke Neraka seperti Kufur, buruk sangka, sombong, riya’, ujub, takkabur, dan lain-lain lagi soal penyakit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience