BAB 4

Drama Completed 2425

Hari ni Shahrizam ajak aku dinner di sebuah restaurant Ahan Thai. Sempena
dia berterima kasih kat aku sebab aku dah tolong dia semalam. Pagi tadi
sebelum dia kerja, Shahrizam kata sama ada drawing dia kena terima atau tak,
dia tetap nak ajak aku dinner. Alhamdulillah tengah hari tadi Shahrizam ada
call aku, dia kata customer suka dengan drawing dia kali ni. Aku rasa
syukur sangat sebab aku dapat tolong dia kali ni. Takde laa sepenuhnya
idea aku, aku cuma ubah sedikit je apa yang aku rasa patut diubah.

Akhirnya sampai juga kami kedestinasi yang dituju. Kami jalan beriringan
masuk kedalam restaurant itu. Tak ramai yang makan kat sini. Biasa laa
dah hujung bulan dah. Shahrizam tarik tangan ku dengan lembut. Aku nampak
sebuah meja yang terletak Reserve dengan hiasan yang berlainan sedikit
dari antara semua meja. Aku rasa ini laa meja yang paling sweet aku
tengok dengan sejambak bunga lily putih terletak kemas diatas meja.
Cantik sangat. Perlahan Shahrizam tarik kerusi untuk aku pada tempat meja
yang aku kagumi sedari tadi. Bulat mataku, jadi betul laa ni meja aku
ngan Shahrizam ? Aku melihat Shahrizam yang setia menanti menunggu aku duduk di
kerusi itu sambil tersenyum.

"Have a seat." Tersenyum ku melihat. Punggung ku labuhkan dikerusi itu
dan Shahrizam ambil tempat duduk berdepanan denganku. Aku rasa ni laa kali
pertama dia buat sesuatu yang sangat sweet kat aku. Sejak aku sah
menjadi Isteri Shahrizam , aku sentiasa bukakan hati untuk dia. Aku sedia
terima kekurangan dan kelebihan dia. Hari semakin hari, sayang aku pada
Shahrizam semakin mendalam. Cuma aku takut. Takut kalau aku bertepuk sebelah
tangan.

"Awak..." Aku menggelengkan kepala lepas dengar Shahrizam panggil aku. Aduh,
berangan pula aku ni. Bunga tadi diserahkannya padaku. Lebar senyumanku.
Bunga itu aku sambut dan ku hidu bunga lily putih. Harum sangat baunya.
Terasa dihatiku turut berbunga-bunga.

"Awak..." Sekali lagi dia panggil namaku.

"Ye?" Tanyaku. Tersenyum Shahrizam .

"Saya tanya, awak nak makan apa?" Aku tundukkan kepala melihat buku menu
yang terletak atas meja.

"Okay... Sorry! Sorry!" Buku menu aku ambil dan aku lihat list menu
dalam buku itu.

"Saya nak ice tea with grass dan lamb chop with rice." Waa... Cepatnya
dia order. Aku nak order apa pula ye? Aku tengok Shahrizam naikkan kirai kat
aku. Aku cuma tersenyum saja.

"Hmm... Saya pula tea c special and fried noodle Chinese style seafood."
Terus aku tutup list menu. Pelayan tadi sebut semula pesanan yang kami
pesan tadi satu persatu. Aku dan Shahrizam cuma menganggukkan kepala
mendengar lalu aku senyum pada pelayan wanita muda itu.

"Oh... Ye dik. Minta cili potong ye." Terhenti langkah pelayan muda itu
setelah dengar aku bersuara. Lepas saja aku minta cili potong, baru la
pelayan tadi berlalu.

"Awak suka makan pedas ke?" Aku menoleh tengok Shahrizam seperti kehairanan.
Tersengih ku lihat.

"Ye. Suka sangat. Kenapa?" Shahrizam menganggukkan kepala lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience