BAB 16

Drama Completed 2425

"Cuba tengok saya login fac ni." Ketawa ku melihat perangainya ni.

"Apa awak ni?" Telefonnyaku rampas dari tangannya. Shahrizam turut ketawa.
Leherku dirangkulnya sambil menunjukkan penumbuk depan muka ku. Semakin
galak tawaku.

"Nak beri ke tak handphone saya?" aku menggelengkan kepala.

"Melawan." Aku cucuk perutnya baru dilepaskannya aku. Tanpa berlengah
aku melarikan diri.

"Sayang! Jangan lari..." Shahrizam menjerit. Tidak berhenti aku ketawa
melihat perangai Shahrizam hari ni. Entah apa mood suami aku hari ni.
Semakin aku jauh berlari semakin pantas dia menghampiri. Aku rasa
bahagia sangat hidup dengan suamiku.

Jika difikir semula, aku adalah manusia yang sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dia. Pertemua pertama kali dengannya sewaktu pameran kerjaya di Mid Valley lima tahun lepas membuka lembaran demi lembaran penuh cabaran, suka dan duka seterusnya membuka jalan kebahagiaan untuk aku. Ketika itu, syarikatnya mengikuti expo selama 5
hari disana berdepanan tempat kedai aku kerja. Sebulan lepas tu dia
megikuti sekali lagi expo sebelah bangunan, namun setiap hari pasti dia
akan pergi kedai tempatku kerja. Kali ke 10 perjumpaan kami, tanpa
kenalan lebih dalam dia terus ajak aku menikah dengannya. Hanya satu
yang aku katakan padanya waktu itu.

"Kalau awak ditadkdirkan untuk saya, saya akan terima." Alhamdulillah
dia adalah jodoh yang ditetapkan untukku. aku berdoa semoga jodoh kami
hingga ke Jannah.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience