BAB 5

Drama Completed 2425

"Oh! Tapi kenapa awak masak, tak pernah pedas? Even awak masak kari. Itu
yang saya fikir maybe awak tak suka makan pedas kot." Tertawa aku
mendengar. Shahrizam turut tersengih melihat aku tertawa.

"Saya tak masak pedas sebab awak." Berkerut dahi Shahrizam .

"Saya? Kenapa pula?"

"Bukan awak tak suka makan pedas ke? Ye laa... Masa mak saya masakkan
ikan kari pedas, tiba-tiba awak sakit perut. Sebab tu saya rasa awak tak
sesuai makan pedas." Tertawa Shahrizam mendengar. Aku cuma tersengih saja.
Salah ke yang aku fikirkan pasal dia ni?

"Saya suka makan apa saja jenis makanan laa awak. Masa MAK KITA masak
ikan kari hari tu, kebetulan masa tu perut saya tak selesa." Aku
menggaru kepalaku yang tidak gatal semasa Shahrizam menekan perkataan Mak
Kita pada aku. Memang salah aku. Betul laa Mak Kita, bukan mak aku
seorang. Dia kan dah sebahgian dari keluarga aku. Shahrizam tersenyum
melihat aku menggarukan kepala. Aku pula tersengih.

"Mak kita... Sorry." Manis je aku tengok laki aku senyum perli kat aku
sekarang. Nasib baik laa laki aku sendiri, kalau laki orang, mampus aku.
Shahrizam menggelengkan kepala sambil tersenyum. Beberapa minit kemudian,
pesanan kami sampai. Aku tak tau apa mood laki aku sekarang. Tiba-tiba
je dia nak suap aku makanan dia. Tak sweet ke tu? Sweet sangat tau tak,
dia siap lap bibir aku dengan jari dia sendiri. Hmm... Shahrizam ! Shahrizam ! Kau
dah buat isteri kau ni cair sebab perbuatan kau ni tau. Laki siapa laa ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience