BAB 12

Drama Completed 2425

Semenjak dua menjak ni aku mulai perasan kelakuan Sharizam yang mulai berubah padaku. Aku sendiri tidak pasti mengapa. Bila ditanya dia akan mengelak, malah enggan memandang ku. Puas aku fikir, takkanlah sebab abang Razif lagi dia bengang.Sebabnya selepas dari pantai haritu, aku sudah tidak berjumpa dengan abang Razif. Jadi apa yang aku buat sampai dia bersikap dingin padaku? Besar sangatkah dosaku padanya?

Kedengaran pintu bilik dikuak dari dalam. Aku menoleh belakang melihat
Shahrizam baru keluar dari bilik sejak dia balik kerja. Makanan yang aku
masak pun dia belum jamah lagi.

"Awak nak makan? Saya sediakan ye." Aku bangun dari kerusi sofa diruang
tamu.

"Tak payah! Saya kenyang." Terus dia berlalu kedapur. Aku mengekorinya
dari belakang. Aku nak selesaikan masalah ni. Sampai bila dia nak layan
aku macam ni?

"Awak! Can we talk?"

"About what?" aku melihat dia menuang air sejuk dalam gelas. Dah tahu
selesma, cari pasal nak minum sejuk.

"About us."

"Theres nothing we can talk about us." Dia berlalu melintasi aku.

"Kalau macam tu kita bincang pasal abang Razif ." Terhenti langkahnya.
Betul tekaanku. Mesti sebab Abang Razif .

"Kenapa? Awak tetap nak ikut dia pergi riyad?" tanpa menoleh aku dia
berkata. Berkerut keningku.

"Huh? Apa maksud awak ni?" Shahrizam melihat aku tajam. Aku melihat kedalam
matanya minta penjelasan.

"Awak nak sangat ikut dia kan? Baik laa, saya izinkan awak ikut dia.
tapi ingat! Saya takkan lepaskan awak." Laju langkahnya menuju ke bilik.
Aku berlari masuk kebilik mendapatkan dia. aku menarik tangannya untuk
berhadapan denganku.

"Kenapa awak nak sangat saya ikut abang Razif ?" geram pula aku dipaksa
ikut Abang Razif pergi.

"Bukan itu ke yang awak mahu?"

"Siapa kata?"

"Razif ! Dia kata awak nak sangat ikut dia pergi dan awak mengadu pada
Razif kata saya tak lepaskan awak pergi dengan Abang sepupu awak."
Tersenyum ku mendengar. Tangannya ku lepaskan. Dia pula berkerut kening
melihat aku tersenyum.

"Kenapa awak senyum? Lawak ke apa yang saya cakap?" tertawa kecil ku
melihat Shahrizam sambil menggelngkan kepala.

"Kenapa awak ketawa ni?" semakin besar tawa ku sambil melambaikan tangan
tanda tidak ada apa-apa. Dia jalan menghampiriku dan tanganku ditariknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience