BAB 10

Drama Completed 2425

"Assalamualaikum!"

"Wa'alaikumsalam." Serentak aku dan Abang Razif menjawap salam. Aku
melihat Shahrizam baru pulang. Aku mendapatkan Shahrizam dan tangannya ku salam
dan cium seperti biasa.

"Awak kenalkan ini sepupu saya baru balik dari riyad. Abang Razif ."
Mereka saling bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing. Tak lama
lepas tu baru Abang Razif pergi.

"Dah lama ke dia sampai?" Sebaik saja kereta Honda Civic warna grey
milik Abang Razif hilang bayang, nada suara Shahrizam berubah agak serius
bertanyakan tentang Abang Razif .

"Dekat pukul 11 tadi abang Razif sampai." Shahrizam melihat aku dengan wajah
yang menakutkan.

"Kenapa tak ajak dia masuk kedalam?" Tersenyum ku melihat Shahrizam . Aku
dapat rasakan ada baur-baur cemburu.

"Husband I kan takde kat rumah. Tak manis pula kalau I ajak abang Razif
masuk ke dalam." Berkerut keningnya aku menggunakan perkataan 'I' dekat
dia. saja nak sakat orang lagi cemburu ni.

"Sejak bila pandai guna perkataan 'I' ni?"

"Sejak You dah pandai nak cemburu laa sayang oii." Aku masuk kedalam
rumah dan meninggalkan Shahrizam sendirian. Bahagia pula aku bila tengok dia
cemburu macam ni. Maknanya dia memang sayang aku laa. Tiba-tiba
pinggangku dirangkulnya dari belakang. Terkejutku dengan perbuatannya
membuatkan plastik merah jatuh atas lantai. Besar mataku dipeluknya aku
dengan erat.

"You buat laa I cemburu, I takkan lepaskan You macam sekarang." Pantas
jantungku berdegup. Kecut pula perut ku dipeluk begitu.

Sebulan sudah berlalu. Kedatangan Abang Razif membuatkan Shahrizam selalu
cemburu dengan kerapatan kami berdua. Tiap kali aku berduaan dengan
Shahrizam , mesti Abang Razif join sekali dengan kami berdua. Aku terpaksa
menjaga hati Shahrizam agar dia tidak terlalu cemburukan aku dengan sepupuku.

"Sayang." Aku mendonggakkan kepala melihat Shahrizam disebelahku. Tangan ku
dipegangnya erat sambil berjalan ditepi pantai. Panggilan sayang itu
diberi semasa dia melihat aku bercerita rancak dengan Abang Razif
dipangkin rumah mak di kampong.

"Ye?"

"Berapa bulan dah kita kawin ye?" Mata ku liar memikirkan.

"Kalau tak silap 7 bulan kan?" Aku melihat Shahrizam menganggukkan kepala
sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience