BAB 13

Romance Completed 344019

“UMAR!”

Alyka melaung dalam nada tinggi sambil menekap telefon pintar ke telinga.

“Ye.” Suara di sebelah sana menjawab panggilannya bersahaja.

“Apasal kau tumbuk muka dia semalam?!”

Serentak itu kedengaran suara tawa yang berdekah-dekah di hujung talian.

“Kau suruh aku berlakon jadi boyfriend kau. Aku just ‘on-character’ je. Haha.”

“Kau over-acting lah, Umar. Nasib baik tak patah hidung dia semalam tau! Haih, aku suruh kau berlakon sikit-sikit je.”

“Weh, dia campak kotak cincin tu kat muka aku kot. Mana aku tak ‘hangin’. Spontan tangan aku ni melayang ke muka dia. Adoi, sorry lah. Aku tak boleh control. Terlalu menjiwai watak semalam. Hahaha!” Umar masih tertawa kuat.

“Hish kau ni. Mujur tak patah riuk mamat tu. Kang tak pasal-pasal kau betul-betul masuk lokap. Haih.”

Alyka menggelengkan kepala saat terbayang semula situasi yang berlaku di sebuah hotel tengahari semalam.

Lucu pula apabila teringatkan bagaimana muka Ian Khalif yang lebam ditumbuk oleh temannya Umar. Tapi, memang patut pun sesekali lelaki itu makan penumbuk. Padan muka kau Ian Khalif!

“Don’t worry, Sara. Aku dah settle dah dengan kawan aku yang kerja manager restoran tu. Dia mula-mula pelik gak tengok aku. Apahal tetiba aku datang siap pakai sut bergaya macam CEO semalam. Aku cakap kat dia aku tengah berlakon babak satu drama. Haha!”

“Apa pun, thanks so much Umar sebab sudi tolong aku semalam. I really appreciate it,” ujar Alyka amat menghargai bantuan rakan baiknya ini.

“No worries. Hal kecik je. Kalau kau perlukan pelakon tambahan lagi jangan segan-segan contact aku. Nak suruh aku tumbuk muka mamat tu sekali lagi pun boleh.” Umar berseloroh disusuli suara tawa yang masih bersisa.

“Dah. Cukup sekali je. Kang dia saman kau sebab pecahkan muka dia.”

“So, bila kau nak masuk kerja balik ni? Aku dah tak larat cover kerja kau setiap hari. Bos pun asyik tanya bila budak Sara ni nak masuk kerja. Tak habis bercuti lagi ke? Haih, penat aku dengar suara bising dia.” Umar membebel.

“Nanti aku masuklah. Bagi aku sikit masa je lagi. Apa pun, thanks tau Umar. Kau banyak tolong aku selama ni. Aku sayang kau sangat-sangat. Nanti aku belanja kau makan okey.”

“Hah, belanja makan je? Mana cukup. Aku nak Lamborghini sebiji. Kau minta kat budak Ian tu suruh belikan.”

Alyka tertawa lucu. Tahu bahawa Umar sedang bergurau.

“Kau ingat free-free je dia nak bagi? Aku kena kahwin dengan dia dululah baru dapat minta Lamborghini.” Alyka turut sama bercanda.

“Ala, kalau kau kahwin dengan dia nanti aku macam mana?”

“Kau? Hurm, kau aku letak tepi jap. Jadi boyfriend simpanan. Haha.” Alyka berseloroh dalam tawa.

“Cis! Sampai hati kau, Sara. Tergamak kau jadikan aku sebagai kekasih simpanan je? Aku nak bawa dirilah macam ni. Sedih siot. Sob sob.” Umar berpura-pura merajuk.

“Haha. Dahlah Umar. Jangan buat lawak lagi. Aku tak larat nak gelak.” Alyka menghabiskan sisa tawanya.

“Okeylah, Sara. Aku nak masuk shift ni. Nanti kita borak lagi.”

“Okey. Shift aku malam ni kau tolong ‘cover’ sekali k.”

“Hah, yelah. By the way, sebelum terlupa aku nak bagi pesanan sikit kat kau ni.”

“Pesanan apa?”

“Kau hati-hati ‘main api’ dengan orang macam budak Ian tu. Dari apa yang aku nampak semalam, dia bukan orang yang ‘biasa-biasa’. Kau faham maksud aku kan?”

Alyka menyepi seketika. Pesanan Umar membuatkan Alyka berfikir sejenak. Dia mengerti apa yang Umar maksudkan.

“Don’t worry, Umar. Dah tak lama. ‘Game’ tu akan tamat sikit masa lagi. Apa pun, thanks atas pesanan kau.”

“Take care, Sara. Kalau ada apa-apa contact aku okey.”

“Okey. Bye Umar.”

Alyka menamatkan panggilan tersebut. Hal berkaitan Ian Khalif dan pesanan Umar saling berganti memenuhi ruang fikiran.

Ada betulnya apa yang Umar katakan. Dia sendiri tahu yang Ian Khalif bukan calang-calang orang. Silap percaturan dia yang akan ‘terbakar rentung’ di dalam permainan tersebut.

Dan kerana itu Alyka tidak sabar mahu menamatkan rencana yang diaturkan. Agar dia tidak akan terperangkap di dalam permainan yang berlangsung.

Jam di lengan diperhatikan. Alyka lantas bingkas bangun. Dia perlu menemui seseorang hari ini.

SEBUAH kafe di pinggir ibukota dikunjungi. Jesrina menyeringai tertawa sebaik mendengar cerita daripada sahabat baiknya.

“Oh my God! Good job, Sara. Akhirnya dia dah jatuh cinta pada kau!”

“So, kerja aku dah hampir tamatlah kan? Next week aku dah boleh tinggalkan dia. Cepat bank-in baki bayaran upah aku. Jangan buat lupa pulak.”

Alyka mengingatkan Jesrina. Memang benar rencana mereka hanya untuk membuatkan Ian Khalif jatuh cinta terhadapnya sahaja. Dan kemudian meninggalkan lelaki itu.

Jesrina memandang ke wajah Alyka. Bibir mungilnya berkerut-kerut seketika. Lantas dia menyuarakan apa yang bermain di fikiran.

“Erm, Sara. Sebenarnya ada satu perkara lain aku nak discuss dengan kau hari ni.”

“Apa dia?” Alyka menyoal.

“Sebelum kau tinggalkan Ian, aku nak minta kau tolong buat sesuatu.”

“Buat apa?”

Jesrina kemudian mengeluarkan sesuatu dari Prada merah jambu yang berada di atas meja. Satu helaian ‘sulit’ diletakkan di atas meja lalu dihulur ke arah Alyka.

“Ini maklumat berkenaan satu tender projek Mega. Company boyfriend aku akan join untuk ‘bid’ dalam tender ni. Dan apa yang aku tahu, company Ian juga akan masuk untuk dapatkan projek tender tu.”

Alyka mengerutkan dahi kurang memahami apa yang sedang temannya bicarakan. Dari hal berkaitan seorang lelaki tiba-tiba bertukar ke bab berkenaan tender projek pula. Dan Alyka juga baru mengetahui bahawa Jesrina sudah mempunyai teman lelaki baharu. Cepat betul dapat pengganti.

“Company boyfriend baru kau ke?”

Jesrina mengangguk.

“So? Apa kaitan bab tender ni dengan hal yang kita tengah borak?” Alyka menyoal tidak mengerti.

Jesrina membetulkan tegak duduknya di kerusi. Pandangannya menghadap tepat ke arah Alyka.

“Aku nak kau tolong dapatkan maklumat sulit mengenai tender ni. Berapa harga yang company Ian akan bid. Apa yang company mereka tawarkan. Dan juga maklumat-maklumat penting lain.”

Saat itu riak muka Alyka jelas berubah. Wah, ini kerja berat. Sudah seperti seorang agen risikan yang perlu menyamar dan menyusup masuk ke dalam sesebuah organisasi pula. Bukan tugasan yang mudah.

“Kau nak aku dapatkan maklumat sulit dalam syarikat Ian Khalif?”

“Yes. Aku perlukan semua maklumat tu segera.”

Alyka mengetap bibir seraya menggeleng.

“No. Aku tak boleh buat macam tu. Tugas aku cuma buat Ian jatuh cinta pada aku. Hal berkaitan urusan syarikat dia tak ada dalam rancangan kita.”

“Tapi, Sara. Hanya kau yang boleh buat kerja ni. Sebab si Ian tu dah jatuh cinta kat kau. Dia pasti akan bagi apa saja yang kau minta.”

“Kerja ni berat, Jes. Kalau tertangkap silap-silap aku boleh dipenjarakan.”

“Alah, Sara. Pandai-pandailah kau ‘cover’ job kau supaya tak tertangkap. Kau goda si Ian tu. Bawa dia masuk bilik tidur. Bagi dia mabuk sampai terlentok. Lepas tu kau selongkarlah barang peribadi dia. Tentu dia ada simpan maklumat-maklumat sulit tu kat mana-mana.”

Wah, semudah itu Jesrina mengaturkan rencana. Seolah-olah semuanya nampak senang sahaja untuk dilakukan.

“Aku tak boleh. Tambah lagi kalau melibatkan bab bilik tidur. Lagipun, kau sendiri cakap si Ian tu bahaya. Aku tak nak terjebak lama-lama dengan lelaki macam tu.” Alyka terus menolak.

Jesrina mengetap bibir tanda tidak berpuas hati dengan reaksi teman baiknya.

“Please, Sara. Aku akan tambah lagi RM10,000 dalam upah bayaran kau.” Jesrina membuat tawaran.

Pandangan Alyka terus bertaut pada wajah Jesrina. Amaun upah yang baru disebut gadis itu mengubah riak mukanya. Teruja.

“Tambahan RM10,000?”

“Yes. Ini job terakhir kau, Sara. Kalau kau berjaya dapatkan semua maklumat sulit tu, kau bukan setakat dapat tundukkan si Ian Khalif. Tapi, dapat buatkan dia jatuh terduduk dan tersungkur terus. Alang-alang kita bermain permainan ni, biar sampai habis dan puas hati,” ujar Jesrina bersama senyuman penuh makna yang terlorek di bibir.

Alyka menghembus keluhan berat. Jika dia menerima tawaran terbaru Jesrina, ini bermaksud permainan bersama Ian Khalif masih belum tamat dan akan berlangsung lebih lama lagi.

Jujur Alyka dirundung rasa bimbang. Bimbang jika rahsia sebenarnya akan terbongkar. Bimbang andai rencana yang diatur menemui kegagalan. Dan paling Alyka bimbang adalah apa yang bakal berlaku terhadap masa depan kehidupannya kelak. Adakah semuanya akan baik-baik sahaja nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience