SST - 39

Romance Completed 72474

Najemie keluar dari keretanya. Nafas ditarik dalam. Dia rindu akan rumah yang penuh dengan kenangan ini. Setiap sudut rumah ini, seperti terbayang bayang semuanya.

Ayah, ibu.. Adik balik ni. Bergenang air matanya. Dia melangkah untuk masuk kedalam rumah.

.

"Mak! Mak!" Tinggi suara Najwa memanggil ibunya.

"Apa dia yang terpekik pekik ni, Najwa. Mak kat dapur ni"

"Mak, tadi Wawa lalu rumah makcik. Tu ada kereta tu, siapa punya tu mak. Besar keretanya" Cerita Najwa bersungguh sungguh.

"Aik, manalah mak tahu. Kau yang lalu situ. Mak dari tadi dekat rumah ni."

"Betul mak. Ada orang tadi. Wawa tak nampak pulak orangnya, tapi besar jugak kereta dia tadi mak. Nampak baru pulak tu."

Khalida berfikir sejenak. Berkerut kerut dia memikirkan akan hal itu. Selain dia dan arwah Khadijah, mereka tiada pulak sedara mara yang lain melainkan sedara belah Karim. Tapi takkan lah sedara Karim pulak nak datang kesini tanpa tujuan. Kalau pon ya mereka datang ke kampung ini, paling tidak pon, mereka hanya pergi ke kubur untuk melawat kubur Karim dan Khadijah.

"Mak!" Najwa terjerit kecil. "Tah tah budak tu mak"

Ya, Khalida sudah terfikir akan logik itu. Najemie, anak buahnya, anak kepada kakaknya.

"Dah lama tak balik sini, budak tu ada kereta besar mak?" Terbuntang mata Najwa memikirkan tentang itu. Seberjaya itukah Najemie?

.

Najemie menghirup udara segar di air terjun itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Sungguh dia rindukan tempat ini. Tempat yang penuh dengan kenangan. Tempat yang pernah menjadi pendengar setianya ketika bercerita. Tempat ini menjadi saksi sebuah kesedihannya. Segala yang diceritakan, segala tangisan bagai telah dibawa air yang mengalir.

Pandangan dipaling kekiri kesebuah batu besar yang selalu dia duduk sewaktu kecil dahulu.

"Adik? Kenapa adik menangis dekat sini?" Sapa seorang lelaki.

Najemie menoleh kearah sapaan itu. Lelehan air mata dilap laju. Malu apabila seseorang menangkapnya sedang menangis seperti bayi lapar.

Lelaki itu mengambil tempat disebelahnya. "Kenapa ni? Kenapa adik menangis sorang sorang dekat sini?"

Dia melihat kesisi wajah lelaki itu. Najemie mengerutkan dahi apabila sudah dapat mengecam wajah lelaki itu. Tidak pula dia pernah nampak akan lelaki ini di kampung ini. Najemie menoleh kehadapan semula.

"Ibu dan baby pergi tinggalkan adik dengan ayah. Mereka tinggalkan adik. Kenapa adik ni nakal sangat abang? Kenapa tak tuhan ambik nyawa adik?"

"Adik, tuhan pasti lebih sayangkan ibu dan baby. Dan tuhan pasti sayangkan adik dan ayah kerana Dia tahu,adik dan ayah adik kuat kerana dapat lalui kepergian ibu dan baby. Allah datangkan ujian pada kita kerana Allah tahu hambanya dapat tempuhinya."

Mereka berdua diam sesaat memikirkan nasib mereka sebelum lelaki itu kembali bersuara apabila mata terpandang akan air terjun tidak jauh dari mereka duduk. "Adik tahu tak, macam mana nak hentikan air terjun?"

"Adik selalu tanya air terjun tu, sampai sekarang takde jawapan." Jawab Najemie selamba.

Lelaki itu ketawa geli hati. "Adik ada jawapan adik sendiri?"

"Ayah selalu jawab macam tu bila adik tanya. Er.. Adik taktahu." Jawab Najemie menunduk.

Dia tersenyum nipis melihat gelagat comel itu. Teringat pula pada adiknya yang seorang itu. "Jawapannya.." Lelaki itu mencapai kamera yang berada ditepi Najemie lalu ditangkap satu gambar pada air terjun itu. ".. tangkap gambar" Dihulurkan kamera itu bagi memperlihatkan hasil tangannya pada Najemie.

"Wah! Cantiknya.. Abang pandai ambik gambar jugak?" Bersinar matanya apabila melihatkan gambar yang seperti profesional photographer.

Pemuda itu tersenyum manis. Dia menyeluk sesuatu didalam poket seluarnya. "Ni untuk adik" Dicapai tangan kecil Najemie lalu diletakkan seutas rantas berbentuk setengah puzzle.

Najemie memandang pelik lelaki itu.

"Abang mintak, suatu hari nanti, adik dah besar. Adik carik pemilik separuh dari puzzle tu. Mana tahu tu jodoh adik."

Najemie membelek rantai itu. "Cantik.." Katanya berbisik tapi masih dapat didengari oleh lelaki asing itu.

Pemuda itu tersenyum nipis. Diusap kepala kecil Najemie.

"Nama abang apa?"

"Najmi?" Sapa seseorang yang menghampiri.

Najemie tersentak apabila seseorang menghentikan lamunannya tadi. Dia menoleh. Terkejut dia bila memastikan orang itu.

"Najmi dah balik?"

Najemie hanya tersenyum kekok. Dia mengangguk perlahan.

Pemuda itu duduk disamping Najemie. "Awak sihat?"

Tiada jawapan.

"Bila awak sampai?"

"Tengah hari tadi." Balas Najemie.

Lelaki itu menyimpan senyum. Sekurang kurangnya, Najemie bersuara walaupun terdengar datar.

"Awak balik sini lama ke?"

"Zafran!" Jerit Najwa apabila melihat Zafran dan Najemie duduk berdekatan. Zafran terus berdiri. Najwa menghampiri.

Najemie hanya duduk tenang. Tidak perlu meneka siapa yang suka menjerit sebegitu rupa, dia sudah dapat mengagak siapa.

"Hey perempuan! Kau tak malu eh duduk berdua duaan kat sini?" Sergah Najwa.

Tiada balasan. Najemie hanya diam memerhati air yang mengalir dihadapan.

"Yang awak pon satu, tak boleh move on lagi ke dengan dia ni?" Garang matanya menatap dalam mata Zafran. "Awak tu, tunang saya!" Sengaja dia kuatkan suaranya bagi melihat reaksi Najemie. Tetapi sayang, tiada sebarang respon daripada wanita itu.

Lain pula Najemie. Dia sedikit terkejut akan berita yang baru didengarinya itu. Zafran tunang Najwa? Tapi bila?

"Saya memang datang sini selalu. Yang awak nak buat buat terkejut ni kenapa?"

"Kalaupun ya datang sini selalu, perlu ke duduk rapat dengan perempuan tak tahu malu ni?"

"Kau tu yang taktahu malu Najwa.." Najemie berdiri berhadapan dengan Najwa. "..Tak malu ke orang lain dengar suara meroyan kau tu? Aku datang sini nak tenangkan fikiran. Bukan nak dengar suara terpekik telolong kau tu."

Terkesima Najwa melihat perubahan Najemie yang sekarang. Sungguh lain dari yang dulu. Dulu terlihat naif tapi sekarang terlihat lebih menakutkan.

Najemie terus berlalu pergi untuk kembali kerumah peninggalan ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience