"HAH, inilah dia Ikmal yang pakcik katakan tempohari tu, Dain. Dia nilah yang akan membantu perusahaan Dain tu," ujar Pak Salih memperkenal Ikmal Dato'Fais pada Dain. Kedua-dua anak muda itu seraya berjabat tangan setelah diperkenalkan. Dain mengajak Pak Salih serta Ceo syarikat pelaburan terkemuka itu ke arah pangkin. Pangkin itu letaknya di bawah pokok ciku dan agak jauh dari padang lembu. Sekurang-kurangnya hidung pemuda kota itu tidaklah tercemar sistem pernafasannya. "Duduklah. Langkah kanan juga. Nasib ada air kopi lagi. Duduklah Encik Ikmal, Pak Salih," pelawa Dain setelah duduk di pinggir pangkin. Dua cawan plastik dalam raga diangkat keluar. Botol FN ...