PAP!
Makin sepi dalam dewan mesyuarat itu. Hempasan tapak tangan serta balingan fail yang tertonggeng di tengah-tengah meja makin mengelukan lidah masing-masing.
"Patutlah ditolak! Ini bukannya proposal tapi sampah!" Herdik Dhya Alia Ceo berjaya di bawah naungan nama ALZED SDN. BHD.
Sebuah syarikat tanah serta perumahan terkemuka serta gah di ibu kota. Tidak banyak syarikat-syarikat besar di bawah kawalan ceo perempuan.
Dhya Alia bangun lalu berpeluk tubuh dengan mata mengelilingi setiap wajah tertunduk di meja panjang itu.
"Is it all of you wanna memalukan syarikat I and papa, hah?" Herdiknya lagi dengan lantang. Beserta cerlungan matanya. Makin menikus semua ahli lembaga pengarah dan staf bawahan yang diajak serta sekali dalam mesyuarat tergempar itu.
Setelah Dhya Alia menerima aduan serta syarahan papanya, Tan Sri Azed mengenai penolakan dua proposal mereka pada satu syarikat pelaburan paling ternama.
Merangkap syarikat lelaki pilihan mereka untuk di jodohkan dengan Dhya Alia. Jadi, manalah Dhya Alia tidak melenting.
"Bisu ke?" Tengkingan bergema. Membuatkan kesemuanya pakat mendongak dan saling memandang di antara satu sama lain.
"Maafkan kami Miss Dhya," ujar salah-seorang daripada mereka sebagai wakil pekerja.
"I tak kira. I want this on my table today. Are you hear that?" Arahnya lagi dan berkuatkuasa. Tanpa memberi kata-kata dia terus melangkah ke arah pintu.
"Macam mana kauorang buat ni? Siapa yang buat ni? Aduhai kan tak memasal kita semua kena sound dengan cik singa tu." Omel lelaki yang tadinya terpaksa bersuara.
Kalau tak bersuara. Pasti lagi sekali kena jerkah. Mahu luruh jantung mereka semua. Suara Dhya Alia tidak memerlukan sound system!
"Kaira, tapi dia bercuti. Tak apalah biar I betulkan kesemuanya dengan Farid. Farid kau jangan nak lari, eh!" Sahut Maya pula. Farid menyengih.
"Dah tu, kita nak tunggu apa lagi kat sini? Jom balik meja masing-masing," sahut lelaki yang merupakan salah-seorang ahli lembaga pengarah syarikat.
Maya dan Farid mahu atau tidak terpaksa melewatkan masa makan tengahari mereka sejam dari sekarang jika tak mahu stay back.
Lagipun Miss Dhya Alia mahukan proposal tersebut berada atas meja dia petang ini juga. Lagilah kelam-kabut. Sudahlah Kaira pula tiada.
Terketuk-ketuk punggung pen di atas permukaan meja. Dahi masih lagi ada beberapa garisan. Berfikir tentang apa, mungkin proposal tadi.
Atau pun...
"Sampai bila Dhya? Setiap kali kami nak perkenal atau dah perkenalkan. A...da saja yang tak kenanya lah. Haish, pening mama dan papa tau tak, Dhya Alia Tan Sri Azed. Ingat umur awak tu muda-lela lagi ke? Kerjaya semua dah ada nak kejar apa lagi? Now its time for you to settle down. We want grandchild, Dhya!"
Kadang berkerumut bibir tu. Ada ketikanya terjungkit sinis pula. Pen dia lepaskan lalu berdentingan atas meja. Kedua belah jemari bertaut pula. Pandangan tetap merenung siling bangunan.
"Dhya. Dhya. Betul juga kata mama tu. Sampai bila nak hidup dalam kesepian tapi..." Omelnya sendirian lalu bingkas tegak berdiri.
Imbas kembali...
"Ya Allah! Dhya!" Terpekik Puan Seri Azna serta beberapa orang kenalan wanita itu, mendapat Dhya Alia yang sudah lawa-lawa namun jatuh terjelepok pengsan pula.
Makin serba-salah dua orang wakil dari keluarga pihak lelaki yang tanpa angin atau ribut, secara tiba-tiba membatal ikatan yang baru nak terikat.
Tan Sri Azed semakin panas hati. Lepas satu, satu hal yang terjadi. Dia mengilas semula muka-muka wakil pihak Tengku Azry. Kesemuanya pakat menunduk.
"Dhya. Dhya. Wake up honey. Dhya. Some one please call ambulance, please..." Rayu Puan Seri Azna kian gusar. Dia tahu anaknya itu tidak boleh terlalu terkejut pasti akan diserang panic attack.
Salah-seorang dari kenalan Puan Seri Azna terus menelefon paramedik.
"Macam mana boleh jadi macam ini? Dapat call Azry? Why dia tiba-tiba saja nak putus? Bercinta selama ini bagai nak rak!" Tan Sri Azed benar-benar tidak berpuas hati.
"Tak dapat uncle. Jenuh dah I call dia!" Sahut anak saudara sebelah Tan Sri Azed yang ke hulu, ke hilir dengan telefon masih dipekap tepi telinga.
"Azry. Azry, what have you been done to my daughter? Oh shit!" Bentak Tan Sri Azed menumbuk dinding. Muka merah padam. Makin takut para wakil.
"Why Tengku Dora dan Tengku Sofyan tak datang? Why just hantar wakil saja? Dah berpakat mahu memalukan pihak I ke, hah?" Hambur Puan Seri Azna bangun dari sisi Dhya Alia. Dia turut terkena tempiasnya.
Para tetamu dah datang. Ini pula jadinya. Bagaimana mereka tak merasa malu. Mana nak letak muka. Dengan kehadiran press lagi!
Pasti viral!
"Sungguh saya tak tahu Tan Sri. Puan Sri. Kami hanya diberitahu pemberitahuan ini saja. Yang lain-lain kami pun tak tahu. Jika mahukan kepastian Tan Sri kena bertanya dengan Tengku sendiri."
"Nak tanya apa kalau I call pun tak berangkat! Memang sengaja nak memalukan kami. Tengku Sofyan..."
Ketukan di pintu mengembalikan Dhya Alia ke pejabatnya semula. Dia terus menegakkan semula posisi duduknya.
"Yes. Come in!" Arahnya. Lalu pintu pun terbuka lalu susuk tubuh lengkap bersut ofis itu terus maju ke meja dengan senyuman.
'Oh no!' Getus hati kecil Dhya Alia. Semerta teringatkan proposal yang dia kata sampah tadi. Dahlah kena buat semula.
"Boleh I duduk?" Soal pemuda kacak yang merupakan Ceo Ikmal Corps.
"Ya, duduklah. Berkenaan..." Setelah mempersila. Dhya Alia terus saja masuk ke topik tapi dipotong pula. Dia membisu.
"Dhya. Dhya. You still tak berubah. So strict when into a work. Relax lah. I datang sini pun bukan from that matter saja," ujar Ikmal lebih kepada sindiran.
"Ikmal Dato' Fais you already know me, right?" Sanggah Dhya Alia pula. Juga menghantar bahasa berlidah tajamnya.
Lagipun memang benarlah pun dalam fikiran dia kini. Apatah lagi, semalam baru saja kena brain wash dengan Tan Sri Azed manalah Dhya Alia tak stres.
"I tahu. Semalam papa you call I. I minta maaflah sebab penolakan tu, you pulak yang kena. I bukan apa you, I tolak sebab ada beberapa matter yang tak munasabah."
Dhya Alia mengangguk. Dia juga memahami dan dia tak pun salahkan sesiapa. Dia menyalahkan dirinya saja.
"It's okay. I dah pun berbincang dengan staf I. Petang ni ready. And I will sent it tomorrow. You ada di ofis tak or meet any client?" Dhya Alia kena soal, jika tidak penat saja dia pergi tapi ceo tiada.
"Hmm...apa kata kalau meet at cafe malam ni? Boleh date sekali," ujar Ikmal mahu memancing 'ikan emas' di hadapan dia ini.
Bukan dia saja yang tahu ada beberapa lagi calon menantu tak jadi Tan Sri Azed mengecam Dhya Alia yang dikatakan sebagai memilih. Sebab itulah sehingga ke saat ini dia Andalusia...
Sedangkan pada hakikatnya mereka semua tidak tahu dan apakah yang bersarang dalam sangkar hati seorang wanita bernama Dhya Alia Tan Sri Azed.
Dhya Alia mendongak. Spontan menjungkitkan kening berpantisnya itu. Ikmal tersenyum saja. Pertemuan biasa saja pun kan...
"Why tak boleh meet kat ofis sahaja. I bukan nak menolak inviting you tu, Ik but I... I takut today balik lambat. Well, as you know lah, ceo like us have so many document to sign," dalih Dhya Alia. Dia malas sebenarnya. Dia tahu apa tujuan Ikmal.
"The problem is tomorrow I takde kat ofis. That's why lah. Or, apa kata balik nanti I fetch you. And I hantar you ke sini semula after meet up kat mana-mana kafe ke? Ok tak plan I?" Ikmal tetap ingin mengumpan si merpati depan dia ini.
Mendengus Dhya Alia. Sepertimana tebakan dia. Lelaki ini memang sedikit degil dan nekad. Semerta itulah, dia buat-buat merenung jam di pergelangan tangan.
Ikmal terjungkit sinis. Tahu sangat acting wanita itu ingin melarikan dirinya.
"Ala, you bukan lama pun kan. Habis perbincangan and makan kita baliklah ofis. Atau nak now? Tapi dokumen pun tak ready lagi kan? Better malam ni je..." Ikmal mencuba lagi.
Dhya Alia pun tahu. Waktu lunch memang tidak sempat. Apatah meeting tadi pun baru saja habisnya. Banyak pula kena perbaiki dah pasti makan masa juga.
"Ok. Ok. Di sebabkan esok you takde di ofis...so... yes, but you just sent me the location and I will drive there ..." Akhirnya. Dhya Alia bersuara akur dengan tidak saja. Dia sekadar fikirkan dokumen tu saja.
'Yes. Finally Ikmal. That document just the umpan je...hihihi' Hati kecil Ikmal sempat bermonolog.
"So, ok lah. I need to go, now. We meet tonight after I sent the location. Don't forget to bring the document. After this, don't worry. All was smoothly working," ujar Ikmal sambil bangkit, cuba menyakini Dhya Alia bahawa takkan ada lagi penolakan.
Dhya Alia terus tersenyum nipis.
'Hmm...agree nak berjumpa sebelah malam dan-dan lah tak kena reject lagi...' Gerutunya sedikit sebal. Berat hatinya nak pergi mengenangkan siapakah Ikmal.
"Hah...nilah dia anak uncle. Dhya Alia, ni papa nak perkenalkan salah-seorang klien baru kita. Mana proposal yang papa minta tu..." Terang Tan Sri Azed.
Dhya Alia yang baru saja melabuhkan duduknya berasa tidak selesa dengan pandangan mata Ikmal. Dia ingatkan baya-baya papa sebab selalunya begitulah.
"Ni ke Dhya Alia yang uncle katakan tu nak dijodohkan dengan I? Pada mama and papa tempoh hari?" Ikmal tanpa sebarang isyarat terus ke pokok soalan.
Hampir nak tersedak Dhya Alia yang baru saja menghirup straw kapucino ais nya. Rasa tidak percaya pun ada ni...
Tan Sri Azed tersenyum lalu mengangguk. Makin tercekik Dhya Alia rasakan kini. Damn! Sekali lagi papanya nak jadi cupid!
Ikmal tersenyum-senyum. 'Hmm...not bad jugak... Dhya Alia ya, namanya pun sedap.'
'Ni yang aku lemah ni. Aduh, papa... time-time nak bincang soal bisnes pun boleh campur bab penjodohan I ke?' Gerutu Dhya Alia pula. Mendongkol.
"Dhya, mana proposal tu?" Soal Ikmal.
"Ahah, Dhya. Kan dari tadi papa minta? Takkan terkesima kut," usik Tan Sri Azed cuba nak masuk jarum 'kenenkan'.
"Lupa. Ada. Ada..." Sahut Dhya Alia lalu menarik keluar fail dari dalam briefcase. Bukan sebab terkesima tetapi dia sedikit dahaga. Tu yang teguk air dahulu.
Nak-nak lagi bila sang papa cakap soal jodoh. Lagilah dia nak minum banyak and boleh melarikan diri ke tandas!
"Eh!" Rengus Dhya Alia saat jari Ikmal sempat bermain-main dengan tangannya di bawah huluran dokumen atas meja. Tan Sri Azed tak tahu tu...
'See! Belum apa-apa dah mula nak touch-touch. Ini ke lelaki nak di buat hubby?' Hati sebal, mengomel-omel.
Ikmal tayang muka tak bersalahnya. Fail terus dibuka, diselak-selak tapi dalam pandangannya wajah Dhya Alia.
"Beginilah. Let me see first. Hmm... Tan Sri, kalau tak keberatan boleh ke kalau malam ini I nak ajak Dhya. Atleast boleh discuss serba-sedikit tentang usahasama kita nanti." Tanpa riak segan. Ikmal terus mengalunkan keinginannya.
Dhya Alia terngadah. Dah pulak?
"Hmm... boleh juga tu, Ik. I tak kisah. So Dhya Alia how? Ini tentang bisnes, sayang?" Tan Sri Azed pun memainkan peranannya.
Dengan Puan Seri Azna yang sedang mendengar speaker terbuka sudah tersenyum-senyum di rumah. Pandai suaminya itu dalam nak meng'kenen' kan si anak mereka dengan Ikmal Dato'Fais itu.
Dhya Alia dalam keterpaksaan tersenyum seraya menyetujuinya. Arahan papa kan...
Dan Ikmal semakin lebar senyuman. Dhya Alia terus menghantar renungan tajamnya. Namun lelaki itu, seakan cuba tidak mahu memahami gelodak ketidakpuasan hati yang mata Dhya Alia pancarkan.
"Hei! Apa ini? Mr Ikmal. I sudi datang berjumpa dengan you atas dasar bisnes ok. And you pula? Kalaulah I tahu you nak bersikap kurang ajar macam ini! Tak menjalinkan sebarang usahasama pun tak apalah!"
"Dhya Alia! I'm talking to you. Apa yang dah Dhya lakukan ini? Sengaja nak menjatuhkan reputasi syarikat kita ke apa ni? Why layanan you pada Ikmal like that? Dah lupa ke dia klien penting kita? Lubuk emas kita? Susah sangat ke nak terima dia, hah?"
Bunyi pen terjatuh barulah Dhya Alia tersedar dari lamunan panjangnya. Lepas satu babak lampau ke satu babak berlayar di pandangannya tadi.
"Hmm... susahnya menjadi Dhya Alia Tan Sri Azed. Sudahlah tiada siapa pun yang nak ambil tahu apa yang I rasa selama ini. Asyik-asyik I je lah yang kena berkorban itu ini. I sajalah need to understand them. But how about me? Salah ke kalau I tak ready lagi untuk sebuah perkahwinan? Salah ke?" Omelnya sendirian setelah tegakkan tubuh.
Pen di bawah meja tidak dia hiraukan. Pemikirannya semak. Hatinya tidak selesa dengan semua ini.
"Semua lelaki sama saja. Yang tahu hanya menyakiti hati perempuan saja! Sebab itu, I susah. Susah nak terima kehadiran mereka. Cukuplah apa yang sudah terjadi saat maruah I diinjak oleh seorang lelaki... and now, kau pula Ikmal. Huh! Typical man... don't think I will knee to you lah! I'm Dhya Alia. Tak de mana-mana lelaki yang mampu Tundukkan hati I. I said loudly! Tak Ada!!!" Bentaknya lalu tersandar semula.
Tanpa sedar, jarum jam kian berjalan. Sudah setengah jam dia tidak sedar akan waktu makan tengaharinya.
Manakala Maya dan Farid di kubikel masing-masing masih sibuk menyiapkan proposal.
Share this novel