2

Romance Completed 32079

MAYA melangkah masuk dengan proposal baharu di tangan. Nasiblah dia dan Farid dapat menyiapkan sebelum pukul enam.

Hanya lewat setengah jam saja. Di tika itu, Dhya Alia juga sudah bersiap-siap untuk pulang. Dan dia juga mahu bertanyakan soal proposal tetapi Maya dah pun tiba.

"Di harap kali ini semuanya ok," ujar Dhya Alia setelah membuat penyemakan. Bagi pihak dia, dia berpuas hatilah.

Sekurang-kurangnya yang ada depan mata ini lebih kemas penyampaiannya serta isi.

Maya hanya mengangguk sambil menelan liur. Jauh dalam sudut hatinya, dia amat berharap esok hari tak kena panggil lagi.

"Ok. You and Farid boleh balik because I kena sent this proposal on the dot jugak," terang Dhya Alia lalu meletakkan lipatan kot atas lengan yang sedang memegang briefcase dan bersedia untuk keluar.

"Terima kasih Miss Dhya," ucap Maya ingin berlalu. Farid di luar masih menunggu dalam keresahan. Dia nak balik harap-harap semuanya ok lah.

"Er... Maya!"

"Yes, Miss Dhya..."

"Soal meeting tadi. I nak minta maaf pada you all semua. Tak sepatutnya I meninggikan suara. Tanpa you all semua siapalah I dan syarikat ini." Tanpa segan Dhya Alia menuturkan kata-kata.

"Eh, takpe Miss Dhya. Atleast we all dapat alert. Macam proposal ni lah. Atleast kami dapat buat lagi terbaik. Untuk kebaikan syarikat tempat kami semua cari rezeki jugak, Miss Dhya," jawab Maya jujur setelah berpaling tubuh mengadap semula majikannya itu.

Dhya Alia tersenyum dan mengangguk. Benarlah apa yang Maya katakan itu. Dia marah pun bersebab biar pun, ada di antara sebab-sebab itu agak personal.

"Oklah. Marilah kita pulang," arah Dhya Alia bergerak keluar dari meja kerja. Maya terus mengadap semula pintu lalu menapak sedikit. Pintu dia bukakan untuk Dhya Alia.

Setelah Ceo Alzed Sdn. bhd itu melangkah. Barulah Maya menutup pintu dan bergerak ke kubikel. Farid terangkat-angkat kening.

"Settle!" Ucap Maya sambil mengangkat tas tangannya. Bersyukur Farid mendengarnya.

"Apa lagi jomlah kita pulang. Tinggal kita je ni..."

"Jom..." Sahut Maya. Kini mereka berdua menapak ke arah lift. Ngam-ngam sampai, lift yang membawa turun Dhya Alia naik atas semula.

Setiba saja pintu pun terbuka. Lalu Maya dan Farid masuk ke dalam perut lift. Maya menekan punat parkir bawah tanah.

Di parkir tepi bangunan pula, masuk-masuk saja dalam Pigeot putih miliknya. Telefon pintar yang baru saja dia sangkutkan pada holder atas papan pemuka. Ternaik beberapa notifikasi.

Dari Whatapps dia buka dahulu. Ikmal Dato'Fais menghantar lokasi pertemuan.

"You dah keluar ke? I baru tiba jugak ni. Ni ya lokasinya." Bacanya pada hantaran mesej Whatapps serta menatal lokasi.

Dhya Alia sekadar membalas dengan ikon ok. Lalu dia menghidupkan enjin setelah seat belt dikenakan.

"KAMI berdua tak kisah Engku. Tapi...tulah, apa-apa pun kenalah tunggu jawapan dari Dhya dahulu. Tak berani jugak kami berdua nak memandai-mandai kan? Yang nak kahwinnya Dhya..." Jawab Tan Sri Azed sehabis lembut.

Dia dengan isterinya Puan Sri Azna tersenyum-senyum saja. Mana nak sangka Engku-engku pula nak masuk meminang anak mereka.

"I bukan apa you. Anak I ni, hah katanya takut Dhya Alia terlepas ke tangan orang lain. Dia ada juga dengar desas-desus pasal anak you all berdua. Ramai dah masuk..." Sahut Engku Rafiq mewakili si anak Engku Khalis.

Engku Khalis tersenyum saja. Dah lama dia berkenankan Dhya Alia dari universiti dahulu. Tapi waktu itu, dia tak ada keberanian nak bersuara. Berlainan fakulti pun.

Semakin sumbing senyuman Tan Sri Azed dan Puan Sri Azna. Memanglah ramai masuk. Tapi ramailah kena tolak...

"Azna, you pujuklah anak you tu... kesian kat Khalis ni. Dia ni tak macam lelaki-lelaki lain. Mulut dia ni memang berat sikit," sahut Engku Suraya pula menepuk paha Puan Sri Azna.

"Insya Allah. Insya Allah, you. I akan cuba," jawab Puan Sri Azna semakin tidak ketentuan.

"Insya Allah. Kalau berjodoh pasti ke tak mana-mana tak gitu, Engku?" Sahut Tan Sri Azed pula. Engku Rafiq mengangguk. Betullah tu.

"Eh, minumlah. Dah makin sejuk kopi ni ha... Su, Rafiq..." Pelawa Tan Sri Azed laju mengangkat cangkir kopinya. Puan Sri Azna pun sama.

Kemudian pasangan itu saling memberi isyarat mata. Pening juga mereka. Kebanyakkan yang datang masuk meminang pasti terlampau mengharap sedangkan Dhya Alia pula...

Imbas kembali...

"Dhya sayang, tak semua lelaki macam Tengku Azry..." Ujar Puan Sri Azna cuba berlembut setelah Tan Sri Azed sedikit berkasar.

"Who said? Mama yakin? Papa yakin? Huh!" Sahut Dhya Alia, terjungkit bibirnya. Sinis saja di pandangan Tan Sri Azed membikin hati panas.

"Habis tu sampai bila nak membujang? Anak-anak kawan papa semuanya dah berikan cucu tapi papa?" Agak sayu balasan Tan Sri Azed. Puan Sri Azna laju menyabarkannya.

Dhya Alia menunduk seketika.

"Dhya...tak salahkan kalau sesekali, Dhya cuba beri peluang pada mereka. Kenal-kenallah dahulu. Takkan dalam ramai tu takde yang melekat dalam hati Dhya kan?" Soal Puan Sri Azna pula.

Panjang helaan nafas Dhya Alia berikan membuatkan Tan Sri Azed mendongak semula. Sakit dada dibuatnya melayan karenah satu-satunya anak mereka.

"Jangan disebabkan seekor nyamuk, habis semua kelambu dibakar. Papa juga lelaki Dhya Alia, tapi papa tak berperangai macam Azry. Dia memanglah pengecut. Kalau Dhya, taknak pilihan kami. Apa kata Dhya cari sendiri. Kami berdua tak kisah siapa pun. Apa pun pangkat mahu pun kerja, asalkan dia mampu jaga Dhya Alia." Tan Sri Azed tetap ingin bersuara. Dan dah pun berkata-kata.

"Betul tu, Dhya..." Sambut Puan Sri Azna pula. Itu semua tak semestinya dapat menjamin kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.

"Kesetiaan. Kejujuran. Kasih sayang. Cinta. Kesefahaman. Saling bertoleransi. Didikan agama. Ni ..." Sahut Tan Sri Azed lagi.

Kini ...

"Awak rasa macam mana?" Soal Tan Sri Azed masih berdiri di muka pintu walau kereta mewah Engku Rafiq dah pun makin jauh.

Puan Sri Azna merenung wajah suaminya itu dengan lama. Dia mengeluh.

"I tak kisah macam mana you jugaklah... tapi Dhya lah..." Sahutnya panjang pada nama si anak. Dia kenal sangat pada kedegilan Dhya Alia.

"Sampai bila lah dia nak bersikap pasif pada jodoh. Sampai bila nak anti lelaki? Dhya...Dhya..." Sahut Tan Sri Azed menggeleng.

"Itulah pasalnya you... tak semua lelaki like Tengku Azry. Trauma sungguh anak kita tu. Nak kata sakit tak. Normal. Tapi tulah, api kemarahan dia tu tak pernah padam. Kadangkan bang...I nak je cari mana-mana lelaki kampung kut-kut dia fobia lelaki ada status..."

Kata-kata dari Puan Sri Azna memalingkan terus wajah tadinya merenung jauh dalam kegelapan malam, ke arah wajah sang isterinya semula.

Mata mereka saling bertatapan. Dan roda pemikiran Tan Sri Azed sedang laju berputaran.

SETIBANYA di lokasi. Dhya Alia hanya membawa keluar proposal. Dan dia kini tidak lagi mengenakan kot cukup sekadar ofis dress merah paras lututnya saja.

Menapak dengan tenang di laluan bertar sebelum memijak tiga anak tangga sebelum menjejaki lantai bersimen pula.

Menolak daun pintu kaca. Mata meliar ke setiap arah serta meja. Ikmal melambai tangan. Dhya Alia mengangguk lalu majukan susunan langkahnya.

'Why you are so tempted?' Getus hati nakal, Ikmal. Semakin lama semakin geram pula dia pada wanita bergelar Ceo itu.

Mata asyik memerhati lenggok pinggul Dhya Alia yang hadir dalam sleeveless red dress paras lutut. Stiletto merah berkilau.

Wajah tetap menawan walau mekap tipis siang harinya mula dimamahi sang minyak dan juga peluh.

Wajah itu setegang serta masam macam mana sekalipun, pasti akan membuatkan lelaki memandangnya dua kali.

"Duduklah..." pelawa Ikmal bingkas bangun nak menarik kerusi buat Dhya Alia namun laju wanita itu menegah kerana dia boleh buat sendiri. Ikmal tersenyum saja.

Proposal dibuka setelah duduk kembali. Kini Dhya Alia sabar menanti apa kata lelaki di depan dia itu. Jika ok, dia mahu balik dengan segera. Malas sungguh hatinya nak berlama. Dhya Alia sangat penat.

Selembar demi selembar. Ditilik dan diselidiki. Sebenarnya memang semuanya sudah sempurna tapi Ikmal sengaja nak memanjangkan masa.

Hadir pula waitress dengan dulang dalam pegangan. Dua gelas fresh lemon juice diletakkan walau Dhya Alia tidak memesan.

Setelah dua piring spaghetti diletakkan. Barulah si waitress pergi dari meja mereka dan Dhya Alia seakan dapat menangkap makna di sebalik dish tersebut.

Meminta dirinya agar berlama serta menjamahnya. Sudahlah Ikmal pun masih lagi membaca dengan berkedut-kedut kening. Lagilah meresahkan Dhya Alia. Ada apa lagi masalah?

Rasanya semua dah ok. Dah perfect. Kalaulah si lelaki depan dia ini kata masih ada yang boleh diperbaiki. Dhya Alia semakin faham. Alasan agar boleh berjumpa lagi dan lagi...

'Typical man! Huh!' Gerutu hati kecilnya sambil mata merenung ke wajah tampan tetapi bermata nakal. Dia perempuan, tahulah!

"Ok. Semuanya dah ok. Hmm...by the way, cukup ke amount yang you nak ni? As I know, project kali ni agak besar jugak kan? Pembinaan hotel?" Soal Ikmal dengan wajah serius.

Biar dia mulai dengan perbincangan bisnes dahulu kerana dia tahu, Dhya Alia pasti mahu berlama jika soal bisnes. Soal personal hujung nanti bila tiba masanya.

Itulah planning Ikmal yang sememangnya dah setting masa. Dhya Alia berfikir semula. Dia cuba mencongak.

Kesempatan itu diambil oleh mata tajam Ikmal memerhati setiap lekuk tubuh yang separuh di selindungi meja itu.

Khasnya sepasang bibir bergincu merah. Dadanya. Terjungkit senyumannya. Jikalau Dhya Alia seperti klien wanita lain, yang mudah masuk ke dalam jerat seorang Ikmal Dato'Fais,pasti malam ni check in hotel-hotel mewah.

Paling tidak pun, night club. Bincang-bincang bisnes 'bawah meja' lagi senang dapat pulangan. Malah lumayan dan win-win situation.

You dapat money I. I dapat your body!

'Tapi not me, ya... Mr Ikmal.' Sempat lagi Dhya Alia membebel. Memang dia sedang membuat pengiraan secara congak tetapi dia tahu panahan mata umpama dart itu terhala arah mana, arah mana...

"So how Miss Dhya? Kalau ok I will proceed by tomorrow." Tegur Ikmal lagi bila lihat makin bercerun tengah dahi wanita jelita itu. Biar pun, susah betul nak tersenyum padanya.

"For right now. I think. Iya mencukupi. Ya, you can proceed. Lagi cepat, lagi baikkan? Lagi cepat kami jalankan projek itu."

Ikmal terangguk-angguk. Dia pun bersetuju juga. Lalu dia menandatangani. Proceed.

"Ok. Done. But apa-apa let's fill our stomach dahulu. Actually I lapar ni. Silalah you..." Ikmal ingin memulai 'proposal keduanya' dengan Miss Dhya Alia.

"Baik..." Akur tak akur saja nada jawapan Dhya Alia. Ikmal tahu wanita di depan dia itu, tak ikhlas. Dan mahu cepat beredar tapi dia peduli apa. You deal with Ikmal Dato'Fais, ok!

Setelah menghirup minuman. Dapatlah juga membasahkan tekaknya yang sememangnya tengah haus. Dhya Alia terus menggulung-gulungkan spaghetti dengan garfu sebelum disuap ke dalam mulut.

"So, Dhya. Deal about bussiness already done. How about my proposal? A.k.a my propose?" Direct Ikmal menyoal.

Uhuk! Uhuk!

Laju saja Dhya Alia mencapai gelas dan memegang straw. Air dihirup dengan rakus. Walau tak pedas tapi patah-patah ayat tu yang pedas macam Maggi Kari Berapi!

Ikmal tersungging senyum sinisnya. Tahu sangat helah Dhya Alia. Dia pantang menerima penolakan daripada insan bernama perempuan.

Apatah lagi dia, Dhya Alia!

"I think. I dah kenyang lah. And if takde sebarang discussing about our deal. I think..."

"No, Miss Dhya. Sit first!" Arah Ikmal. Tegas. Dhya Alia sambil mengeluh terpaksa duduk semula tapi napkin enggan dipakai. Sebu dah perut.

"I rasa malam itu dah berikan jawapan kan? Jadi? Or ada mana-mana yang Encik Ikmal tak faham?" Soal Dhya Alia sinis bunyinya. Ikmal tersenyum saja.

"Yes. Absolutely ada. Yang I tak faham sekarang why?"

"Why? What do you mean by 'why' words?" Soal Dhya Alia juga menekan. Kian tak senang duduk. Dia nak balik!

"Dhya. Dhya. You think I tak tahu tentang semua penolakan you itu ke? Actually you nak perfecto man like how lagi, ya?" Ikmal juga menyindir.

Dia tahu wajah tadinya agak lembut kini menegang semula malah cemberut pun.

"Semuanya you tolak macam itu saja. Like kami ni rubbish. Takde price tag langsung di mata you!" Sedikit tegas suara Ikmal.

'You tahu ke apa yang I hadap?!' Gerutu Dhya Alia juga makin berang. Ingin saja dia angkat pinggan spaghetti dan serkup muka perasan hensem like Brad Pitt itu.

Ikmal juga bergerak-gerak rahang. Planning dia tadi lain. Tapi dek terlalu mengikut rasa hati yang sedikit membara, lari pula...

Ikmal menarik nafas sejenak. Namun sempat mengerling wajah Dhya Alia. Dia tahu wanita itu kian laju mahu bangunnya. Apatah lagi dia memulakan ayat-ayat berapi itu.

"I'm sorry. Let's start again. I sebenarnya ingin tahu kenapa you tolak? Kenapa you agak pesimis..."

"Excuse me. Pesimis. No, Encik Ikmal Dato'Fais. You tak tahu apa yang I hadap..."

"Then, tell me. I want to hear it. As your friend maybe..." Ikmal sekali lagi memancing. Kali ini dengan simpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience