3

Romance Completed 32079

DHYA ALIA mendongak dari menatap isipadu air lemon dalam gelas. Dan Ikmal Dato'Fais tetap dengan wajah tersenyum, bersahajanya.

'Hmm...macam dah nak mengena saja...' desis hati nakalnya. Pun begitu, wajah kekal dia tenangkan serta serius kan seolah-olah bersedia mahu mendengar luahan hati Dhya Alia.

Dhya Alia tertunduk semula dengan menggigit bibir.

'Kalau aku bercerita sekalipun. Adakah kau boleh merasai serta memahaminya? Atau kau back up kaum kau?' Gerutu jiwa resah Dhya Alia. Masih berkira-kira sama ada nak memberitahu mahu pun tidak.

"Hmm...looks like macam tak sudi bercerita aje? Well, it's okay. Nothing matter pun kan. Just wondering saja kenapa you tolak us? Takkan lah sebab pernah kecundang dahulukala, fobia terus ..." Tak sempat habiskan kata-kata. Dhya Alia mencantas. Dan Ikmal terdiam lalu menjadi pendengar.

"Yup. I memang pernah kecundang pada janji-janji manis dan cinta seorang lelaki. Lelaki macam you!"

"But..."

"I tak habis bercakap lagi!" Sanggah Dhya Alia agak tinggi nadanya membuatkan Ikmal tersentak.

"Ya. Memang I fobia. Memang I trauma. Puas hati?" Bentak Dhya Alia bingkas bangun, capai tas tangan lalu memusingkan tubuhnya.

Baru saja angkat kaki. Ikmal memanggil namanya dengan kuat. Sengaja nak memerangkap agar wanita berwajah sangat tegang itu, agar duduk semula.

Pasti malu kan? Bila ada beberapa pasang mata terarah ke meja mereka berdua selepas Ikmal bersuara tinggi.

Mendengus lagi Dhya Alia lalu berpusing. Tajam panahan matanya. Tapi tidak sedikit pun mampu menggerunkan Ikmal Dato'Fais. Dia kasanova berjaya nak takut?

Sambil menghentak tumit kasut, kerusi yang masih sedia itu dia henyakkan. Kasar. Susah bila terpaksa berdepan dengan lelaki spesis Ikmal!

Ikmal Dato'Fais sembunyi senyum kemenangannya. Dia teramat pasti wanita sekeras kerak nasi depan ini akan jatuh ke dalam pelukan dia juga.

"You tak perlulah nak marah-marah sangat. Senyumlah sikit. Dah hilang keanggunan you tu..."

"You nak apa lagi sebenarnya ni? Kenapa nak halang-halang I balik ni? You tu siapa dengan I?"

"Ehem... merangkap suami you. So, it's nothing wrong kan kalau kita berlama pun. Sebab itulah tadi I kata nak fetch you. You tak sudi..."

"Excuse me. Is it, I tak salah dengar? My husband to be? Since when? Huh?" Cemuh Dhya Alia. Sinikal. Spontan berpeluk tubuh dengan tampang angkuhnya.

'Fetch I? Kirim salam!' Desisnya lagi. Makin meluat!

"Since my parents come jumpa your mama and papa, lah..." Sahut Ikmal tersangat yakin. Makin terjungkit senyuman Dhya Alia tatkala mendengar ayat penuh keyakinan itu.

Setahu dia lamaran itu ditolaknya mentah-mentah. Tak perlu nak masak-masak. Buang masa saja!

"Ohoh, since that time... hmm, as I thought my mom and dad pun tak terkata apa-apa. Like how you pula boleh soo yakin? And as I know juga... I menolak 'your proposal'!" Agak keras alunan suara lembut Dhya Alia.

"Then now I propose lagi. Maybe have a second chance," pancing Ikmal lagi. Sambil menghirup straw, sambil itulah mata tidak berkelip memandang wajah Dhya Alia.

Dhya Alia merenung wajahnya pula kala mendengar baris ayat 'peluang kali kedua'. Lama mata mereka bertatapan.

Dhya Alia tersenyum. Ikmal juga tersenyum. Dhya Alia perlahan-lahan angkat tubuh duduknya itu.

Dan setelah dia berdiri sambil menerima renungan Ikmal, Dhya Alia terus mengangkat gelas minuman lalu dituangkan ke atas kepala Ikmal.

"O...my bad. Sorry... tak sengaja..." Sindir Dhya Alia bersegera dia sarungkan tas tangan ke bahu. Memusing tubuh tapi kemudian berpaling semula.

"Oh iya... inilah peluang kedua I untuk you..." Hambur Dhya Alia tersenyum senget dan bergerak laju.

Tanpa ingin berpaling lagi pada wajah terkebil-kebil Ikmal yang dibasahi air perahan lemon. Melekit-lekit rasanya.

Pantas tisu ditarik dari dalam bekas yang berada di tepi lilin dalam beberapa helai lalu mengelap muka. Ikmal tetap dengan senyuman.

'Lagi kau jual mahal. Lagi aku suka untuk mengejar kau, perempuan!' Tutur hati nakalnya. Dan bibir Dhya Alia dalam bayangan.

"Takpe. Takpe Ik. You see lah nanti. Tak lama mana lagak perempuan tu. Sikit masa saja lagi pasti dia akan tunduk patuh." Ikmal berkata lagi sambil mengesat mulutnya pula.

Sementara Dhya Alia yang telah menghempas pintu kereta. Masih lagi membebel-bebel plus sumpah-seranah.

"Tak guna punya jantan! Tu makan kau! Kau ingat aku ni apa? Low standard punya perempuan ke? Yang senang-senang kau kelek kiri kanan, puih!" Omelnya lagi tarik-tarik tali seat belt yang tiba-tiba stuck itu pula.

"Semuanya jantan. Mana ada lelaki dalam dunia ini? Huh! Anak Dato tak anak Dato' aku peduli apa!" Hamburnya lagi.

Gear ditarik. Pedal ditekan sekuat hati. Kereta berdesup laju, meter pula sama naik dengan suhu kemarahan seorang Dhya Alia.

"Ni semua papa punya pasal. Kalau tak kerana usahasama ini penting untuk syarikat. Tak ingin lah aku nak hadap muka perasan hensem tu. Uncle Low jaga tu lagi hensem lah. Ergh, semak otak!" Masih tak habis-habis dia mengata lelaki itu. Anti sungguh!

Pin..!

"Kau hon-hon apa pasal bodoh! Kau ingat ni padang drift ke hah? Tiu... sungguhlah malam ni!" Herdik Dhya Alia dalam kereta dengan kaki makin menekan pedal.

Dia mahu memotong kereta yang hon dia tadi. Pantang sungguh dia. Hati sememanglah tengah mendidih ni!

Tersenyum penuh kepuasan dia pabila dapat memotong kereta yang tadinya berjaya memotong keretanya. Kini kereta dia melencong arah dan memasuki ke arah laluan untuk ke kondo.

"Malas aku nak balik rumah. Better aku healing kat kondo aku. Lagi baik. Lagi sunyi," ujarnya bila kemarahan tadi sedikit mereda.

"Lagipun ada beberapa fail dan kertas kerja nak kena semak. Kang balik sana karang kena bebel langsung ke laut mood kerja aku," ujarnya lagi terangguk-angguk, membenarkan pendapatnya itu.

" I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart. Man dooset daram:
Be cheshme man gerye nade: Na, nemitoonam:
Bedoone to halam bade. I'm so lonely broken angel. I'm so lonely listen to my heart
On n' lonley, broken angel
Come n' save me before I fall apart..."

Tune diputar mahu menukar siaran fm.

"Lonely, I'm Mr. Lonely
I have nobody for my own
I'm so lonely, I'm Mr. Lonely
I have nobody for my own
I am so lonely. Yo, this one here goes out to all my players out there, man
Ya know, that got that one good girl, Lord.That's always been there, man. Like, took all the bullshit. But then one day, she can't take it no more and decide to leave..."


Lagi sekali kedengaran lagu yang mengangkat tema kesepian.

"Argh! Aku tak lonely lah!" Pangkahnya lalu radio terus ditutup. Kesepian lagi...

Tanpa sedar kereta sudah pun mendekati post guard berpalang. Uncle Low mengangguk dan bila ternaik saja palang, kereta yang dipandu oleh Dhya Alia meluncur ke kawasan Axiata Vistana Kondominium.

Kereta terus saja maju ke parkir bawah. Baru saja pintu kereta dibuka, telefon dalam tas tangan yang terbuka berdering lagu. Ada panggilan masuk.

Mahu atau tidak. Dhya Alia yang dah nampak nama siapa di skrin sesentuh terpaksa mengangkat. Dan menjawab soalan-soalan bakal dikemukakan umpama di dewan exam!

"Hello..."

"Kenapa tak balik-balik lagi ni? Dah pukul berapa? Ada jumpa klien pulak ke?"

"Hmm... ya, papa. Ada. Ikmal Dato'Fais tu lah. Siapa lagi yang tolak proposal kita tu. Dah settle and proceed pun. Dhya baru sampai kondo. Esok Dhya balik sana..." Jawab Dhya Alia acuh tak acuh sahaja.

Dia dah pun keluar dari dalam kereta. Membuka langkah ke arah lift underground. Dengan telefon terpekap pada telinga.

Keletak, keletuk, keletak, keletuk...

Di talian, Tan Sri Azed dapat mendengar bunyi hentakkan tumit tinggi Dhya Alia menandakan figura bersut korporat itu, dalam menyusun langkah.

"So how?" Tanya Tan Sri Azed lagi. Alang-alang kan...

Dhya Alia tersenyum nipis saja. Dia teramatlah memahami soalan double meaning itu.

Setibanya di depan pintu besi berkatup rapat. Dan mata mendongak, memandang ke petak beranak panah cahaya merah, menunjukkan arah bawah.

Jari runcing milik Dhya Alia terus menekan punat di petak tepi pintu lift tersebut. Setia menanti dengan telefon beralih telinga pula.

"Like I said lah papa. Deal. Proceed..." Jawab Dhya Alia lalu menghembus nafas. Semak sebenarnya malah bertambah pun...

"Dhya...you know what I mean is..." Tan Sri Azed bersuara seakan bergumam. Menekan.

Mata Dhya Alia kedua-duanya yang hitam naik atas. Bosan!

Tak habis-habis soal jodoh. Jodoh. Jodoh.

'Kalau papa nak kahwin lagi satu cakap jelah...huhuhu... Dhya on aje...' Ke situ pula, fikiran Dhya Alia. Bila dilanda kerunsingan.

Dengar dek Puan Sri Azna mahu tak meletup banglo mereka tu!

"Dhya, are you there? Or...you acting like deaf?" Sindir Tan Sri Azed tahu sangat lah game si anak. Bila bercakap pasal calon. Pasal lelaki.

"I'm still here papa. Dalam lift pun..." Sahut Dhya Alia dengan mata merenung kegelapan parkir, sebelum pintu besi itu merapat. Terasa tubuh naik ke atas.

"Dah tu kenapa senyap bila papa bertanya? Apa pulak kali ini yang tak kena? Nak perfect macam mana lagi anak papa?" Desak Tan Sri Azed. Mulalah nak mengurut dada.

"Kenapa? Selama ini, Dhya ada cakap nak lelaki macam film Aaron Aziz 'Suamiku Encik Perfect 10' tu ke, papa? Ke pada mama? Hmm...seingat-ingat Dhya lah kan. Tak ada pun. Yang Dhya tahu, Dhya tak nak kahwin!" Sangkal Dhya Alia pula.

Makin mengurut dada Tan Sri Azed di ruangan tamu. Nasiblah Puan Seri Azna dah pun naik atas. Bibik pula di dapur kut.

"Tahu tak Nabi tak mengaku umat? Lagipun salah ke kahwin tu, Dhiya? Nak-nak lagi, kalau kita mampu. Lagipun kami dah berusaha cari lelaki baik untuk Dhya. Papa pun tahu sejarah Dhya..."

"Papa...don't ever to start..."

"No, that's not what papa maksudkan sayang. Dhya, salah ke... kalau mama and papa nak dukung cucu macam mana orang lain tu. Salah ke? Sebelum kami berdua menutup mata..." Sayu dan sebak suara luahan hati Tan Sri Azed. Dia benar-benar memaksudkannya.

Dhya Alia mengeluh perlahan. Entah mengapa,lift pun terasa perlahan pula. Dengan kaki kanannya bergerak-gerak tidak senang.

Tadi Ikmal Dato'Fais dan sekarang papanya pula. Aduhai...

"Kami takde anak lain, Dhya. Dhya sajalah permata kami. Jadi salah ke kalau kami nak merasa pengalama n jadi tok pa dan tok ma? Nak bermain dan bermanja dengan cucu sendiri? Sampai bila nak bermain dengan cucu orang je?"

'Siapa suruh main cucu orang?' Sanggah hati kecil Dhya Alia dengan muka tak bersalah. Sebu balik perut sedangkan tadi terasa lapar balik.

"Nak tunggu Dhya cari sendiri pun... tengoklah. Takkan Dhya tak teringin jadi macam kawan-kawan Dhya tu? Ada yang anaknya dah kahwin pun kan? Sampai bila nak membujang. Nak menyendiri? Sampai bila Dhya Alia?" Panjang bebelan suara yang hadir dalam corong speaker telefon itu.

'Panjang lagi ke pidato Tan Sri Azed ni?' Soal sang hati dengan mata merenung jam digital di skrin sentuh gadget keluaran terbaru itu.

Mendengus lagi Dhya Alia. Tan Sri Azed dengar. Susah sungguh nak melembutkan hati anaknya itu. Hanya kerana kenangan silam yang mendukakan.

Terbuka saja pintu lift. Angin aircond lorong itu mendamaikan sedikit hati berbahangnya. Dan Dhya Alia menyusun ayunan kaki di lorong sepi itu.

"Dhya..." Seru sang papa kian mendayu di talian.

"Ya, papa. Semua yang papa cakap tu memang tak salah..." Sahut Dhya Alia.

"Jadi?" Tan Sri Azed menyoal balik. Bergaris lagi dahi Ceo wanita Alzed Sdn Bhd itu.

"Dhya tak tahu papa. Dhya buntu. Luka yang Tengku Azry robekkan itu masih bernanah lagi pa... susah untuk Dhya merawatnya... papa tak faham. Semua pun takkan dapat faham," sahut Dhya Alia sedaya-upaya menahan gentar pada suara agar tak kedengaran.

Sedangkan pipi sudah basah dengan airmata bercampur mekap. Nasiblah dah berada di depan suite. Kad akses yang ditarik keluar dari tas tangan terus diseretkan pada kunci auto di pintu.

Terbuka saja pintu. Grille ditolak. Pintu dipulas tombolnya sehingga terbuka. Kegelapan menguasai pemandangan. Tangan tidak memegang telefon meraba dinding.

Suis ditekan. Ruang tersebut terus bercahaya terang. Dan Dhya Alia yang sudah pun membuka lalu mengangkat dan dia terus meletakkan stiletto baru ditanggalkan itu, di atas rak.

"Dhya, tak mengapalah. Dhya rehatlah. Papa pun tak tahu nak berkata apa lagi dah. Papa dan mama bukan jugak mahu memaksa cuma..." Tan Sri Azed terus saja berkata demikian bila Dhya Alia lama menyepikan diri.

Lelaki kenamaan itu faham. Anaknya itu tidak suka pada paksaan. Dhya Alia mengesat pipi lalu duduk di sofa tanpa menutup kembali pintu hanya grille dirapatkan.

"Pa...maafkan Dhya. Dhya takde niat pun nak melukakan hati papa. Nak merobekkan hati mama. Dhya cuma mahu sedikit ruang untuk Dhya... berfikir..." Terang Dhya Alia serba-salah dan hujung kata diperendahkan nadanya namun tetap dapat didengari Tan Sri Azed di talian.

"Dan papa...Ikmal tidak sebaik yang papa mama sangkakan...assalamualaikum..." Noktahkan kata-kata dengan salam. Dhya Alia meraup mukanya lagi.

Telefon pintar dia masukkan semula ke dalam tas tangan.

"Ikmal pula? Dan lagi sekali... Dhya, Dhya. Nak lelaki macam mana lagi ni? Cuba Dhya bagitahu bolehlah kami carikan..." Rungut Tan Sri Azed tapi pada telefon yang ditenung lesu itu sajalah.

"Agak-agak Engku Khalis berjaya tak? Ke...tetap ada yang tidak kena di mata? Pening dah ni nak mencari menantu. Ini salah. Itu tak betul. Yang ini jahat. Yang itu ego. Dah tu nak yang mana? Ke...nak retis? Siapa pula aku nak kenen kan? Remy Ishak dah kahwin. Nazim Othman karang katanya k pop sangat. Ke Zul Ripin tu jer... keluar pula dialog khalis Mimi Lana tu ... menjawab lagi. Hai lah Dhya... kami nak cucu, sayang..." Bebelnya sambil bergerak ke arah tangga berpilin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience