SST - 74

Romance Completed 72474

"Awak tak perlu buat apa apa, Najmi. Awak perlu tunggu sehingga semua ni selesai. Can you just trust your husband, Najmi? Dia tahu apa yang dia buat." Jawab Haziq.

"Sampai bila?"

"Kita hanya mampu rancang. Sang Pencipta yang menentukan. Awak tak percaya pada Dia, Najmi?"

"Sakit. Awak tahu tak betapa sakitnya rasa menunggu tu, Haziq? Awak tahu tak, saya seperti dikhianati?"

"Saya tak rasa semua tu. Jadi saya memang tak tahu. Tapi saya tengok kepayahan awak untuk tempuh benda ni."

Najemie berfikir sejenak. "Awak cakap, Mia kehilangan ibu dan ayah dia. Habis tu, macam mana dia boleh jadi kakak awak?"

"Waktu dia percaya yang Hariz selamatkan dia tu, dia cuba untuk dekat dengan Hariz. Mia waktu tu senior Hariz. Suami awak tu baru nak hidup wak. Takkan lah dia nak pikir semua tu."

"Jadi dia jauhkan diri dia dari perempuan. Start dari situ, Mia kejar Hariz. Hariz pula tak kenal sesiapa. Yela, budak hot sekolah kan. Tak kan lah nak pandang peminat peminat dia. Dia ingat semua tu benda leceh. Childish."

"Mia habis sekolah, dia dah tak jumpa Hariz. Dalam dua tahun macam tu. Dua tahun tu jugak dia jalani hidup jatuh bangun. Dan yang membangunkan dia adalah daddy saya, Dato Kusyairi. Pendekatan tu ada tujuannya. Tak mungkin hanya suka suka. Dunia bisnes ni banyak saingannya."

"Dan saingan daddy waktu tu adalah Aazad Kasyaf, pengusaha termuda dalam dunia bisnes. Dan juga, pewaris Dato Emer sebelum Hariz."

"Tujuan daddy nak jatuhkan syarikat Dato Emer. Mia setuju nak masuk dalam rancangan sebagai balasan daddy sebab banyak tolong dia."

"Aazad masuk dalam perangkap yang Mia buat. Dari situ terwujudnya benih cinta Azzad kepada Mia Afrina. Suatu hari, Aazad nak kenalkan bakal isteri dia pada adik kesayangan dia."

"Rupa rupanya, Aazad adalah abang kepada Hariz. Keciknya dunia sehingga mempertemukan semula Mia Afrina dengan Hariz Afifi."

"Lain pula dengan Hariz. Dia terlampau sayangkan abangnya sampai tak sanggup nak biarkan abangnya berumah tangga. Dalam usia belasan tahun tu, dia khianat abang dia sendiri dengan buat rancangan untuk perangkap Mia."

"Mia mengandung. Aazad dapat tahu, dia terus belasah adik dia. Lari dari rumah."

"Dan kemalangan.."

"Saya tahu.." Pantas Najemie bersuara. Air matanya mengalir deras. "Saya tahu.." Ulangnya sekali lagi.

"Awak tahu?" Haziq hairan.

"Dia ada dengan saya waktu tu."

Haziq sudah berkerut seribu. "Saya tak faham.."

"Waktu tu saya kecik lagi." Terukir senyuman nipisnya bila mengingatkan pemuda yang pernah hadir diwaktu kecilnya. "Baru 11 tahun. Dia datang kampung saya. Katanya nak tenangkan fikiran."

"Esoknya, dia kemalangan depan mata saya sendiri. Saya cuba nak selamatkan dia. Ayah saya pon ada. Dia tolak saya supaya jauh dari kereta yang tengah terbalik tu. Ayah yang sedaya upaya keluarkan along dari kereta tu tapi tak lama tu, kereta tu meletup terbakar. Ayah dan along 90 peratus terbakar dijilat api" Perit rasanya bila mengingatkan kejadian itu semula.

"Awak tahu punca dia?" Soal Haziq.

Najemie menggelengkan kepala.

"Sebab ada orang call, kata Mia kena langgar. Kandungannya gugur. Jadi sebab tu, Aazad bergegas nak ke Kuala Lumpur. Tapii.." Kata katanya tergantung.

Lama menunggu, dia bertanya. "Tapi?"

"Er takde pape lah. Lepasni awak nak buat apa?" Tanya Haziq menukar topik.

"Hmm saya nak keluar kejap. Sebelum perut ni meletup, saya nak beli barang baby. Saya tak sediakan apa apa lagi." Balas Najemie mengelus perutnya lembut.

"Awak nak saya teman?"

"Takpela. Saya nak pergi sendiri. Saya takut lama. Penat pulak awak nanti."

"Risau pulak saya dengan awak ni."

"Takpe. Awak jangan risau okey."

"Hm yela"

.....

Sedang Najemie melihat lihat baju baju baby disalah satu kedai jualan baju kanak kanak di shopping mall itu, seseorang mendekati gadis itu. Tangannya melingkari perut yang memboyot itu.
"Sayang.." Gemersik suara itu berbisik ditelinga Najemie.

Najemie tersentak. Dia mahu melepaskan lingkaran itu, tapi lelaki itu mengeraskan pelukannya. "Abang rindukan isteri abang."

Najemie tidak membalas. Dia hanya berdiam diri. Sebenarnya dia tidak rela, tapi jauh disudut hati, dia juga amat rindukan belaian sang suami.

"Abang rindu Anas Nafisah."

Tubuh Najemie mengeras apabila merasakan usapan Hariz pada rahimnya.

"Sayang?" Kepalanya terteleng melihat sisi wajah Najemie yang datar itu.

"Boleh lepaskan saya?"

"Sayang? I've told you. Jangan mintak perpisahan. Abang tak sanggup. Abang.."

"Lepaskan saya, Hariz."

"Abang sayangkan isteri abang, sayang. Abang sayangkan anak abang. Tolong. Abang merayu. Jangan.."

"Lepaskan tubuh badan saya, Hariz Afifi."

Hariz tersentak. Dia lega. Ingatkan apalah tadi. Dia perlahan lahan meleraikan pelukannya. "Sayang buat apa dekat sini?"

"Tak nampak ke? Tengah belajar dekat sini." Perli Najemie sarkastik.

"Oo boleh abang jadi cikgunya?"

"Siapa abang awak?" Najemie menjeling tajam. Matanya merayau rayau melihat baju baby yang tergantung itu.

"Sayang.. Janganlah macam ni. Abang.."

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Potong Najemie. "Haziq bagitahu? Ke bodyguard awak tu?"

Hariz terdiam seperti mengiyakan.

"Awak pesan dengan bodyguard awak tu, stop lah jaga tepi kain orang. Saya rimaslah dorang tu selalu ikut saya. Saya pon ada privacy saya jugak." Rungut Najemie.

"No! Selagi abang rasa keadaan belum selamat, selagi tu dorang akan ikut sayang."

"Wah.. Eh ni.. Nak tanyalah.. Ni awak keluar ni.. Bini awak tu bagi pulak." Sinis suaranya.

"Hanya Najemie sahaja isteri kepada Hariz Afifi."

"Dah lah Hariz. Saya penat. Awak balik la. Awak ingat eh. Lepas je anak saya lahir, kita bincang hal cerai kita. Saya nak akhiri semua ni dengan aman. Saya penat nak hidup dalam bayangan lagi."

"Dan Najmi kena ingat, abang tak nak dan takkan bersetuju dengan permintaan Najmi tu. Macam mana sekali pon, Najmi tetap isteri abang. Selama lamanya."

"Hariz, kau tak penat ke? Aku tanya kau ni. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Sampai bila nak duduk dalam penjara, Hariz? Kau ingat, dengan terus menunggu masa yang sesuai, semua ni akan selesai? Kau ingat masa tu nak tunggu kau ke? Masa terus berjalan, Hariz. Kita yang perlu kejar masa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience