Get the app for full experience
IRIS menggigit kukunya. Libang-libu perasaannya ketika ini. Mana pula Kak Meena ni pergi? Harap-haraplah tidak terlalu lama, wanita itu membeli barang. Iris memang tidak mahu langsung membuat air untuk lelaki itu. Dia tidak mahu! “Adoi, sakit betul perut ni.” Termengah-mengah Kak Chah di muka pintu. Iris masih memakukan dirinya di tepi dinding. “Eh, dah siap ke semua?” soal Kak Chah. “Ha?” Iris mula tersedar dari lamunan. “Bilik meeting tadi. Dah siap ke?” “Ha? Dah-dah.” “Iris, awak buatlah kopi untuk dia orang semua ya? Akak tak boleh tahanlah. Dari tadi, asyik cirit birit aje. Akak ingat, akak nak MC hari ni.” ...