Rate

BAB 45-TIDAK SEDAR

Romance Completed 455388

Mentari kini sudah menampakkan dirinya.. Memancarkan sinar cahaya untuk semua penghuni bumi baik untuk makhluk yang bernyawa.. Mahupun yang tidak.. Bagi mereka yang keluar mencari rezeki di awal pagi.. Subuh-subuh lagi terpaksa bangun.. Meninggalkan tempat tidur bersiap untuk keluar menjalankan tugas.. Demi menyara keluarga mereka.

Disebuah rumah besar yang di bina cantik tersergam Indah, diatas sebuah bukit kecil belatar belakanhkan bukit-bukit nan menghijau.. Di sekitarnya.

Rohana sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi untuk majikannya.. Dia yang merupakan seorang wanita yang menjadi tulang belakang untuk menyara ahli keluarga yang lain.. Memandangkan dia bukannya seorang yang berasal dari keluarga yang kaya.. Cukup untuk makan seharian dan selebihnya mereka perlu berjimat cermat..

''melati cepat sikit buat kerja tu.. Haish! Kamu ni nak basuh sayur pun lambat.. Nanti kalau Tun turun nak makan.. Kita tak siap lagi macam mana..'' bebel Rohana yang sedang sibuk menumis didalam kuali...

''ya- ya , kak..'' balas melati.. Tangannya cuba untuk bertindak lebih cepat...

''ha tu.. Kalau akak minta cepatkan.. Jangan pula kamu hentam saja basuhnya... Basuh tu elok-elok.. Jangan ada yang salah melati.. Kalau kamu nak kerja lama disini.. Buat lah baik-baik.. '' tegur Rohana bila melihat Melati membasuh sayur ala kadar sahaja, bila dia meminta sayur itu dengan segera..

''baik kak..'' melati membasuh semula sayur yang ada ditangannya..

Siap menyediakan sarapan pagi untuk majikannya.. Rohana dan melati menghidangkan makanan yang dimasak oleh mereka tadi di meja makan.. Menyusun segala kelengkapan untuk tuan rumah itu bersarapan.. Rohana meneliti setiap barangan yang disusun secara teratur di atas meja itu.. Walaupun dia anak jati kampung yang tak tahu etika makan yang sebenar.. Dia cukup puas hati dengan susunan yang terdapat diatas meja tersebut..

Pak..pak..pak.. Kedengaran bunyi hentakkan kaki seseorang yang sedang menghampiri meja makan... Rohana dan melati sama-sama mengundurkan diri berpaling melihat kepada gerangan yang datang ke ruang makan tersebut.

''Selamat pagi Tun..'' kata kedua-dua pelayan itu serentak..

''selamat pagi..'' jawap Maya yang sudah siap berpakaian cantik dan kemas ditubuhnya.. Berjalan ke kerusi utama yang ada di tengah-tengah meja panjang ruang makan tersebut..

Rohana menghidangkan makanan yang dimasaknya tadi kepada Maya.. Air yang di dibuatnya tadi juga di tuang kedalam cawan kaca yang bercorak bunga mawar merah gaya english. Selesai menghidang.. Rohana mengundurkan diri ke belakang semula.. Membiarkan Maya menikmati sarapan paginya dengan tenang tanpa gangguan.. Sunyi, hanya bunyi sudu yang digunakan oleh Maya kedengaran berlaga dengan pinggan yang terisi makanan, memenuhi ruangan.

''manja dah turun..? '' tanya Maya.. Sudu yang ada ditangannya diletakkan ke pinggan.. Cawan yang dihidangkan oleh Rohana tadi di ambilnya..

Rohana berpaling melihat melati yang ada disebelahnya... Melati mengelengkan kepalanya perlahan.

''rasanya belum lagi Tun...'' jawap Rohana.. Maya melihat jam yang ada di pergelangan tangannya.. Kemudian dia mendongak melihat kearah Rohana..

''pergi naik kejutkan dia.. Dia kata nak jemput Inas kan hari ini...'' arah Maya sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai terkeluar dari sanggulnya..

''baik..Tun..'' balas Rohana.. Dia mula melangkah keluar dari ruang makan menuju ke tangga dan mendaki anak tangga naik keatas..

Maya melihat saja Rohana yang sedang mendaki anak tangga keatas.. Bibirnya tersuing satu senyuman senget.. Nafasnya ditarik dalam dan dihembuskan keluar semula.. Sudu yang ada di pinggan di ambil semula.. Menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

Rohana kini sudah berada di hadapan pintu bilik Raif.. pintu bilik itu diketuknya berkali-kali. Namun tak ada sahutan dari dalam bilik itu kedengaran..

''manja.. Buka pintu ni..'' kata Rohana.. Tangannya masih lagi mengetuk pintu bilik itu..

''manja.. Bukan manja nak pergi ambil Inas ke?''

''kalau manja tak bangun lagi.. Lewat nak sampai ke tempat Inas tu?''

''manja!''

''kesian Inas dekat sana.. Pasti dia tengah tunggu manja datang jemput dia...'' kata Rohana.

'haish... Apalah budak ni buat dalam tu..! Kenapa dia tak buka pintu ni lagi..' Rohana tak putus asa mengetuk pintu bilik tersebut..

''manja...''

''kalau manja tak buka pintu ni.. Mak cik ann bukakan guna kunci pendua.. Jangan salahkan mak cik ann nanti...'' Rohana mengugut Raif dalam takut-takut..

'jangan salah kan makcik Ann, manja. Bukan boleh budak ni! Kejap lagi kita jugak yang kena marah balik..'

Rohana berpaling masuk kedalam bilik Inas. Sememangnya bilik itu tak pernah berkunci sejak pemilik bilik itu pergi.. Rohana berjalan masuk kedalam bilik itu dan berhenti di meja solek Inas.. Satu laci kecil yang ada disitu ditariknya.. Sebentuk kunci berwarna perak dikeluarkan..

'nasib lah Inas dah beritahu dia simpan kunci ni disini.. Kalau tak! Aku jugak yang jadi mangsa .. Tak pasal-pasal kena marah dengan Tun nanti..' Rohana berjalan keluar semula.. Menuju kearah pintu bilik Raif sebaik pintu bilik Inas ditutup semula..

Kunci yang berwarna perak yang ada ditangannya di masukkankan kedalam lubang kunci..

''mak cik Ann masuk ni..'' kata Rohana dengan berjaga- jaga .. Perlahan tangannya memusing tombol pintu...

''manja..'' pintu itu ditolak kedalam perlahan-lahan.. Kepalanya menjenguk sedikit kedalam.

''manja..'' nama itu dipanggil lagi saat kakinya melangkah masuk kedalam..

Bilik yang kelam itu diperhatikan.. Rohana berjalan masuk kedalam kelihat kepada katil yang masih kemas dan rapi..

''mana orangnya? Mana manja pergi ni..'' keluh Rohana.. Dia melangkah lagi.. Sehingga kakinya terasa terpijak akan sesuatu.. Menunduklah dia kebawah..

''ya Allah ! Bersepahnya..'' Rohana melihat ada beberapa kepingan kertas yang berterabur di atas lantai.. Tangannya megutip satu persatu helaian kertas itu.. Sehingga dia ternampak Raif yang sedang terbaring dia atas lantai...

''Manja! '' Rohana menggoyangkan bahu Raif yang terbaring tak sedarkan diri..

'kenapa dia tidur disini..'

''manja bangun..'' Rohana mengejutkan lagi Raif tapi raif masih juga tak sedarkan diri. Terus rohana berlari keluar dari bilik itu turun ke bawah.. Menuju ke ruang makan.

''TUN!TUN!''jerit Rohana cemas..

Maya yang sedang makan segera berpaling.. Melihat kearah Rohana.. Yang sedang berdiri dihadapannya bernafas dengan payah.. Tangannya menunjuk kearah tangga menuju keatas..

''kenapa ni?'' tanya Maya..

''manja! Manja Tun! Dia tak sedarkan diri!'' jawap Rohana.

Plak! Sudu yang ada ditangan Maya terus jatuh terhempas dipinggan kaca yang masih mengandungi sisa makanan.. Bergema bunyi itu segenap ruang rumah.. Maya bangun dari kerusinya.. Lalu berjalan dengan pantas naik keatas.. Rohana dan juga melati mengikutnya dari belakang..

''mana dia?'' tanya Maya bila melihat katil Raif kosong tak berpenghuni.

''tu disana!'' Rohana menunjukkan ke satu arah.. Maya segera berpaling melihat kearah yang ditunjukkan oleh Rohana.

Pantas Maya menghayunkan langkahnya menuju ke sudut ruangan itu.. Melihat ada satu susuk tubuh yang sedang terbaring disana..

Kepala Raif diangkat lalu diletakkan di atas pehanya.. Pipi putih Raif ditepuk-tepuk olah Maya.

''manja!''

''bangun! Mama ni manja..'' panggil Maya. Namun tiada sahutan dari Raif.. Dia masih juga tidak sedarkan diri..

''cepat call doktor .. Kamu tunggu apalagi Rohana!'' jerit Maya.. lantang.

Rohana mengangguk dan kelam kabut berjalan keluar dari bilik itu..

''kamu melati.. Berdiri apa disitu.. Pergi panggil pak Akob naik ke sini.. Cepat!'' arah Maya.. Berlarilah Melati turun ke bawah.

Kini bilik itu hanya tinggal Maya dan Raif sahaja.. Tangan Maya mengelus -gelus lembut rambut Raif..

'manja! Selamat kembali kepada mama..' bibir Maya tersuing sebuah senyuman. Tapi senyuman itu hilang bila dia mendengar bunyi derapan kaki datang menghampiri bilik itu..

Muncullah Yaakob dihadapan muka pintu bilik Raif dan ada Melati di belakangnya..

''tolong saya Yaakob.. Tolong saya angkatkan manja.. Ya.. Allah! Anak aku..'' kata Maya sebak.. Air matanya mula mengalir di pipi.. Sesekali dia menarik nafasnya yang kedengaran berat..

''ya Tun..'' masuklah Yaakob tergesa-gesa kedalam bilik.. Mengangkat Raif yang ada dia lantai.. Membawanya terus ke atas katil. Maya mengikut langkah Yaakob sehingga Raif sudah selamat di baringkan diatas katil.

''melati.. Tolong buka kan bidai.. Biar terang sikit bilik ni...'' arah Maya.. Tangannya memaut tangan Raif.. Air matanya di biarkan jatuh membasahi pipinya..

Melati berjalan ke tingkap menarik tali yang ada ditepi tingkap kaca itu.. Kini bilik itu sudah kembali terang disirami dengan sinar mentari pagi..

''Tun.. Doktor dalam perjalanan..'' kata Rohana yang baru munculkan diri di hadapan pintu bilik Raif.

Maya menganggukkan kepalanya.. Nafas yang berbunyi esakkan ditarik lagi..

''tinggalkan saya.. Biar saya yang jaga manja.. Semua turunlah dulu.. Nanti kalau doktor dah sampai.. Cepat-cepat suruh dia naik keatas..'' kata Maya.

''baiklah.. Tun..'' Jawap Rohana.

''Yaakob.. Hari ni saya tak keluar.. '' kata Maya sambil merenung wajah Raif , tangannya mengelus perlahan belakang tangan Raif.

''baik Tun.. ''jawap Yaakob..

Keluarlah ketiga-tiga pembantu rumahnya dari bilik itu.. Pintu bilik itu kembali di tutup rapat...

Maya menarik tangannya dari terus memegang tangan Raif. Wajah yang basah dengan air mata tadi dilap dengan belakang tangannya.. Maya kemudiannya bangun melihat wajahnya didalam pantulan cermin.. Mata yang mula memerah itu diperhatikan. Dia cukup puas dengan penampilannya kini.. Maya kemudiannya berpaling semula melihat kearah katil yang ada Raif terbaring diatasnya.. Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya.. Melainkan kertas yang berselerak di lantai.. Tangannya mencapai sekeping dari kertas yang ada di lantai. Terhincut - hincut bahu Maya yang sedang menahan ketawa dari dalam.

'hai la Raif ! Perangai kau sama macam ayahanda kau.. Sebiji sama macam Rasyiqul !.. Baru sedar sikit.. Ada hati nak korek semua kejadian yang lepas.. Kau ingat ianya mudah ! Semua ini tak akan mengugat mama.. Sedikit pun tak! Sebab ini semua adalah wayang semata-mata!' Maya berpaling melihat kepada Raif yang sedang terbaring.. Kertas yang ada ditangannya di remukkan dengan menggunakan kedua-dua tangannya..

Jom.. Satu lagi bab.. - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience