SST - 67

Romance Completed 72474

Pemanduannya terhenti di sebatang sungai di sebuah kampung. Air terjun tepatnya. Air yang jernih ditambah dengan pemandangan yang cukup indah.

Tidak jauh dari situ, terdengar suara tangisan budak kecil. Dia menghampiri tubuh itu. "Adik? Kenapa adik menangis dekat sini?" Sapa seorang lelaki.

Budak itu tidak menjawab.

"Kenapa ni? Kenapa adik menangis sorang sorang dekat sini?" Soal Aazad mengambil duduk disisi gadis kecil itu.

"Ibu dan baby pergi tinggalkan adik dengan ayah. Mereka tinggalkan adik. Kenapa adik ni nakal sangat abang? Kenapa tak tuhan ambik nyawa adik?" Tangis gadis itu. Deras air matanya meleleh menceritakan kisah hidupnya.

Aazad memeluk bahu budak perempuan itu kejap. "Adik, tuhan pasti lebih sayangkan ibu dan baby. Dan tuhan pasti sayangkan adik dan ayah kerana Dia tahu, adik dan ayah adik kuat kerana dapat lalui kepergian ibu dan baby. Allah datangkan ujian pada kita kerana Allah tahu hambanya dapat tempuhinya."

Mereka berdua diam sesaat memikirkan nasib mereka sebelum Aazad mendapat satu akal untuk menceriakan susana. "Adik tahu tak, macam mana nak hentikan air terjun?" Dia mula memberi teka teki.

"Adik selalu tanya air terjun tu, sampai sekarang takde jawapan." Jawab budak itu spontan.

Terlepas gelaknya mendengar jawapan dari budaj itu. "Adik ada jawapan adik sendiri?"

"Ayah selalu jawab macam tu bila adik tanya. Er.. Adik taktahu." Jawab dia menunduk.

Aazad tersenyum nipis melihat gelagat comel itu. Teringat pula dia pada Hariz. Hariz juga seperti itu. Menjawab sesuatu tanpa berfikir dan dengan penuh yakin menjawab segala soalan. "Jawapannya.." Aazad mencapai kamera yang berada ditepi kanak kanak itu lalu ditangkap satu gambar pada air terjun dihadapan. ".. tangkap gambar" Dihulurkan kamera itu bagi memperlihatkan hasil tangannya.

"Wah! Cantiknya.. Abang pandai ambik gambar jugak?" Bersinar mata gadis kecil itu apabila melihatkan gambar yang diambilnya seperti profesional photographer.

Aazad teringatkan sesuatu. Dia tersenyum manis dan menyeluk sesuatu didalam poket seluarnya. "Ni untuk adik" Dicapai tangan kecil itu lalu diletakkan seutas rantas berbentuk setengah puzzle.

Gadis kecil itu hanya diam.

"Abang mintak, suatu hari nanti, adik dah besar. Adik carik pemilik separuh dari puzzle tu. Mana tahu tu jodoh adik."

Dia membelek rantai itu. "Cantik.." Katanya berbisik tapi masih dapat didengari oleh Aazad.

Pemuda itu tersenyum nipis. Diusap kepala kecil kanak kanak itu.

"Nama abang apa?"

"Hm.. Kasyaf" Beritahunya.

"Wah, sedap nama." Puji budak itu ikhlas.

"Adik nama apa?" Soal Aazad pula.

"Najemie. Nurul Najemie" Najemie tersenyum manis kearah Aazad. Tangan kecilnya dihulur bagi bersalaman dengan Aazad.

Aazad menyambut huluran itu lembut. "Abang, kena gerak. Dah nak malam dah. Adik baliklah ya. Nanti ayah risau pulak" Dia terus bangun dari duduknya.

"Hati hati abang." Sempat Njemie memesan.

Aazad menghadiahkan senyum. Dia melangkah perlahan lahan untuk ke kereta.

Najemie dalam diam, mengambil sekeping gambar Aazad dari belakang.

.

POV NAJEMIE
Keesokan harinya.
Najemie berjalan jalan di kawasan kampung sambil merakam momen momen indah di kampung itu.

Bum!

"Ya Allah!" Dia tergamam. Najemie menggigil teruk.

Didepan matanya sedang berlaku sebuah kemalangan. Sebuah kereta sedang dalam keadaan terbalik.

Najemie lekas mendekati kereta itu memandang tiada seorang pon yang melalui jalan tersebut. "Encik?"

Dekat dan semakin mendekat dia ke tempat pemandu. "Ya Allah, abang!" Alangkah terkejutnya dia, orang yang berada didalam kereta tersebut adalah lelaki yang dia jumpa di sungai semalam. "Abang, abang sabar ya. Adik tolong" Dia cuba membuka kereta pintu.

"Adik.. Jangan. Pergi dari sini adik. Bahaya!" Suruh Aazad dalam ketidakberdayaan.

"Tak, abang. Adik nak selamatkan abang. Kita keluar sama sama"

"Pergi, adik. Pergi!"

"Taknak!"

Tidak jauh dari situ, penduduk kampung sudah berkerumun dari situ.

"Najmi! Sini Najmi! Situ bahaya!" Panggil salah seorang dari mereka.

"Najmi!"

"Najmi, jangan dekat dengan kereta tu Najmi!"

"Karim! Anak kau Karim!"

Terjerit jerit mereka disitu.

Karim yang melalui jalan itu, memberhentikan motornya bila melihat orang ramai yang sedang heboh heboh dengan sesuatu.

"Karim! Anak kau dekat kereta tu! Kereta tu dah nak meletup tu Karim. Cepat selamatkan dia!" Panggil seorang penduduk mendekati Karim.

"Ya Allah anak aku!"

Karim terus berlari ke kereta yang terbalik itu.
"Najmi!"

Najemie menoleh. "Ayah, selamatkan abang ni ayah. Dia kawan adik"

"Adik.. Pergi dulu.. Biar ayah uruskan kawan adik"

"Adik nak sama sama dengan ayah. Kesian abang tu." Najemie berdegil.

"Pergi Najemie "

"Taknak!"

Karim terus mendukung anaknya dan diserahkan kepada penduduk kampung bagi menahan anak itu dari terus mendekat dengan kereta itu.

Dia bergegas semula kearah kereta tersebut. Sedaya upaya dia memecahkan cermin kereta disebelah pemandu itu. "Pergi pakcik! kat sini tak selamat."
Beberapa ketika, kereta itu meletup terbakar.

"Ayah!!!!!" Jerit Najemie. Najemie terkesima didalam pelukan penduduk kampung.

Dihadapan matanya sendiri, kereta itu meletup. Dihadapan matanya sendiri ayahnya yang sedang menyelamatkan orang itu turut terbakar.

"Naj nak ayah!" Dia mengamuk ingin dilepaskan.

"Jangan nak! Bahaya!"

"Ayah!!!!!"

.

POV AAZAD

Setelah mendapat panggilan dari hospital yang mengatakan Mia kemalangan, dia terus memandu bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Mereka mengatakan Mia keguguran. Secepatnya dia mahu sampai ke hospital.

Dia mendapat tahu bahawa kemalangan itu seperti telah dirancang.

Tak tahu bagaimana, tiba tiba keretanya melayang keudara.

Yang dia tahu, keretanya sedang berpusing pusing. Dan terhenti dalam keadaan terbalik.

Dalam keadaan lemah, dia dapat mendengar seseorang memanggilnya.

"Ya Allah, abang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience