BAB 5

Drama Completed 343

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Rumi pantas melompat ke arah jalanraya. Nasib baik pada ketika itu keadaan jalanraya lengang tanpa kenderaan yang melaluinya seperti selalu. Rumi mengurut dadanya yang berombak kencang. Nampaknya sudah tiga kali dia terperanjat kerana dikejutkan oleh seseorang hari ini. Silap-silap gaya nyawanya juga boleh turut padam.

Dhani yang ketawa mengekek tertunduk sambil memegang perut boroinya. Geli benar rasanya menyaksikan Rumi yang melompat seperti seekor kanggaru sebentar tadi. Sampai terkeluar airmatanya kerana terlalu banyak ketawa.

"Kurang asam kau Dhani ..!! Kalau kau buat lagi macam tu, aku tempeleng kau dengan kasut ni..", ujar Rumi seraya menunjukkan kasut miliknya di tangan.

"Rilekslah Ri.. Kau ni serius sangatlah..!! Aku bukannya apa, suka tengok kau jadi macam tadi tu..", Dhani membalas tersekat-sekat. Tawanya masih lagi kedengaran.

Rumi merengus sendirian. Menyampah benar hatinya melihatkan perangai Dhani yang tidak sudah-sudah menyakat dirinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membenamkan muka Dhani ke dalam longkang. Panas betul hatinya.

"Kau janji apa ni..?! Kata sekejap je..?! Berpeluh ketiak aku menunggu kau tau tak..?!", marah Rumi pada Dhani yang masih ketawa kecil.

"Alaa.. Aku bukannya sengaja..!! Tiba-tiba kereta aku meragam tengah jalan tadi.. Nasib baik bila aku periksa rupa-rupanya air kurang.. Lepas aku isi air, hidup baliklah kereta aku..!! Itupun lepas aku berjalan sorang-sorang dalam gelap sebab nak cari air kau tau tak..?! Nasib baik aku jumpa sungai kecik kat tepi hutan tu..", Dhani menerangkan.

"Eh, tadi aku nampak kau macam tengah berborak dengan orang.. Kau berborak dengan siapa..?!", tanya Dhani ingin tahu.

"Dengan...", kata-kata Rumi mati di situ kerana sebaik sahaja dia menoleh, Keanu sudah tiada lagi di tempatnya.

Rumi jadi pelik. Rasanya tak mungkin seorang manusia mampu bergerak sepantas itu. Lagipun di kawasan itu tiada tempat untuk menyembunyikan diri. Kalau ada sekalipun kenapa Keanu hendak menyembunyikan diri?

"Tadi aku berborak dengan sorang mat saleh kat sini.. Kitorang punyalah berbual panjang.. Nasib baik dia ada..!! Kalau tak aku pun tak tau nak buat apa tadi.. Bosan gila..!! Tapi sekarang ni dia tak ada pulak.. Aku ingat dia ada pakai ilmu ghaiblah..", ujar Rumi cuba berseloroh.

"Ilmu ghaib apanya.. Kau berborak dengan Keanu kan..?!", tanya Dhani .

"Eh..?! Macam mana engkau tahu..?!", soal Rumi kehairanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience