BAB 4

Drama Completed 343

Rumi menggaru kepalanya lagi. Terasa hendak menyorok di dalam kasut pula dibuatnya. Memang betul kata Keanu , dia sepatutnya berbangga dengan perkerjaannya selaku pengawal keselamatan. Tanpa manusia sepertinya, tiada siapa lagi yang mahu makan gaji hanya dengan duduk sambil memegang selaras senapang di muka pintu bank seperti apa yang dilakukan olehnya sekarang. Sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yang halal.

"Terima kasih Keanu .. Susah nak cari orang macam awak..!!", ujar Rumi sambil tersengih.

"Sama-sama.. Dah lama awak kerja di sini..?!", tanya Keanu .

"Lama tu taklah lama sangat.. Adalah dalam lima tahun.. Sebelum ni saya ikut kawan saya meniaga ayam..!! Tapi lepas semua ayam-ayam kena sakit sampar, kawan saya terus jadi gila.. Saya pulak terus mintak kerja security guard ni.. Maklumlah.. sekolah tak habis..!!", terang Rumi .

"Awak tak takut..?!", tanya Keanu lagi.

"Nak takut apa..?!", soal Rumi kembali.

"Takut ada pencuri nak curi di sini.. Selalunya bank memang jadi sasaran pencuri..!! Awak pernah berhadapan dengan situasi itu..?!", Keanu menyoal Rumi lagi.

"Pernah jugak.. Dulu bank ni pernah kena rompak dengan lima lelaki bersenjata..!! Saya masa tu tak ada senjata.. Takkan saya nak lawan..?! Saya pun menyoroklah.. Saya tak nak mati katak..!!", ujar Rumi menceritakan pengalamannya.

"Mati katak..?!", Keanu terpinga-pinga.

"Mati sia-sia..", terang Rumi .

Keanu mengangguk-anggukkan kepala sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apalah yang melucukan dengan ayat mati katak itu. Mungkin Keanu merasa geli hati dengan ayat yang baru pertama kali didengari olehnya. Tiba-tiba wajah Keanu berubah. Dari kemerah-merahan akibat ketawa berlebihan kepada wajah serius.

"Dalam lima tahun awak berkerja, pernah tak awak nampak sesuatu seperti...".

"Hantu..?!", Rumi memotong kata-kata Keanu . Sepertinya dia sudah mengetahui akan maksud Keanu .

"Tak pernah pulak.. Tapi kalau setakat kelibat orang melintas tu rasanya adalah beberapa kali.. Itupun masa saya terpaksa ganti orang waktu syif malam.. Sebenarnya saya kerja siang sahaja..!!", ujar Rumi selamba.

"Itu hantu melayu.. Hantu inggeris awak pernah nampak..?!", soal Keanu bersungguh.

Rumi memandang wajah Keanu tanpa berkedip. Pelik benar bunyinya soalan orang putih ini. Tatkala dia memandang wajah Keanu lama-lama, terasa wajah lelaki kulit putih itu seakan pucat lesi dan cengkung. Tidak seperti mula-mula mereka bertemu sebentar tadi. Rumi menggeleng-gelengkan kepala sebagai menjawab pertanyaan Keanu tadi. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Matanya tertumpu pada tiang-tiang lampu yang kebanyakannya sudah tidak mengeluarkan cahaya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience