BAB 2

Drama Completed 343

"Mi.. Mi..!! Woi, pekak ke..?!", jerit Dhani sambil mengoncang-goncangkan tubuh Rumi yang sedang asyik mengelamun.

Rumi pantas menepis tangan Dhani dan berdiri sambil membuka pencak silatnya secara tiba-tiba. Dhani tidak mahu bertangguh lagi. Segera dia menjauhkan diri dari Rumi yang seakan mengamuk. Jika dia tidak berbuat demikian sia-sia sahaja dia menjadi mangsa belasahan rakannya itu. Selepas beberapa ketika, barulah pencak Rumi hilang akibat keletihan.

"Kau rupanya Dhani .. Kus semangat..!! Aku ingat perompak ke, perogol ke tadi..!!", ujar Rumi kelelahan.

"Siapa pulak nak rogol engkau Ri..?! Muka macam belalang tempur pun ada orang yang bernafsu ke..?!", Dhani berjenaka.

"Tak guna kau.. Ni, apasal lambat..?! Naik bersemut ketiak aku ni menunggu kau tau tak..!!", soal Rumi .

"Ini yang aku nak bagitahu engkau ni.. Aku nak mintak tolong engkau jagakan syif aku boleh tak..?! Aku nak kena hantar anak bini aku balik kampung sekarang ni.. Ada kenduri arwah..", Dhani menjelaskan.

"Eh, mana boleh macam tu Dhani .. Aku dah jaga siang, malam engkaulah pulak..!! Lagipun aku penatlah.. Aku nak balik tidur ni..", Rumi menolak.

"Alaa.. sekali ni je aku mintak tolong pada engkau..!! Aku janji, lepas je aku hantar anak bini aku balik ke kampung nanti, aku terus datang sini.. Lagipun bukannya jauh sangat kampung tu.. Dalam satu jam perjalanan je..!!", rayu Dhani pada rakannya yang sedang menggaru kepala.

Rumi mendiamkan diri. Hendak membantu, dia sudah tidak berdaya lagi. Hendak ditolak, kasihan pula. Setelah agak lama dia berfikir, barulah dia bersetuju dengan permintaan sahabatnya itu. Itupun dengan syarat, Dhani mesti kembali semula ke sini setelah menghantar keluarganya ke kampung. Lega Dhani mendengarnya. Setidak-tidaknya ada juga orang yang mahu menggantikan dirinya buat seketika.

Rumi memandang kelibat tubuh Dhani yang semakin menjauh. Mungkin Dhani memakir keretanya jauh dari situ untuk mengelakkan dari dilihat oleh penyelia mereka. Bila saja Rumi teringat wajah penyelianya, bibir Rumi menjuih serta-merta. Mengenangkan perangai encik Herman yang suka marah-marah dan pantang melihat perempuan berdahi licin. Menyampah pula bila membayangkan wajah encik Herman yang bengis, berperut boroi dan renek fizikalnya.

Sudahnya Rumi mengeluarkan telefon bimbit miliknya yang disimpan di dalam kocek seluar. Pantas Rumi menekan-nekan punat pada telefon bimbitnya untuk bermain game. Derap kaki yang melintasi kaki lima itu tidak dapat mengugat tumpuan Rumi bersama telefon bimbitnya. Tidak sedar hari yang remang-remang senja sudahpun berganjak ke malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience