BAB 3

Drama Completed 343

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Bayang Dhani masih belum kelihatan membuatkan darah Rumi tersirap dengan kemarahan. Nafasnya mendengus-dengus bak seekor lembu laga yang dikibarkan dengan bendera merah. Dia sudah bosan tercangak di situ sendirian sedari pagi. Telefon bimbitnya juga sudah kehabisan bateri. Juga tiada kelibat manusia yang lalu-lalang berhampiran dengannya lantas mengundang rasa bosan yang menyucuk. Rumi bersiul-siul kecil sebagai menghilangkan kebosanan.

"Hello..", sapa seseorang secara tiba-tiba membuatkan Rumi melompat tanpa sengaja.

Rumi mengurut dada. Nafasnya turun naik bersama debar yang masih menggila. Mujur juga dia tidak mengeluarkan buah silatnya di situ. Jika tidak, bukan saja si penyapa yang akan menerima padah malah dia juga akan turut pengsan akibat kepenatan. Rumi menoleh setelah gemuruhnya beransur reda. Satu susuk bertubuh agak besar yang memakai kemeja berbunga-bunga serta berseluar pendek tersenyum ke arahnya.

"What with you..?! I'm just saying hello..", tegur lelaki itu pada Rumi .

Tak semena-mena darah Rumi menyirap lagi. Bukan dia tidak faham kata-kata lelaki inggeris yang sedang berdiri di hadapannya itu tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak respon. Masa inilah dia menyesal pula di hati kerana tidak mendengar nasihat ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh, nasihat miss Nas, guru Bahasa Inggerisnya yang tak henti menyokongnya untuk belajar lebih tekun pula terngiang-ngiang di telinganya. Menyesal dia ponteng dan tunjuk angkuh. Jika tidak, mungkin sekarang dia berkerja dengan firma-firma besar yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan bukan tercongak dan berdiri dengan kayu cota semata.

"Oh.. You don't know how to speak english is it..?! Jangan takut.. Saya boleh berbahasa melayu..", ujar lelaki itu lagi seraya mendekati Rumi .

Rumi terkulat-kulat. Rupanya lelaki inggeris ini boleh berbahasa melayu. Malu Rumi tidak terperi lagi. Bangsa asing berusaha untuk mempelajari bahasa ibundanya yang indah sedangkan dia sendiri langsung tidak mahu belajar tentang bahasa lain.

"Maafkan saya encik.. Saya tak sengaja..", ujar Rumi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak mengapa..", balas lelaki itu kembali.

"Ada apa yang saya boleh bantu encik...".

"Oh.. Keanu Phoenix ..!! Panggil saya Keanu sahaja.. Tak usah panggil encik dengan saya..!!", Keanu tersenyum sambil menghulurkan salam. Rumi pantas menyambutnya.

"Sebenarnya saya lihat awak dari tadi duduk seorang diri di sini.. Awak tunggu siapa..?!", soal Keanu .

"Saya tunggu kawan saya.. Sepatutnya dia yang kerja syif malam.. Tapi dia ada masalah sikit..!! Jadi saya kena ganti dia buat sementara..", terang Rumi .

"Awak kerja security guard..?!", soal Keanu lagi.

Rumi mendiamkan diri. Dia malu untuk menyatakan perkerjaannya pada bangsa asing. Takut nanti dituduh sebagai bangsa yang pemalas dan hanya tahu kerja makan gaji sahaja. Sedangkan mereka sudahpun meneroka bidang angkasa.

"Jangan malu.. Saya bukan nak hina awak..!! Saya suka tengok orang macam awak.. Awak tak malu untuk berkerja sebagai security guard walaupun orang lain yang sebangsa dengan awak pandang hina pada awak..!! Saya rasa awak patut bangga dengan diri awak sendiri.. Bukan semua orang seberani awak untuk melakukan kerja seperti ini..", terang Keanu panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience