bab 7

Family Series 3891

Kaki dihayun laju tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Mungkin kerana sudah terbiasa, mudah sahaja dia melakukan aksinya.

Tanpa menunggu, pintu yang tidak bersalah dirempuh begitu sahaja. Dibiarkan hati yang sedang berperang akan akibat perbuatannya sekarang ini. Namun sudah terlambat. Nasi telah menjadi bubur.

"Cik Aween?" Ucapnya perlahan.

Kalau ikutkan perasaan, dia tidak mahu lagi berhadapan dengan gadis dihadapannya ini. Namun kerana keadaan memaksa, dituruti sahaja arahan dari majikannya sendiri.

"Cik? I-ini saya. Saya datang dari jauh untuk kita dapat berjumpa. Tak kan ini yang saya dapat?"

Diam. Sunyi. Sepi.

Tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa gadis bernama Aween akan membalas.

Hakikatnya, bukan dia yang mahu berdiam diri hingga ke akhirnya. Kalau boleh sekarang juga lelaki di sisi katilnya dipeluk untuk melepaskan rindu. Namun apakan daya, mereka berdua telah terjerat di dalam permainan sang raja.

"Princess. J-jangan macam ni. Jangan bagi abang tunggu princess lama-lama," sayu hatinya tatkala menyebut sebuah perkataan yang telah sekian lama dia bisukan.

Aween cuba untuk melawan kata hatinya agar melupakan kenangan manis mereka dahulu. Berharap agar dengan cara itu dia dapat menghindari si jejaka, namun gagal.

Kedua belah telapak tangan berfungsi untuk menolak si gadis agar berada di dalam posisi bersimpuh sebelum cuba mendakap Hans.

Ya. Lelaki yang bernama Hans itulah yang dia tunggu-tunggu untuk kembali dekat padanya. Untuk kembali memanggil dirinya sebagai 'princess'. Untuk kembali menjadikan dia sebagai ratu di dalam hati Hans.

Namun sayangnya itu semua adalah salah satu helah sang raja. Sangkaan Aween jauh meleset. Sangkaannya Hans telah berubah. Malangnya semua itu bohong belaka.

Pergelangan tangan kiri dan kanan Aween telah digenggam kemas oleh dua orang berpakaian bagaikan pengawal peribadi yang sama sekali tidak dikenali oleh Aween.

Malang sekali nasib dirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Kini dirinya hanya mampu memberontak sambil berdoa di dalam hati agar diringankan bebannya.

"Kenapa? Kenapa abang buat Aween macam ni?" Soalnya lemah.

Dirinya sudah penat. Penat untuk mengejar cinta yang selama ini hanya bertepuk sebelah tangan. Penat untuk mencari di mana erti kebahagiaan buatnya selama ini. Kini semuanya telah hancur. Hatinya retak seribu hinggakan anggapannya bahawa tiada sudah harapan untuk dia kembali bangkit.

Aween menundukkan kepalanya hingga hampir mencecah tilam, sementara Hans hanya memerhati seperti tiada apa yang berlaku.

"Kenapa? Kenapa abang buat Aween macam ni! Aween penat abang! Aween penat! ARGHH!"

Walaupun dalam keadaan tangannya dibelit kemas oleh jari jemari sang pengawal, Aween tetap memberontak keras. Air mata yang sudah keluar bergelen-gelen dari matanya langsung tidak dihiraukan oleh Hans.

Hatinya hancur! Hancur melihat Hans berperilaku sebegitu rupa. Kalaulah jejaka di hadapannya ini boleh merasakan bertapa terseksa jiwa yang terpaksa dia tanggung untuk mendapatkan Hans semula.

"Hey."

"Arhh!" Gadis bertubuh kecil itu melompat terkejut akibat sapaan dari seseorang.

"Kakak!" Jeritan Aisya bersambung sambil memukul tubuh sang kakak yang sudah ketawa berguling-guling di atas sofa.

Mana tidaknya, disergah sedemikian rupa pada pagi-pagi buta, siapa yang tidak terkejut beruk.

"Ahahaha! Tu la. Orang suruh tidur dia pergi layan drama. Nasib la," Balas Farisya bersama gelak tawanya yang masih tersisa.

Dasar kakak durjana! Pagi-pagi lagi dah mula lancarkan usikan nakal berganda-ganda. Sengaja mahu buat orang sakit jantung agaknya. Tunggulah dia balas usikan tu nanti. Dijamin sampai ke tua tetap terngiang-ngiang di kepala.

"Haishh... Buat apa susah payah nak tengok drama 55 episod? Tu. Baru sampai episod 48. Silap hari bulan tahun depan baru habis tengok."

Aisya mencebik sambil menatap Farisya. Bagaikan ada sesuatu yang tersirat di dalam kepala kakaknya.

Kalaulah pandangan Aisya boleh tembus pemikiran orang lain, memang dah tak ada istilah rahsia dekat dunia ni. Habis semua benda dia nak bagitahu. Lagipun Aisya tu memang benci dengan perkataan rahsia. Sebabkan perkataan durjana tu la dia kehilangan seseorang. Seketika dirinya termenung memandang Farisya dengan mata yang berkaca.

"Macam ni lah. Baik adik bagi kakak cerita apa jadi dekat Hans dengan Aween tu. Diorang jumpa balik family Aween, rancang nak bersama sampai akhir hayat, tup tup Hans sakit. Doktor kata yang ada kuman dekat paru-paru Hans tu. Akhirnya..."

"Kakak! Tak payah la cerita sampai habis! Sikit-sikit sudahlah," Aisya mencebik sambil meletakkan jari kecilnya ke mulut Farisya tanda menyuruh kakaknya agar berhenti bercerita.

Ye lah. Buat apa dia susah-susah bersengkang mata sepanjang malam untuk habiskan tengok drama tu tapi akhirnya dapat tahu pengakhiran dengan hanya bebarapa patah perkataan je. Tak ke sakit hati dibuatnya.

"Ish. Nanti adik reaport dekat kak Fatin yang kakak kacau adik," Jarinya diturunkan dari bibir Farisya sebelum kembali mengangkat tangan, menunding ke arah kakaknya bagaikan Sacred Riana.

Sengaja dia gunakan nama Fatin, lagipun sahabat kakaknya ini memang akan menyebelahi dia berbanding dengan Farisya. Mana tidaknya, dua-dua sama sahaja perangai gila-gila yang takkan pernah habis tu. Dua kali lima, Agaknya Aisya ni dah tertukar kakak rasanya.

Eyyo , Aisya back ! ( ꈍᴗꈍ) Akhirnya dapat balik acc ni. Aisya hargai sangat-sangat sokongan dri korang semua even silence reader (。•̀ᴗ-)✧ Just stay tune.. Aisya akan try update setiap minggu o((*^▽^*))o

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience