bab 4

Family Series 3891

Puan Marsya menghela nafas sambil bercekak pinggang. Apa kena dengan semua orang hari ni? Kena jampi ke apa ha?

Ketika matanya sibuk memerhati setiap sudut di dalam rumah untuk mencari kelibat Aisya, tanpa diduga, secara tiba-tiba, Puan Marsya ternampak sesuatu di bawah alas meja.

"Wah! Ingatkan biskut cip coklat mama dah habis. Rupanya ada yang simpan buat jadi kenangan kat bawah meja ni! Kalau mama tahu siapa yang simpan ni, nanti mama nak buat lagi la biskut ni!"

"Mama, mama! Biskut tu kan, adik yang simpan! Biskut mama sedap sangat laaa! Nanti mama buat untuk adik tau! Sayang mama!!"

Setelah Aisya habis menjerit, baru dia teringat sesuatu. Ye la. Sekarang dia kan tengah menyorok. Macam mana boleh terlepas cakap pulak ni?

Aisya menekup mulutnya sebelum terlepas cakap sekali lagi sambil memeluk tubuhnya. Macam mana la mama boleh jumpa biskut yang dia sorok pagi tadi?

Dasar biskut jahat! Kenapa la biskut tu sedap sangat? Aduhh. Kan dah kantoi!

"Adikk... Buat apa kat siniii? Tengah main sorok- sorok kee??"

Alaa. Kantoi sudah. Kalau sehari main game dengan aman tak boleh ke?

"Ma... Haha.." Aisya tersengih bagaikan kerang busuk sambil menjeling tablet yang berbaring di lantai.

Secara tiba-tiba, sesuatu muncul pada skrin tabletnya.

"Yay!!"

Aisya terus berdiri sambil melompat girang. Tindakan Aisya membuatkan ibunya terlompat sekali bersamanya lalu mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Ish budak bertuah ni! Kamu dah kenapa?" Marah Puan Marsya. Sehari kalau tak buat masalah memang tak sah!

Aisya segera kembali duduk di lantai lalu mencapai tabletnya. Lantak la apa yang mama dia nak kata, janji dia dapat sambung main game.

Geram kerana kehadirannya tidak diendahkan, Puan Marsya terus merampas tablet daripada pegangan Aisya.

"Maa!! Adik nak main game tu!" Aisya terus berdiri lalu melompat- lompat di hadapan Puan Marsya. Menyesal pulak tak ajak kak Fatin singgah taman kejap.

"Maa.., bagi laa adik tab tuu.. Bagi adik kill satuu je.. Boleh laa mama.." Aisya menarik- narik baju yang tersarung pada badan ibunya.

Tapi buat macam mana sekali pun, jangan harap la Puan Marsya nak bagi balik tablet tu. Pergi mimpi aja la kalau nak dapat balik.

"Adik nii! Sikit-sikit main game among! Dalam tablet main Among! Dekat computer pun main Among! Sampai dalam handphone mama pun adik download game Among!"

"Tapi mama, game tu best. Bagi laa adik main. Please."

Aisya membuat muka '10 sen'nya di hadapan Puan Marsya. Bersungguh betul dia pujuk ibunya untuk dapatkan tablet tu balik. Langsung tak nak mengalah.

"Adik nak tab ni?" Puan Marsya mengangkat tinggi tablet itu sambil tunduk memandang anak bongsunya. Kecil-kecil cili padi je dia tengok si Aisya ni.

Aisya mengangguk laju kepalanya.

"Boleh.. Tapii.. Aisya pergi pujuk kakak dulu. Baru mama pulang balik tablet ni."

"Ala mama. Kalau adik pujuk kakak, siapa nak main game tu?"

Ish! Mama dia ni laa. Sama je macam kakak. Suka main ugut- ugut.
"Owhh... tak apa. Adik pergi pujuk kakak. Mama....."

"Alaa mama, bagi la adik main!!"

"....tolong adik main game ni."

"Aaaa!! Mama!"

"Aaaaa.. pergi naik atas... pujuk kakak."

"Tapi mama..."

"Now!!"

Aisya memuncungkan bibirnya ala-ala itik lalu berjalan pergi, membiarkan tabletnya pada genggaman ibunya.

Puan Marsya menghela nafas panjang sebelum bergerak ke arah sofa, mencampak tablet di atas kusyen lalu duduk melepaskan lelah.

Matanya menjeling ke arah tablet milik Aisya sebelum mencapainya.

"Patut la beria sangat nak main. Rupanya dapat jadi imposter." Ucapnya perlahan.

"Membazir kalau tak main ni. Bukan senang nak jadi imposter."

Akhirnya, Puan Marsya yang menggantikan Aisya dalam permainan Among Us.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience