bab 5

Family Series 3891

Aisya berhenti seketika sebelum kembali memanjat anak tangga rumahnya. Baru panjat 13 anak tangga, dah mengah. Tu belum lagi panjat sampai ke tingkat atas.

Dah la tinggi, anak tangga pulak dia rasa macam makin lama makin lebar. Ni mesti sebab kakak suka main hentak- hentak kaki. Sampai batu konkrit tangga rumahnya pun boleh mengembang, sama la macam orang yang kembangkan tangga ni.

Tok! Tok! Tok!

Aisya terus mengetuk pintu sebaik sahaja sampai di hadapan bilik kakaknya.

Bukan senang dia dapat jadi imposter masa main game favorite dia. Jadi, demi mencapai impiannya yang jarang diperoleh, dia kena pujuk kakaknya sebaik mungkin!

5 saat menunggu, tiada sebarang respon mahupun tindak balas daripada Farisya.

Aisya berfikir seketika. Memikirkan sesuatu yang bakal dijadikan umpan untuk Farisya membenarkan dirinya masuk ke dalam bilik.

Ting! Ting!

Bagaikan ada mentol yang tiba-tiba menyala di atas kepalanya, Aisya tersenyum jahat sambil menganggukkan kepalanya berkali- kali bagaikan burung belatuk.

"Kakak, bukak la pintu ni!"

Diam. Senyap. Sunyi.

Bagaikan tiada orang di dalam bilik. Tapi tak apa. Aisya ni bukan calang- calang orang untuk dikalahkan.

"Kalau kakak tak nak bukak pintu ni, nanti adik tunjuk kat mama gambar boyfriend kakak!"

Masih seperti sebelumnya, tiada sebarang respon.

"Adik bagitau mama kakak ada rembat make up mama!"

"Tak apa.. Adik bagitau papa kakak yang bagi kereta papa calar!"

"Adik bagitau kak Fatin kakak pernah habiskan perfume dia!!!"

Geram kerana setiap ugutannya tidak dihiraukan, Aisya melancarkan serangan terakhir yang pasti akan membuatkan Farisya tunduk mengalah. Kalau kakaknya tak mengalah jugak, di jamin 100% bahawa Farisya telah dirasuk oleh hantu Yo-kai.

"Ish!! Nanti adik makan kek Marshmellow Strawberry ka......"

Farisya terus menarik Aisya masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja daun pintu diselak.

Aisya tersenyum menang di dalam hati. Mana boleh tunjuk depan-depan. Kena la tutup sikit.

"Aaaa... tau takut. Tu la.. Tak bagi orang masuk lagii.."

Aisya melompat duduk di atas katil bersaiz queen yang teletak di penjuru bilik kakaknya. Lantak la kalau Farisya nak membebel ke apa, janji misi untuk pujuk kakak berjaya.

"Uwuuu... Lembutnya katil kakak. Malam ni adik tidur dengan kakak la."

Aisya berguling-guling di atas katil Farisya yang empuk lagikan tebal. Sampaikan masa Aisya baring pun terkapai-kapai mintak tolong untuk tarik dia bangun daripada terus tenggelam.

Farisya apa lagi, tendang je terus si Aisya tu sampai jatuh tergolek kat atas lantai. Nasib baik la ada karpet Ruffel Shaggy yang melembutkan lantai, kalau tak mesti Aisya tengah menggelupur ala-ala ikan sekarang ni.

"Nak apa?" Tanya Farisya kasar. Macam nak cari gaduh pun ada gayanya.

"Tak ada apa-apa la." Aisya tersengih mengalahkan kambing yang selalu mencuri rumput di sekitar kawasan rumah neneknya. Memang padan sangat, dua-dua sama je perangai. Suka meragut keamanan dan ketenteraman hidup orang lain.

Dengan wajah sedingin suhu di kutub utara, Farisya melangkah keluar daripada dalam biliknya, menuju ke dapur untuk menghabiskan sisa kek Marshmellow Strawberrynya di dapur sebelum ada tangan gatal yang mengambilnya.

"Kakak! Alaaa... Jangan la merajuk... Tadi tu adik dengan kak Fatin gurau je.. Kakak tak marah kan?" Aisya masih bertanya walaupun dia tahu apa jawapan yang bakal menitip di bibir kakaknya.

Tanpa sebarang balasan, Farisya terus berjalan keluar daripada dalam bilik. Lama-lama layan perangai Aisya tu bukannya dapat apa pun, buat orang jadi lagi sakit hati ada la.

"Kakak! Kakak!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience