bab 6

Family Series 3891

Tok! Tok! Tok!

"Do you wanna build a snowman?"

"Come on let's go and play!"

"I never see you anymore.... Come out the door... It's like you've gone away."

"We used to be..."

Nyanyian Aisya terus terhenti apabila Farisya membuka pintu.

Dengan wajah ala-ala singa tak mandi setahun, Farisya menjeling tajam ke arah Aisya.

"Adik dah kenapa? Pagi-pagi buta duk menyanyi depan bilik kakak..." Farisya menjerit perlahan. Kalau kuat sangat nanti takut mama dengan papa dengar diorang memekak pagi-pagi buta ni.

"Ala kakak... Adik datang ni nak mintak maaf je."

Farisya menjeling ke arah jam yang melekat di dinding. Matanya sedikit membulat apabila melihat anak panah yang menunjukkan angka 3.

"Adik! Pagi-pagi buta ni adik datang semata-mata nak mintak maaf?"

Farisya menggumpal tangannya sambil menahan geram. Kalau bukan sebab bilik mama dan papanya ada di sebelah, dah lama dia ketuk-ketuk kepala si Aisya.

"Adik pergi tidur sekarang! Kalau mama tahu adik tak tidur lagi, kakak yang kena marah tau tak! Pergi masuk bilik!"

Farisya terus menolak Aisya untuk memaksa adiknya masuk ke dalam bilik. Pagi-pagi dah buat hal. Suka sangat nak menyusahkan orang.

"Ala kakak... Nanti yang kena marah tu kakak, bukannya adik," Aisya memeluk tiang yang kebetulan ada di hadapan bilik kakaknya.

Kuat betul kakak dia malam-malam macam ni. Kalau siang, nak bukak penutup botol mineral pun suruh Fatin yang bukak kan.

"Adik, pergi balik bilik adik sekarang!"

"Apa bising-bising ni?" Encik Arman muncul di sebalik daun pintu yang sedikit terbuka.

Dengan rambut ala-ala sarkas, sebelah tangan memeluk bantal peluk, gayanya kalah Farisya sendiri.

"Papa tak tidur lagi?" Tanya Farisya dan Aisya perlahan, hampir serentak.

Secara automatik, tangan Farisya segera ditarik daripada terus menarik adik bertuahnya yang terapung sejak daripada tadi. Patut la tangan rasa berat je. Rupa-rupanya Aisya duduk atas tangan dia.

Apa lagi, Aisya terus jatuh terduduk di atas lantai. "Aduhh... Kakak!" Aisya memukul perlahan kaki kanan Farisya sambil menggosok-gosok pehanya.

Kuang asam punya kakak... Macam tu je dia lepaskan adik dia yang comel gebu lagikan lawa ni menggelupur kat atas lantai.

"Tak tidur apanya. Papa terjaga bila dengar lagu Frozen tadi. Ingatkan hantu mana la tadi, canggih sangat sampai lagu Frozen pun dia tahu."

"Papa... Apa ni. Tu adik nyanyi la. Bukan hantu." Aisya mencelah.

"Ye lah. Mana tau kalau-kalau hantu tu dah bosan mengilai, dia menyanyi la pulak." Sampuk Farisya.

"Kakak!" Jerit Aisya. Ni kalau dapat tampar pipi Farisya tu mesti lena bila dia tidur balik lepas ni. Puas hati dia. Dah la masa dia cakap dengan Farisya tadi kena palau. Entah dengar entah tak.

"Dah-dah la tu. Jangan bising sangat. Nanti mama bangun, tak makan kita anak beranak besok."

Encik Arman berpusing masuk ke dalam bilik sebelum isterinya perasaan kehilangannya. Nanti tak pasal-pasal perang dunia ketiga jadi dalam rumah tu.

Sebaik sahaja Encik Arman menutup pintu biliknya, Aisya memalingkan kepalanya kepalanya ke arah Farisya.

"Ehh.. Kakak, kejap!" Aisya cepat- cepat menahan pintu bilik Farisya dari tertutup.

Laju betul kakaknya nak pergi daripada dia. Tapi tak cukup ilmu lagi. Banyak yang Farisya kena belajar untuk lari daripada dia.

"Nak apa?"

"Kakak maafkan adik kan?"

Aisya tersenyum, berharap agar Farisya mengangguk. Tetapi, Farisya hanya diam membisu. Angguk tak. Geleng tak. Menyahut pun tak. Macam Aisya ni tengah bercakap dengan tunggul kayu.

"Ye la. Adik akan dengar cakap kakak.... Pagi ni je..."

"Sampai petang..."

"Fine, sampai esok!"

"Deal," Farisya tersenyum menang. Ye la... Sekali sekala kena la jugak gunakan pangkat kakak tu. Tak kan asyik nak mengalah je.

"Dah-dah.... Pergi masuk bilik, tidur... Jangan main game pulak," Pesannya.

Aisya memuncungkan bibirnya ala-ala itik. Menyesal dia cakap macam tu. Sepatutnya dia la cakap yang nanti dia nak kenakan kakaknya. Tapi... ye la. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tepat ketika Farisya menutup daun pintu biliknya, Aisya terus bercangkung sambil berpeluk tubuh.

Nak masuk tidur, dia tak mengantuk. Nak main game, Farisya tak bagi. Nak belajar, pagi-pagi buta ni? Tak sempat duduk lagi kat atas kerusi dia dah pengsan. Nak makan....

Ye la, makan! Kenapa dia tak terfikir daripada tadi. Sambil tu sambung tengok drama. Ushh... Syok tu!

Aisya terus bangun lalu berlari menuju ke arah dapur, mencari makanan sambil menabung masanya untuk menonton drama 'Mr. vs Mrs' sampai habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience