bab 3

Family Series 3891

Pintu utama rumah ditolak kasar oleh Farisya. Kasutnya ditanggalkan kemudian dicampak ke luar. Nasib baik la tak masuk dalam kolam ikan, dah la kasut tu baru beli semalam.

Farisya berjalan masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang penuh amarah. Nak je dia cincang- cincang si Aisya tu jadi sepuluh.

"Awal balik. Mana adik?" Soal Puan Marsya apabila melihat kelibat Farisya yang melintas di hadapannya bagaikan hantu Kak Limah.

Ye la. Dengan baju berkedut-kedut, tudung senget- benget, muka pun macam dah nak sama ngan hantu, memang sesuai la nak gelar Farisya tu hantu Kak Limah.

"Kakak dengar tak mama tanya apa ni?"

"Fatin tengah jagakan Aisya sekarang ni. Mama tak payah risau la."

Reaksi wajah Puan Marsya terus berubah. Fatin yang tengah jagakan Aisya?

"Tak payah risau kamu kata? Hei, Aisya tu baru 5 tahun cik kak oii! Di tinggal nya adik kamu tu kat Fatin macam tu je? Kalau jadi apa-apa kat Aisya tu macam mana? Mama tak kira, kakak pergi ambil adik sekarang jugak!" Marah Puan Marsya.

Tampa menghiraukan kata-kata Puan Marsya, Farisya berlari naik ke atas menuju bilik tidurnya. Secara kuat, Farisya menghempas pintu biliknya lalu bersandar pada belakang daun pintu.

"Farisya! Dengar tak apa mama cakap ni?! Mama ni dah tua, tak larat dah nak marah-marah kamu hari-hari! Tak payah la keras kepala sangat! Bila mama membebel kamu marah, mengamuk! Mama tegur tak nak dengar! Apa nak jadi la kamu ni Isya oii!"

Bebel Puan Marsya dari bawah rumah. Bertuah punya anak dara! Tak apa, tunggu la dia sampai kat atas kejap lagi, tahu la nasib si Isya tu.

"Assalamualaikum!"

Niat Puan Marsya untuk pergi menyerang Farisya terus terkubur sebaik sahaja mendengar suara seseorang memberi salam.

"Waalaikumussalam!"

Puan Marsya segera menarik daun pintu rumahnya, tak nak la buat tetamu dia tertunggu-tunggu.

"Eh, Fatin! Laa.. Ingatkan siapa la tadi. Jom masuk!" Pelawa Puan Marsya.

"Eh, tak payah susah-susah la Aunty. Saya datang ni sebab nak hantar Aisya je. Lepas ni nak kena pergi rumah mommy pulak, takut terlambat pulak nanti." Terang Fatin.

Sebernanya dia tak pergi pun rumah mommy dia. Alasan je sebab tak nak kena paksa untuk bersusah- payah nak pergi pujuk kawannya yang sorang tu. Macam la dia tak kenal perangai satu keluarga Farisya. Dah banyak kali dah terkena.

"Oh, ye ke. Tak apa la kalau macam tu. Eh, mana Aisya?"

Puan Marsya cuba memanjangkan leher ala-ala zirafah sambil mencari kelibat anak bongsunya.

"Emmm... Aunty. Aisya dah masuk dalam rumah la," Fatin menjeling ke arah Aisya yang sedang terbaring di atas sofa sambil jarinya bermain-main dengan skrin tablet.

Puan Marsya terus menoleh ke arah ruang tamu, tempat di mana Aisya sedang berguling- guling bahagia.

"Sejak bila Aisya masuk dalam ru.....mah...?" Kata- kata Puan Marsya terus terhenti sebaik sahaja mendapati bahawa Fatin sudah ghaib daripada pandangannya.

Puan Marsya menoleh ke arah halaman rumah. Kelihatan kereta Fatin melunjur laju untuk keluar daripada kawasan rumah.

Dia terus menutup pintu lalu kembali memandang kembali tempat dia mana Aisya berguling- guling sambil menatap tablet pemberiannya.

Malangnya, Aisya juga telah ghaib. Nak kata semua tengah sambut hari halloween, boleh jadi jugak. Mungkin diorang buat tema Harry Potter kot, sebab semua orang menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience