"mama.. kami tak setuju.. Ria yakin mama takkan bahagia dan gembira dengan dia.. silap hari bulan mama bela biawak hidup" tengking Daria yang sudah hilang kesabarannya apabila mama menyuarakan hasratnya untuk bernikah lagi. Pipi Daria ditampar kuat. Aku terkedu. Mama yang sebelum ini tidak pernah menaikkan tangannya terhadap kami kini hanya kerana seorang lelaki dia menjadi seorang ibu yang sudah hilang pertimbangan.
" mama.. Fauzan lebih penting ke dari kami anak anak mama.. " sebak di hati Daria terhambur dengan linangan airmata.
" korang yang anggap mama ni tak penting.. mama pun nak ada kehidupan sendiri.. mama sunyi sendirian tau tak.. korang dah duduk asing dengan mama.. mama.. rumah ni kosong.. apa salahnya mama kawin dengan Fauzan" suara nyaring mama memecah kesunyian yang menyerap keseluruh ruang rumah.
" ya kami tahu mama mahukan peneman hidup tapi Fauzan bukanlah pasangan yang sesuai untuk mama.. " ujar Daria dalam sebak tangis.
" kenapa.. sebab dia muda.. jadi Ria rasa mama ni terlalu tua untuk dia lah" soal mama tegang
"bukan macam tu ma.. mama terfikir tak dia masih muda.. takkan dia tak mahukan zuriat.. mama dah tak boleh mengandungkan.. nanti dia cari pucuk baru mama juga nak merana.. Ria fikirkan itu.. Ria tak nak mama terluka lagi.. cukup lah kami tengok mama menahan sakit ditipu lagi" jelas Daria.
" mama.. carilah pasangan yang boleh ada susah senang dengan mama.. yang boleh jaga mama bukannya orang yang akan gunakan mama.. peras harta mama... sampai masa salahkan mama untuk cari lain" aku mencelah. Daria mengesat airmata. Aku dapat rasakan kecewa hatinya. Mama masih tidak berpuas hati dengan nasihat kami. Wajahnya masih bengis.
" mama..Ria tak kisah kalau mama nak kawin lagi.. Ria sokong kalau mama nak kawin lagi tapi Fauzan bukan yang terbaik untuk mama.. mama pilih lah siapa pun janji bukan dia" rayu Daria.
" Ria sayang mama.. Ria taknak tengok mama kecewa lagi.. Ria taknak tengok mama menangis lagi sebab lelaki.. cukup lah papa dah buat hati mama terluka.. kali ni Ria nak mama betul betul dapat pasangan yang baik dan ikhlas terima mama" Rayuan Daria menyentap hatiku. Aku tahu dia risaukan mama lebih dari aku. Kasihnya terluah dengan kata kata beserta linangan airmata yang tulus dari hati seorang anak. Namun hati mama telah dibutakan dengan cinta yang dapat aku rasakan palsu.
"apa yang buruknya Fauzan dimata korang.. kenapa benci sangat korang dekat dia.. apa yang dia dah buat" tengking mama.
" mama... Ria tak tahu nak cakap macam mana tapi Ria tak setuju dia masuk dalam keluarga kita" ujar Daria.
" kenapa tidak.. ohh sebab Ria ada hati dekat Fauzan tapi Fauzan tak layankan.. Ria ingat mama tak tahu.. " Aku tersentak. Aku memandang Daria yang tergamam.
" ma.. mana mama dengar cerita bodoh semua ni.. " soal Daria termangu. Dikesat baki tangisannya kasar.
" Mama baca semua mesej yang Daria hantar dekat Fauzan.. mama tak sangka Daria seburuk itu.. " Tengking mama. Aku masih tidak dapat memahami situasi sebenar.
" mama.. mama percaya ke.. fitnah semua tu.. Daria masih waras nak mengorat jantan keparat tu" Daria mula menyinga.
" siapa jantan keparat.. Dia tu sebab nak ambil hati korang je yang dia tahan semua kerenah Daria.. Daria ingat dia tak cerita ke dekat mama... Dia cuba terima rapatkan diri dia dengan korang dengan harapan korang boleh terima dia tapi apa yang korang buat.. Mia jangan ingat mama tak tahu Mia malukan Fauzan.. kata Fauzan nak rogol Mia.. Tempik minta tolong konon padahal Mia bengang Fauzan tolak permintaan Mia untuk bersamakan" Aku makin tidak faham.
" bila ma.. bila masa Mia minta dia bersama Mia" soalku. Aku cuba mengingatkan kejadian yang diceritakan mama malangnya aku buntu. Tiada dalam fail ingatanku akan perkara itu.
" mama tak sangka anak anak mama semua berkelakuan macam ni.. mama malu dengan Fauzan.. mama selalu cerita yang baik baik pasal korang tapi akhirnya korang.. tak ubah seperti perempuan murahan" kata kata mama membuatkan hatiku berkecai. Kata kata sinis yang keluar dari mulut insan yang melahirkan aku dan Daria.
"mama sampai hati mama.. mama lebih percayakan fitnah lelaki tu dari anak sendiri" tangisan Daria pecah lagi.
" ya memang mama percaya sebab anak anak mama dah makin liar dan biadap.. baru mama tahu kenapa Ikram lari di hari pernikahan Mia.. sebab perangai anak mama yang tak semenggah" berat benar tuduhan mama. Hatiku seakan dirobek pisau tajam. Aku hanya mampu diam. Aku seakan mati kata.
" mama.. kalau mama nak kawin dengan Fauzan.. mama kawin la tapi maaf Ria pinta dari awal Ria takkan datang dihari pernikahan mama" ujar Daria lalu bangun meninggalkan aku dan mama.
" Mia pun sama.. maaf mama.. Mia takkan setuju perkahwinan ni.. Mia pun takkan datang dan Mia takkan terima dia dalam keluarga kita" Aku turut beredar meninggalkan mama sendirian.
Daria sendirian dibalkoni. Angin malam yang sepoi sepoi bahasa menjengah ke wajahnya. Rambutnya yang dilepaskan terbang mengurai. Sesekali kedengaran dia menghelakan nafas berat. Aku hanya diam. Tidak mahu aku mengganggu masanya. Telefonnya yang berdering dijawabnya lalu Daria masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata. Tidak lama kemudian dia keluar dengan pakaian yang berbeza. Rambunya diikat pony rapi.
" kau nak ke mana" soalku.
" aku nak keluar dengan Arif " balasnya sambil menyarung sandal dikaki.
" kau serius ke dengan dia " aku ingin tahu akan keabasahan hubungan mereka.
" entah lah.. aku pun tak tahu.. aku harap dia tak terlalu mengharap dan menaruh harapan" ujar Daria.
" kenapa.. Dia ok apa aku tengok.. " Ujiku.
" dia memang ok tapi aku yang tak ok" jelas Daria
" maksud kau" aku makin pelik dengan perilaku kakakku.
" nanti lah aku cerita" ujarnya sebelum berlalu pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daria hanya diam. Kedengaran suara dj yang berceloteh dicorong radio. Arif menyorot pandangan sesekali kearah gadis disebelahnya. Daria kelihatan sugul.
" awak ok ke" soal Arif.
" awak berhenti dekat sini" pinta gadis itu tatkala melalui lebuhraya yang agak sepi.
" kat sini.. nak buat apa.. " Arif cuak.
" please.. " rayu Daria. Arif terpaksa akur. Diberhentikan keretanya ke tepi lalu dinyalakan signal agar pemandu dapat melihat keberadaan keretanya didalam kesamaran malam. Daria keluar dari kereta lalu berdiri ditembok lebuhraya. Arif keluar dengan terkocoh kocoh lalu berdiri dibelakang gadis itu. Risau akan tindakan tidak terduga dari gadis itu.
" siaalllllllllllllll" tempik Daria melepaskan apa yang terbuku dihatinya. Arif kaget melihat perilaku gadis itu apatah lagi gadis itu tiba tiba menangis.
" awak.. kenapa ni" Arif menyeka airmata gadis itu yang dirasakan terlalu berharga.
" jom" ajak gadis itu. Arif hanya menurut. Takut takut kalau gadis itu berubah fikiran. Daria kembali diam. Renungannya dilempar keluar.
"awak nak kita kemana mana tak.. saya nampak awak kusut sangat" tanya Arif.
" awak bawa je lah kemana pun.. saya ikut je" Balas Daria tanpa menoleh. Dia cuba menyembunyikan duka dihati.
"ok dah sampai.. jom" Arif mengejutkan Daria yang ketiduran.
" nak buat apa kat sini" soal Daria.
" jom la.. kita masuk dulu" ajak Arif.
"theme park.. awak ingat saya budak budak ke" soal Daria menolak.
" kita masuk dulu.. hilangkan stress awak" pujuk Arif. Daria memandang Arif dengan penuh tanda tanya.
"jom.. ermm" dahinya dikerutkan. Daria lemah. Lalu dia keluar dari kereta dan membuat regangan tulang yang dari tadi menahan lenguh. Mereka beriringan masuk ke dalam taman tema yang dihadiri ratusan manusia. Cahaya lampu yang berwarna warni serta riuh suasana dengan gelak tawa serta bunyi muzik dari pada permainan yang sedang beroperasi menggamatkan suasana.
" crash car.. Arif saya nak main itu.. " Daria berlari anak menuju ke gelanggang kereta langgar. Daria seakan teruja untuk bermain.
" nah token" Arif menghulurkan token permainan yang dibelinya kepada gadis itu.
" terima kasih.. awak taknak main ke" soal Daria.
" tak saya tengok awak main dah la" tolak Arif. Dia mahu gadis itu menikmati malam itu dengan keriangan dan dia mahu gadis itu melupakan segala duka.
Daria tertawa keriangan. Separuh daripada permainan iti dicubanya. Jeritannya kedengaran disana sini. Arif tersenyum dan tertawa melihat keletah gadis itu.
" adoiii.. penat penat.. " ujar Daria termengah mengah.
" nah air.. " ujar Arif. Dihulurkan secawan jus yang dibelinya sebentar tadi. Daria menyambutnya lalu disedut laju.
" ish awak ni.. duduk dulu.. duduk sini" disapu bangku yang bakal dilabuhkan pinggungnya dan ditepuk tepuk perlahan. Daria seakan anak kecil yang menurut.
" arghhhh lega... uitt dah habissss" tawa kecil gadis itu kedengaran. Arif tersenyum sendiri.
" jom balik.. " ajak Daria. Tubuhnya terasa keletihan setelah berejam dia bergembira disitu.
" tak nak makan ke" Soal Arif sambil menepuk perutnya yang mula berkeroncong.
" Saya kenyang lagi.. tapi takpelah saya teman awak makan ye" bicara manja gadis itu menggamit hati sang teruna.
Bau masakan dari dapur menjengah hidung. Hiruk pikuk pengunjung ke laman trak makanan yang bersusun menggamit suasana. Makanan yang dipesan Arif tiba dimeja.
" awak nak rasa tak" pelawanya. Daria hanya menggeleng. Arif makan hidangannya sendiri. Daria asyik dengan telefonnya sesekali dia tersenyum dan tertawa kecil.
" apa yang seronok sangat tu" soal Arif seakan cemburu. Dari gerakan jari gadis itu dia tahu gadis itu sedang membalas cicipan seseorang.
" Mia.. mereng agaknya budak ni" tawa Daria terhambur lagi. Arif lega. Dibiarkan gadis itu dengan tawanya tidak diganggu emosi gadis genit disebelahnya.
" dah kenyang... burrpp alhamdulillah " Arif menepuk nepuk perutnya yang tadi kosong kini sudah berisi.
" jom saya hantar awak balik.. dah lewat ni" pintanya. Daria tanpa banyak bicara membuntuti pemuda itu sambil jari jemarinya galak membalas mesej Damia.
"sweetie" langkah Daria terhenti tatkala sapaan itu menembusi gegendang telinganya. Dia berpaling. Rial wajahnya mula tampak tidak selesa.
" sorang je ke.. malam malam macam ni.. bahaya la jalan sorang sorang" ujar pemuda dihadapannya. Daria mencari kelibat Arif namun pemuda itu sudah jauh meninggalkannya. Daria melangkah laju. Dia tidak senang dengan pertemuan tanpa janji itu.
" Ria.. Ria.. wait" panggil pemuda itu namun tidak diendahkannya. Langkahnya makin laju mendapatkan Arif yang sudah tiba dikereta.
" sweetie.. wait... " jalannya dihalang. Daria kaku. Pandangannya dilempar ke arah lain. Tidak mahu ditatap wajah pemuda dihadapannya.
" Ria.. please.. dengar dulu apa yang B nak cakap" rayu pemuda itu.
" sorry Ria tak rasa ada benda yang perlu kita bicarakan sekarang" tegas Daria.
" sweetie.. B tahu sweetie masih marahkan B.. please Ria.. bagi peluang sekali lagi.. B tak boleh hidup tanpa Ria.. B sayang Ria" rayu pemuda itu.
" Antara kita dah lama tamat.. tak perlu awak nak merayu dan saya tak mahu punya apa apa ikatan dengan awak" balas Daria lagi.
" Ria please.. dengar dulu apa yang B nak cakap.." rayu pemuda itu. Daria tidak mengendahkan pemuda itu dan beredar. Namun jalannya dihalang lagi. Daria cuba beredar tapi masih dihalang tubuh sasa itu.
" awak boleh tak berhenti jadi budak budak.. berhenti ganggu hidup saya" tengking Daria.
" but i still love you sweetie.. i miss you so much sweetie.. B tahu salah B.. B rayu untuk satu lagi peluang.. " Daria mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu ditatap wajah yang sudah merobek hatinya. Mindanya kini dibayangi kesalahan pemuda itu terhadapnya.
" Daria.. kita mulakan semula hubungan kita.. " pujuk pemuda itu.
" B janji B takkan ulang kesilapan yang sama" janji manis mula diatur pemuda itu untuk menambat semula hati yang sudah beku sekeras batu.
" stop.. saya tak nak dengar apa apa dan saya tak nak ada apa lagi dengan awak.. awak dan saya hanya sejarah hitam dalam hidup saya" ujar Daria. Matanya mula bergenang. Perit hatinya yang sudah lama dikambus kini timbul semula.
" Sweetie.. B tahu Ria masih sayang B.. sebab tu sayang cuba elak dari B kan.. Ria rindukan B.. "hujung rambut gadis itu dicium lembut. Daria menarik rambutnya lalu menampar pipi pemuda itu.
" Jangan biadap" marahnya.
" Daria Irin.." panggil Arif lalu berjalan mendekati gadis itu. Jari jemari gadis itu digenggam kemas. Arif memandang pemuda itu ingin mengetahui akan kejadian yang dari tadi diperhatikan didalam keretanya.
" Kenapa ni" soal Arif memandang Daria yang sudah berlinang airmata. Arif semakin yakin pemuda dihadapan dihadapannya adalah seseorang yang tidak mahu gadis itu bertemu.
" Hantar Ria balik" pinta Daria. Arif menarik tangan gadis itu lalu membawa gadis itu beredar. Matanya masih memandang pemuda yang berada disitu. Dia cuba mengingati akan susuk pemuda itu. Seakan mereka pernah bertemu. Arif memakaikan tali pinggang kepada gadis itu lalu menutup pintu keretanya dengan cermat. Arif melepaskan keluhan berat. Dirasakan gadis itu kembali bersama dukanya.
" awak ok" soal Arif dengan berhati hati. Daria hanya mengangguk bersama linangan airmata. Kedengaran esakan tangis gadis itu walaupun sayup sayup.
"Ria.. " aku kaget melihat kelakuan Daria yang agak aneh. Pintu yang aku buka tolak Daria lembut lalu meluru masuk ke dalam biliknya tanpa sepatah kata hanya kedengaran esakkan.
Aku mendapatkan Arif untuk mengetahui cerita.
" Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.. dia dah ok tadi tapi lepas dia jumpa dengan someone dia terus jadi macam ni" cerita Arif. Pelik..
" siapa" soalku
" saya pun tak tahu.. tapi nampak macam ex-boyfriend dia" cerita Arif lagi. Raut wajah pemuda itu juga tampak tidak senang hati.
" eh masuk la dulu.. saya panggilkan Daria" pelawaku.
" eh takpe.. biar dia bertenang dulu.. " Arif menolak pelawaan ku dengan baik.
" Arif" Aku dan Arif berpaling. Daria yang baru keluar dari biliknya menghampiri kami. Matanya bengkak. Aku beralih ke tepi memberi laluan ke pada Arif yang berjalan masuk ke dalam rumah kami untuk mendapatkan Daria yang kelihatan lemah.
" Awak.. " Dia sapu airmata Daria lembut. Aku hanya diam. Tampak pemuda itu benar benar mengambil berat akan Daria. Aku tersentak apabila Daria tidak semana mena mememeluk Arif yang berdiri dihadapannya. Tangisnya makin jelas kedengaran.
" Daria.. " panggil Arif lembut. Diusap rambut gadis itu lembut. Aku terharu dengan keprihatinan yang ditunjuk Arif. Daria tidak pernah seperti itu sepanjang aku hidup bersamanya. Ini kali pertama aku melihat dia sebegitu bersama seorang lelaki.
Share this novel