4

Other Series 5883

Aku dan Arif terdiam. Kami terkejut dengan cerita yang disampaikan Daria. Arif meraup wajahnya dan kedengaran keluhan dari pemuda itu.
" Ria.. kau tak tipu kan" soalku ingin kepastian. Daria memangdangku sayu. Dahinya berkerut. Perlahan dia mengangguk mengiyakan kata katanya sebentar tadi. Aku seakan melemah. Kakiku tidak terasa berpijak dilantai. Bingkai tingkap aku genggam kemas agar tidak rebah. Pandanganku aku alih kepada Arif yang dari tadi tertunduk diam.
" Arif.. saya minta maaf.. saya tahu saya tak layak untuk awak dampingi.. sebab itu saya tak mahu awak mengharap" ujar Daria. Arif masih lagi memandang lantai. Tiada jawapan yang keluar dari mulut pemuda itu. Aku tahu, sukar baginya untuk menerima kenyataan. Andai aku ditempatnya aku juga pasti akan kecewa. Daria yang melutut dihadapan pemuda itu mengesot perlahan lahan kearah Arif yang masih menunduk.
"awak.. saya minta maaf" pinta Daria. Arif tidak memberi sebarang reaksi.
"awak... cakaplah sesuatu.. awak nak marah.. marahlah saya terima.. awak nak maki saya sekali pun saya terima... saya layak terima semua tu.. " ujar Daria sebak. Diseka airmatanya yang mula mengalir. Aku tidak mampu berkata apa kerana aku masih tidak dapat menerima berita yang mengejutkan itu.
" Arif.. " Daria memberanikan diri untuk memegang tangan pemuda yang berada dihadapannya. Tangan Daria digenggam kemas.
" berapa lama korang bercinta" soalan Arif membuatkan Daria terdiam. Dia seakan mencari jawapan sendiri.
" Empat tahun.. tahun kelima baru saya dapat tahu dia curang dengan saya selama itu... saya yang bodoh waktu tu.. terlalu percayakan dia.. saya yang bodoh kerana sayangkan dia" ujar Daria. Dipersalahkan dirinya kerana mahu pemuda itu tidak berfikir lebih jauh walaupun dia tahu hati pemuda itu sudah terluka.
" Arif.. saya minta maaf" rayu Daria. Arif mendongak. Ditatap wajah Daria dengan kedukaan dihati. Renungannya tercari cari jawapan untuk hatinya.
" Korang bincanglah baik baik... aku masuk bilik dulu. " aku cuba mahu lari dalam ketegenangan itu.
" Arif balik dulu.. " tidak semena mena pemuda itu bangun dan mahu beredar. Daria masih diduduknya.
" Ria... kau biar je dia blah.. " ujarku yang berdiri disebelahnya. Daria mendongak memandangku. Matanya bengkak dek kerana tangisan.
" habis kau nak aku buat apa.. itu pilihan dia hak dia.. aku dengan dia belum ada apa apa hubungan" nadanya sebak.
" kau tak suka dia.. " aku memancing.
" kalau aku suka dan jatuh hati dekat dia pun apa aku boleh buat.. aku dengan dia macam langit dengan bumi" ujar Daria.
" kau pergi lah slow talk dengan dia.. jangan ah mengalah awal" pujukku. Daria hanya membisu. 'Hah... penat aku dengan permainan hati dan perasaan ni' telahanku dihati. Aku membiarkan Daria sendirian diruang tamu. Kelibat Arif sudah tidak kelihatan di luar. Aku masuk ke bilik dan merebahkan diri dikatil. Kipas yang berpusing aku renung dalam.

Aku dan Daria hanya membisu. Mama yang meminta kami pulang ke rumah menjadi satu arahan yang wajib kami ikuti. Ikutkan hatiku malas aku jejakkan kaki kesitu. Malas aku bertemu dengan manusia munafik.
" Kenapa dengan kamu Ria" soal Mama. Daria menyembunyikan bengkak matanya yang masih belum hilang. Daria hanya menggeleng. Mama menadang aku mahukan penjelasan. Aku hanya menjugkitkan bahuku tanda tidak tahu. Aku malas masuk campur urusan Daria. Biarlah dia jelaskan semuanya.
" lusa mama akan akad nikah di pejabat agama.. mama harap korang ada dengan mama waktu tu. " seakan tamparan buat kami berita yang disampaikan mama. Daria menghempaskan badannya ke penyandar sofa. Aku memeluk tubuh.
" Mama tak nak dengar sebarang alasan.. mama nak kongsi kebahagiaan mama dengan anak anak mama" Luah mama.
" maaf ma.. Ria tak dapat hadir" ujar Daria tegas
" sebab.. apa yang Ria bencikan sangat Fauzan tu sampai tak boleh langsung bertolak ansur demi kebahagiaan mama. " mama mula menyinga.
" Ria dari awal lagi bantah.. mama tahu kan.. tapi mama tetap nak kan dia jadi suami mama" pertelingkahan antara mereka bermula. Aku hanya menjadi juri. Apa yang ingin aku luahkan telah diujar Daria. Jadi aku tiada apa apa yang mahu aku katakan lagi.
" But why.. apa yang dia buat sampai Daria benci dia" tengking mama
" sebab dia buaya yang hanya tunggu mangsa untuk dia ngap.. Ria tak nak mama jadi mangsa dia mama faham tak" nada Daria tinggi. Dadanya berombak menahan marah. Aku menenangkan Daria yang berdiri disebelahku.
" mana Daria tahu.. jangan percayakan sangat fitnah orang.. " mama masih tidak berpuas hati.
" ni bukan fitnah.. tapi realiti ma.. Fauzan tu... " Daria tidak dapat menyambung kata katanya. Daria memandangku mohon kekuatan. Aku hanya mengangguk perlahan. Mama perlu tahu kebenarannya
" Fauzan apa.. Don't tell me yang Ria kenal Fauzan" teka mama.
" Bukan setakat kenal tapi lebih dari kenal mama" ujar Daria memperoleh kekuatan untuk berterus terang.
" Mama tak faham.. boleh cakap terus tak.. mama tak suka cakap sangkut sangkut" marah mama yang mula hilang kesabaran.
" Fauzan tu ex boyfriend Ria" sampukku. Terasa lamabat Daria mahu menyatakan kebenarannya. Mama tergamam. Dia menghampiri Daria.
" Betul ke apa yang Mia cakap ni Ria" soal Mama.
" ya ma.. kami pernah bercinta masa di kolej.. tapi dia tipu Ria.. dia curang dengan Ria.. dia buaya ma.. Dah ramai perempuan yang dia tipu.. dia juga gigolo Ma.. dia anak ikan somene yang berada.. lelaki macam tu ke mama nak buat suami" soal Daria. Mama terdiam.
" Ria juga pernah mengandungkan anak Fauzan.. tapi sayang Ria keguguran dan Fauzan lari dari bertanggungjawab. " Daria menyeka airmatanya yang mula mengalir. Mama terduduk disofa. Mama tergamam. Dialihkan pandangannya keluar. Mama menghela nafas panjang. Aku memeluk Daria erat.
" mama tak sangka Ria seburuk itu.. " Aku dan Daria tersentak.
" mama" panggil Daria.
" sebab cinta Daria ditolak.. Ria sanggup fitnah Fauzan.. Ria please la.. move on dear... Cinta tak boleh dipaksa sayang" ujar mama seakan memujuk. Aku dan Daria kehairanan.
" apa maksud mama" soal Daria.
" Fauzan dah cerita semuanya dekat mama.. Korang sekolej.. Daria simpan perasaan dekat dia tapi dia tolak sebab sikap liar Daria tu yang buat dia meluat dengan Daria.. " aku dan Daria saling berpandangan.
" sebab dia reject Ria.. Ria fitnah dia.. ya dia dibela.. Mama yang support semua pelajaran dia.. tapi bukan sebab mama nak jadikan dia anak ikan mama.. tapi dia staf mama yang mama tengok ada potensi untuk bergerak lebih jauh.. dia bekerja sambil belajar.. Ria tahu kan" soal mama. Daria menganggung tanda tahu.
" Dia bekerja dengan mama sebagai pekerja di unit kreatif.. mama suka hasil kerja dia dan sebab dia anak yatim piatu mama tergerak hati untuk tolong dia.. " jelas mama.
" dari tolong terus jadi suami" soal ku geram. Mama seakan termakan tipu dan fitnah jantan keparat itu.
" Mia.. jangan biadap.. tak lama lagi dia akan jadi papa korang" Aku tersenyum sinis.
" Sanggup Ria fitnah dia mengandungkan Ria semata mata nak halang mama dari kahwin dengan dia.. Ria tak malu ke" Tangis Daria masih kedengaran. Aku tahu betapa hancur hati kakakku dengan kata kata mama. Betul la kata orang tua dulu dulu.. kerana cinta semua boleh jadi berantakan.
" Ma.. takde mana mana perempuan yang sanggup malukan diri dia demi seorang lelaki.. melainkan perkara tu benar benar terjadi" uajr Daria.
" ya memang Daria mengandung tapi bukan anak Fauzan.. tapi anak jantan lain" Daria tiba tiba rebah ke lantai. Tangisannya semakin laju. Bahunya terhinjut hinjut.
" kalau Ria masih macam ni.. mama yakin Ria takkan bahagia.. Berhenti jadi bayang bayang Fuazan" ujar mama
" mama.. Daria anak mama.. apa yang buatkan mama yakin semua tu betul.. mana tahu itu fitnah Fauzan" aku mula hilang kesabaran. Tidak sanggup aku melihat mama lebih teruk memburukkan Daria.. anaknya sendiri.
" sebab mama ada bukti yang kelakuatn Daria ni tak sopan" Mama mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan video Daria dipapah oleh seorang lelaki dan kemudian mereka bercumbu didalam kereta.
" mama.. mama tahu tak ini perangkap Fauzan.. dia jemput Daria ke party harijadi dia tapi dia khayalkan Daria untuk dijadikan santapan kawan kawan dia sebab apa.. sebab Ria minta putus dengan dia dan dia tak boleh terima.. Mamata tu yang tolong selamatkan Daria.. dan semua tu berlaku di luar kewarasan Ria ma.. " Daria seakan kehilangan kewarasan disaat satu persatu fitnah yang dilontarkan terhadapnya.
" Daria Irin.. dengar sini.. mama tak pernah halang apa pun yang Ria nak buat.. even perbuatan Ria dah memalukan mama.. tapi not this time.. Fauzan akan jadi suami mama lusa.. Mama harap Ria stop simpan perasaan dekat dia.. dia akan jadi papa kamu.. remember that or Ria nak mama remindkan semula siapa Ria sebenarnya.. " Ugutan mama meremukkan hati Daria dan juga aku. Mama berlalu pergi. Aku memapah Daria yang longlai.

Aku menunggu Arif di lobi kondo. Daria yang berkurung dalam biliknya sejak pulang dari rumah mama merisaukan ku. Arif yang baru tiba menghampiriku.
" kenapa ni Mia" soal Arif risau.
" Ria.. dah dua hari tak keluar bilik.. makan pun tak.. asyik berkurung je.. aku ketuk bilik dia tak nak buka" jelasku
" kau tak try buka guna kunci" cadang Arif.
" kunci pendua pada dia.. " ujarku. Kami bergegas naik ke rumah. Arif mengetuk pintu bilik Daria kuat namun masih sunyi tiada jawapan.
" Ria.. Arif ni.. buka pintu ni.. Arif nak masuk jumpa Ria.. Buka ya" pinta Arif. Masih diam.
" kenapa dia jadi macam ni" soal Arif.
" Hari ni mama nikah dengan si keparat tu" ceritaku
" so.. jangan kata dia ada hati lagi kat keparat tu" Marah Arif.
" ish tak lah.. cuma dua hari lepas jami pergi rumah mama.. Ria berterus terang dengan mama siapa Fauzan tu tapi mama lagu dulu termakan hasutan keparat tu.. mama kata macam macam dekat Daria.. aku yang dengar pun sedih.. inikan pula dia.. " aku mula sebak apabila mengingati kata kata mama terhadap Daria.
" tapi itu bukan punca utama dia berkurung.. tapi sebab malam tu kami tidur rumah mama.. Fauzan pun tidur situ kononnya dah lewat mama tak bagi balik lepas dorang uruskan pasal wedding dorang.. si keparat tu menyelinap masuk bilik Ria.. Dia cuba rogol Ria tapi bila mama datang dia kata Ria cuba noda dia.. yang lebih sedih mama percaya.. " tanpa aku sedari airmataku menitis. Aku tersentak apabila Arif melepaskan tumbukan kuat di dinding.
" setan... aku akan uruskan jantan tu kemudian.. kau call bomba.. sementara aku pujuk Ria. " pinta Arif. Tampak risau diwajah pemuda itu. Aku menelefon bomba untuk meminta bantuan.
" Ria.. buka pintu.. Arif nak jumpa Ria.. Arif tahu salah Arif sebab blah macam tu je.. tapi Arif percaya semua kata kata Ria.. Ria mangsa keadaan.. Maafkan Arif ya... Buka pintu ni.. Ria tak rindu Arif ke" rayu Arif. Masih sunyi tanpa bunyi atau pun tindak balas. Arif madih merayu sehingga bomba tiba. Pintu bilik Daria terbuka selepas pintu itu dipecahkan. Arif berlari mendapatkan Daria yang terbaring dikatilnya. Tubuh itu longlai.
" Ria.. Ria" panggil Arif. Ditepuk pipi Daria berkali kali. Aku mula menggigil. Otakku mula memikirkan sesuatu yang buruk.
" Maaf cik.. Mangsa ada alami masalah seperti kemurungan atau bipolar ke" soal seorang pegawai bomba.
" setahu saya tak ada kenapa ya" soal ku. Ditunjukk sebotol ubat yang terjatuh ke lantai. Tubuhku makin kuat gigilannya. Ubat penenang yang aku tidak pernah tahu kewujudannya itu aku genggam kemas.

Rumah mama yang sepatutnya menjadi hari bahagia untuk mama dan suaminya bertukar menjadi tempat duka untuk kami apabila Daria disahkan meninggal dunia akibat mengambil ubat penenang yang berlebihan. Jenazah Daria tleah dikebumikan dan Arif yang menyertai pengkebumian itu masih berada di laman rumah. Foti Daria ditatapnya. Aku menghampirinya dengan membawakan segelas air.
" Arif.. air" pelawaku mematikan lamunannya. Dikesat matanya untuk menghapuskan airmata yang mengalir. Diukir sebaris senyuman didaalm raut dukanya.
" Thanks.. " ucapnya. Aku melabuhkan pinggulku ke kerusi rotan di sebelahnya. Foto Daria masih ditatapnya.
" Ambillah kalau nak buat kenangan" ujarku. Arif memandangku tersenyum.
" Betul ni" soal Arif. Aku mengangguk mengiyakan. Foto yang dikeluarkan sebentar tadi dimasukkan semula ke dalam bingkai kayu itu.
" kenapa" soalku
" saya tak rasa saya layak untuk simpan gambar ni.. " nadanya sayu. Diusap foto Daria lembut. Dari pandangan ku.. Arif tampak menyayangi Daria. Setiap perilaku Daria dia perhatikan bahkan dia dapat menyangka tindak balas dari gadis itu. Setiap apa yang disukai sehinggalah dibenci Daria dihafal Arif dengan baik. Lapan bulan satu tempoh yang singkat untuk pertemuan mereka. Arif adalah satu satunya lelaki yang serasa aku berjaya mendekati kakakku yang umpama singa. Dan Arif lah nama satu satunya yang selalu meniti dibibir munggil Daria dan nama itu juga banyak mengukir senyuman dan tawa untuknya. Aku mula rindu musuh ketatku.
" kenapa cakap macam tu" aku hairan dengan kenyataan pemuda itu.
" saya menjauhkan diri saya lepas kebenaran tentang diri dia saya tahu.. sepatutnya saya kena bagi dia sokongan dan berada disisi dia.. tapi saya bacul.. " sesal pemuda itu jelas kelihatan.
" kenapa awak lari hari tu.. kenapa awak tak call or mesej dia" aku cuba mendapat keterangan sebenar.
" Saya terkejut dengan cerita arwah.. sayang betul betu sayangkan dia.. dan saya tak sangka dia lalui semua tu.. saya tak rasa saya manusia yang layak berada disisi dia sebab saya juga pernah lari dari tanggungjawab saya.. saya juga pernah bersama dengan bekas kekasih saya.. kami dah hidup macam suami isteri tapi bila dia mengandung saya ada di Sabah waktu tu.. saya kejar cita cita saya sampai kan dia keguguran baru saya tahu dia mengandung.. tapi sayang dia curang dengan saya lepas dia setuju untuk berkahwin" ceritanya. Aku terdiam. Kenapa dunia ni terlalu mudah untuk datang dan pergi. Kenapa dunia ni terlalu mudah untuk memberi lalu dicurangi. Detik hatiku sendiri.
" Tapi saya tahu yang saya tak boleh tipu diri saya.. saya sukakan Daria.. sikap dia buat saya jatuh hati. Saya sayangkan dia tapi bila saya sedar tu semuanya dah terlambat" Dipeluk gambar Daria kemas.
" Saya tahu Ria pun sayangkan awak sebab nama awak je selalu dia sebut.. awak dah ubah hidup dia dari perengus ke seorang yang silly.. saya tahu dia gembira dan bahagia dengan awak.. dan dia tak pernah salahkan awak dengan apa yang jadi.. tapi apa yang kita boleh buat.. Semuanya aturan Allah" aku cuba menghilangkan keraguan dihati pemuda itu. Arif tersenyum.
" ambil lah gambar tu.. simpan buat kenangan" ujar ku.
" terima kasih" foto Daria dikeluarkan dari bingkai lalu di selitkan dipoket baju melayunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience