Rumah aku kini sunyi. Dahulunya penuh dengan hilai tawa dan teriakan aku dan Daria kini hanya aku sendiri. Bilik Daria yang sudah setengah tahun kosong kini akan punya penghuni baru. Aku mencari penyewa baru agar aku tidak kesunyian.
" Ria.. aku terpaksa cari penghuni baru.. aku takut aku akan sunyi tanpa kau.. tapi itu yang aku rasakan sekarang.. sunyi" aku mengomel sendiri.
Loceng pintu ku berdetak. Aku merapikan diri lalu membuka pintu untuk penyewa baru. Seorang gadis berdiri dihadapanku tersenyum manis.
" Hai saya Erni.. awak Damia" soal gadis itu.
" ya.. saya Damia.. pemilik rumah ni.. masuk lah.. " aku masuk ke dalam lalu menunjukkan biliknya.
" sebelum ni saya stay dengan kakak saya tapi sekarang saya stay sorang" jelasku.
" kakak awak ke mana.. kerja kat luar ke" soal gadis itu.
" dia meninggal enam bulan lepas.. sakit" tipuku. Cukuplah punca kematian Daria menjadi rahsia aku dan keluarga.
" ni bilik awak.. sebelum ni bilik ni bilik Daria tapi dah takde penghuni so awak guna bilik ni.. rumah ni tiga bilik satu bilik saya jadikan bilik iron dan wardrobe.. mungkin akan ada penyewa nanti.. itu pun kalau saya rasa nak lah" ujarku. Erni mengangguk sambil tersenyum. Setelah seluruh rumah ku aku tawaf Erni memberikan wang deposit untuk biliknya dan kunci bilik serta rumah bertukar tangan.
" oh ya.. saya ada dua syarat.. jangan masuk campur hal peribadi saya dan tolong jaga kebersihan.. " arahku. Erni hanya mengangguk seoerti burung belatuk.
" bila awak nak masuk" soalku.
" sekarang" ujarnya. Aku agak kagum dengan kepantasan gadis itu. Pintu rumah ku diketuk dari luar. Aku berjalan ke pintu. Seorang pemuda berdiri dihadapan pintu bersama dengan bagasi.
" Err.. Damia.. ni tunang saya.. Iwan. kami pjj sebelum ni.. tapi saya dapat pindah ke sini so lega sikit" jelas gadis itu. Aku hanya mengangguk. Aku tidak berminat dengan ceritanya.
" saya masuk bilik dulu.. nak siap siap pergi kerja.. korang pandai pandai lah settle sendiri.. tapi jangan lama sangat dia dekat sini.. nanti tak pasal pasal kena cekup" nasihat ku. Rumah yang sebelum ini hanya Arif yang pernah masuk ke dalam kini sudah dijejaki kaki oleh pemuda lain.
"Mia malam ni.. jangan lupa" Ujar Angel. Aku cuba mimikirkan maksud disebalik sapaannya.
" kau lupa lagi lah tu.. malam ni Azwa birthday celebration.. lupa lah tu" ujar Angel. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku tersenyum kambing. Jelingan tajam Angel aku sambut dengan tawa kecil.
Bar ditepi pantai dihiasi dengan belon dan lampu yang bewarna warni menarik perhatian ku. Aku dan Angel duduk di kerusi yang terhias indah. Jemputan yang lain juga tiba. Suasana yang tenang tadi bertukar liar seusai makan malam selesai. Muzik R&B yang berkumandang mula menguasai diriku. Aku mula mengatur tari bersama Angel cuma aku tidak dikuasai oleh arak. Angel makin galak menggoda. Aku yang kepenatan berjalan ke tepi pantai. Pasir pantai aku kuis kuis lalu ku benamkan kaki ku. Aku dongak ke langit. Beribu bintang kelihatan seperti berlian yang bertaburan. Aku memejamkan mata dan aku tarik nafas dalam dalam.
" ehemm.. " Aku terkejut mendengar dehem seseorang. Aku membiarkan saja.Suara itu berdehem lagi.
" Ish la.. jebon mana pula yang ganggu ketenangan aku ni" aku mula merungut. Suara itu berdehem lagi.
" Hei tak boleh ke berdehem jauh jauh.. Semak tol la" marah ku. Seorang lelaki berdiri disebelahku memandangku. Aku mengalihkan pandanganku ke laut lepas.
" Boleh saya duduk" pintanya. Aku membisu membatu. Tanpa aku pelawa dia duduk disebelahku rapat dan tiada jarak. Aku cuba beralih namun pinggangku dirangkul kemas.
" stay still.. jangan gerak.. please" pinta pemuda itu.
" kenapa pula.. " soalku.
" tolong.. sekejap je.. " pinta pemuda itu. Aku hairan. Permintaan pemuda itu seakan dia benar benar mengharap.
" saya lari dari someone" terangnya. Aku tersentak. Wajahnya yang ditutupi topi berona merah itu aku tatap. Aku cuba mencari cari wajahnya namun hanya cahaya bintang tidak dapat aku memandang wajahnya.
" tapi bukan lari dari along or orang yang bahaya.. " dia seakan tahu permainan fikiranku.
" saya lari dari.. " dikeluarkan telefonnya lalu dibuka kamera.
"nampak tak perempuan yang jalan ke mari.. Dia bekas isteri saya.. kami baru bercerai dua bulan lalu.. " jelasnya.
"so apa kena mengena dengan aku" soalku tegas.
" jadi girlfriend saya untuk malam ni" pintanya
"aku isteri orang la" tipu ku.
" saya tahu awak single.. Angel dah beritahu" Aku terkesima. Apa hubungan Angel dengan pemuda ini.
" untuk apa aku tolong kau.. apa aku dapat" ujarku.
" awak dapat saya" Bibirku dikucup tiba tiba. Aku cuba menolak.
" diam.. kalau awak menolak lagi lama drama ni akan berjalan. " ujar pemuda itu.
" Harraz.. " wanita yang berjalan itu memanggil.
" Harraz Naufal" tempik wanita itu lagi. Pemuda itu galak dengan bibirku tanpa menoleh. Pinggang ku dirangkul kemas dan leherku dipegang lembut.
" Lakonan awak bermula sekarang" ujarnya. Aku yang masih cuba membaca situasi membalas permainan bibir pemuda itu. Sesuatu yang baru tapi aku semakin asyik walaupun hati ku cuba menolak.
"Harraz Naufal" Kucupan itu terhenti apabila pelukan kami dileraikan.
" Harraz Naufal" bisik hatiku. Pemuda itu bangun lalu dihulur tangannya kepadaku. Aku memaut tangannya untuk berdiri. Harraz seakan tenang. Disapu pasir yang melekat diseluarku. Juga tangan dan lenganku disapu lembut. Aku hanya membiarkan sahaja.
" Oh jadi ni lah perempuan perosak tu" marah wanita itu. Dia cuba mengasari ku namun dihalang Harraz.
" kau sentuh dia nahas lau aku kerjakan" marah Harraz. Digenggam jari ku erat. Aku berdiri dibelakang tubuh lampai itu. Aroma dari wangian yang dipakai menembus saluran bau ku.
"wangi.. " pujiku dalam hati.
" abang.. abang salahkan Qisya sebab rumahtangga kita runtuh.. tapi rupanya abang yang curang.. sampai hati abang" nada wanita itu sedikit kendur. Aku mula rasa bersalah.
" kau nak tutup salah kau lah sekarang ni.. Apa pun cara kau apa pun alasan kau.. kita dah bercerai Qisya.. kau pergilah dekat jantan tu... aku dah tak perlukan kau lagi..." Aku hanya berdiam. Rumit untuk aku fahami situasi itu.
" puas hati kau betina.. perempuan jalang.. " Qisya cuba mendapatkan aku yang berada dibelakang bekas suaminya akhirnya rambut ku dicapainya. Aku terjatuh ke tanah.
" Qisya. " pipi gadis itu ditampar kuat. Harraz mendapatkan aku yang sudah berada ditanah.
" awak ok" Lenganku dipegang erat.
" aduhhhh" rengekku.
" hah kenapa" soal Harraz cuak.
" sakit.. kaki.. " tipu ku. Qisya yang dari tadi geram memandangku seakan singa kelaparan.
" jom masuk bilik saya tengokkan kaki awak" Aku didukung ala pengantin menambah amarah dihati wanita itu. Aku puas.
" siapa suruh kau seranah aku... " bisik hatiku. Angel yang melihat aku didalam dukungan pemuda itu berlari mendapatkan aku.
" Mia.. kau kenapa ni" soal Angel kalut kalut.
" Dia terjatuh tadi.. kaki dia terseliuh agaknya" ujar Harraz yang berjalan laju menuju ke biliknya.
Aku menepuk bahunya berkali kali.
" turunkan aku" pintaku namun tidak diendahkan Harraz. Pintu biliknya dibuka. Aku cuak. Aou diletakkan di katil dan pintu ditutup lalu dikunci dari dalam. Aku mula berfikiran yang negatif.
" ehemm... aku ok.. aku keluar dulu" pinta ku.
"shhhh... " mulutku diterkup. Harraz mengintai dicelahan tirai seperti tikus mondok. Aku menurut serta. Qisya kelihatan mundar mandir dihadapan bilik. Resah.. gelisah dan geram jelas terpancar.
"adoiii.. pukul berapa nak boleh balik ni" rungutku. Aku merebahkan badanku ke katil. Harraz masih ditingkap.
" kau mengendap buat apa.. keluarlah bersemuka" ujarku. Harraz berpaling dan bersandar di dinding lalu memandangku.
" kaki tu masih sakit?" soalnya
" aku tipu je.. sape suruh dia maki aku kan dah sakit hati" tawaku kecil. Harraz bangun lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
" jangan keluar selagi saya tak benarkan" tempiknya seakan mengetahui niatku yang mahu melarikan diri.
" dia ni ada membela ke.. mana dia tahu" aku duduk dikatil. Tv aku pasang dan aku alih kan siaran satu persatu. Bau sabun mandi yang digunakan Harraz menusuk hidungku. Entah kenapa bau bauan yang digunakan pemuda itu menenangkan jiwa ku. Aku membatu apabila pintu bilik air dibuka. Harraz yang menyarungkan seluar pendek dan tuala disangkut dibahunya melintas dihadapanku lalu membuka almari bajunya.
Aku hanya memandangnya melalui ekor mata.
" nah awak pakai la baju ni.. " sehelai hoodie dan seluar trek dihulurkan kepadaku.
" hah.. nak buat apa.. " soal ku
" salin pakaian awak.. kotor" ujarnya. Aku memeriksa pakaian ku.. ermmm bau pantai melekat diseluruh tubuhku. Aku bangun lalu aku menyelak pakaiannya yang bergantungan di dalam almari. Sehelai t shirt lengan pendek aku capai dan sehelai boxer aku ambil dari lipatan. Harraz memandangku hairan.
" aku pakai ini.. baju tu terlalu sopan untuk aku" ujar ku lalu aku mandi bersihkan diri. Selesai itu aku keluar dari bilik air kelihatan Harraz berdiri ditepi katil sambil memegang pengering rambut.
" mari saya keringkan rambut awak" pelawanya. Aku hanya menurut. Harraz mengeringkan rambutku dengan berhati hati. Aku cuba mencari topik untuk dibualkan.
" maaf saya dah susahkan awak" Harraz memulakan bicara.
" tahu pun.. " selorohku. Jari jemari pemuda itu terhenti. Aku mendongak.
" saya betul betul minta maaf" ujarnya lagi.
" haishhh ye aku maafkan.. " aku cuba mengambil pengering rambut darinya namun ditepisnya lembut. Rambutku kembali di keringkannya.
" kenapa korang divorce.. dari cara dia nampak dia sayangkan kau" aku cuba merungkai cerita. Pengering rambut dimatikan dan disimpan rapi ke dalam laci. Rambutku disikat lembut dan diikat rapi. Harraz menarik bangku kecil dibawah almari soleh lalu duduk dihadapanku.
" kami kawin dah empat tahun.. kami belum dikurniakan anak.. Saya kerja sebagai penyelia di pasaraya... Qisya pekerja bank.. mula kami ok saya dapat rasakan bahagia tapi tahun ketiga perkahwinan kami saya dapat rasakan dia berubah.. dia kerap outstation sedangkan dia hanya pegawai loan.. dia kerap balik lewat dan sering berahsia... kami pernah bincang untuk buat Ivf tapi entah kenapa dia tak jadi.. saya tak tahu sebabnya.. saya ada check dengan doktor tentang kesuburan saya sebab kami kerap bergaduh isunya hanya anak.. tapi malangnya saya disahkan mandul.. kantung saya tak dapat hasilkan sperma yang banyak apatah lagi yang berkualiti.. " aku mula bersimpati dengan pemuda itu.
" kenapa tak cuba buat rawatan or cuba cara tradisional.. i mean amalkan petua orang tua tua" soalku.
" rawatan untuk sperm perlukan kos yang banyak.. petua.. apa petua yang saya tak amalkan.. semua tak jalan.. tiba dia disahkan mengandung... saya terkejut dan gembira bercampur.. saya tak yakin yang itu anak saya tapi dalam masa yang sama saya juga berharap itu anak saya sampai lah saya terbaca mesej dia dengan lelaki tu.. lelaki tu tahu yang Qisya pregnant dan dorang nak saya jadi pak sanggup untuk tutup kemungkaran dorang.. kalau awak.. awak nak bertahan lagi" nada pemuda itu sebak.
" Qisya tahu tak awak mandul" soal ku lagi. Harraz hanya menggeleng.
" saya rahsiakan dari dia sebab saya malu sebagai lelaki saya tak mampu beri isteri saya zuriat... tapi saya tak sangka dia lebih teruk dari itu.. dia masih isteri saya tapi sanggup tidur dengan jantan lain. " Harraz hanya menunduk. Aku tahu berat baginya untuk meluahkan tapi aku berharap agar perit dihatinya akan berkurangan.
" saya lafazkan talak dengan alasan saya ada orang ketiga.. saya tak nak malukan dia dan saya taknak keluarga saya pandang dia serong.. sebab mak dan ayah saya sayang sangat dekat Qisya." bahu pemuda itu mula terhenjut henjut. Aku merapati pemuda itu. Disandarkan kepalanya ke bahuku. Terasa hangat airmtanya.
"Berat benar beban yang ditanggung.. balasan untuk pada yang setia" bisik hatiku.
" Tapi dia tak dapat terima kenyataan yang saya dah ceraikan dia.. dia dan keluarga dia dan saya mengamuk teruk... tapi saya bertindak untuk berdiam hinggalah kami ke pejabat agama untuk lafaz talak depan kadi baru saya beritahu yang saya tahu dia curang dengan lelaki lain.. segala mesej dia saya berikan pada kadi... waktu tu baru dia tahu yang saya mandul.. surat perakuan doktor saya berikan sebagai bukti... tapi dia tetap kata itu anak saya.. saya biarkan saja.. saya tunggu lepas baby tu lahir saya nak buat ujian DNA.. kalau itu anak saya... saya akan tuntut hak penjagaan tapi kalau bukan pandai pandai lah dia.." luah Harraz.
"owh patut lah dia meroyan macam orang gila.. kesian dekat baby tu " ish mulut aku ni memang takde insurans. Aku menepuk mulutku berkali kali. Harraz tertawa. Aku gembira melihat dia sebegitu. Baru aku nampak wajahnya jelas. Lesung pipitnya yang dalam terserlah saat dia tertawa.
" Mia.. dia duda mungkin beranak satu.. ini hanya lakonan. " aku kembali sedar dari angan anganku. Harraz bangun dari duduknya lalu mengintai di balik langsir kemudian dibuka pintu biliknya.
" Qisya dah tak ada.. " ujarnya. Aku bangun dari dudukku dan menghampirinya. Aku menjengah keluar. Suasana di bar yang tadi riuh kini sunyi. Kelibat teman teman ku sudah tidak kelihatan.
Aku menelefon Angel namun tidak berjawab.
" mana makcik ni pergi.. berani dia tinggal aku sorang sorang" rungutku.
" angel suruh saya hantar awak balik.. " ujar Harraz.
" hah apa hubungan kau dengan Angel" soalku.
" owh.. kami sepupu.. mak saya adik mak angel.. mak saya mualaf so kawin dengan ayah saya dapatlah saya" jelas Harraz.
"pandai lau sorok sepupu kau yang helok ni dari aku Angel.. siap kau esok" gumamku sendiri.
" jom saya hantar awak balik" pelawanya.
"eh tak pe.. aku boleh balik sendiri.. lagipun dah lewatkan.. kesian pula kau nak drive balik sini sendiri nanti.. " tolakku.
"tak pe.. saya dah biasa" dia masih bersungguh.
" aku nak singgah makan dulu... lapar ni" alasanku.
" takpe saya temankan" aku sudah mati alasan. Aku mencapai beg tanganku lalu mengikuti pemuda yang berjalan dihadapanku. Kami singgah digerai berhampiran chalet untuk mengisi perut tetapi cuaca tidak menyebelahi aku. Hujan lebat beserta angin kuat mula membadai bumi. Kami duduk didalam kereta menanti cuaca reda.
" dah pukul dua pagi.. hujan lebat lagi.. macam mana ni" soal Harraz.
" takpe saya stay dalam kereta saya.. hujan dah reda saya drive balik" jawabku sambil melihat cuaca diluar.
" no saya tak benarkan.. awak tidur dekat bilik saya malam ni.. esok baru balik" Aku terkejut dengan pelawaannya.
" eh tak pe.. saya boleh stay dalam kereta" tolakku. Harraz keluar dari kereta dengan sebatang payung ditangan lalu berlari membuka pintu disebelahku.
" jom" ajaknya. Aku termangu hanya menurut. Kami berlari ke biliknya yang terletak tidak jauh dari parkir.
" huii sejuk" ujarnya. Diperlahankan suhu penghawa dingin. Ditutup tubuhku dengan tuala. Tidak lama kemudian dia kembali dengan sebaldi kecil air suam lalu dimasukkan kakiku ke dalam air suam. Aku hanya melihat perilakunya. Tampak dia seorang pemuda yang penyayang. Tapi sayang dicurangi oleh seorang wanita yang tidak tahu menilai.
" mana kau dapat baldi ni" soalku cuba menghilangkan ralat.
" baldi dekat tepi tu tadi.. gardener punya rasanya.. esok mesti dorang cari" candanya. Aku tertawa kecil.
Aku memandang katil. Aku nak tidur dekat mana. Hanya ada satu katil saja didalam biliknya. Aku berfikiran sendiri.
" awak tidurlah atas katil.. saya tidur dekat atas toto ni" Harraz berbaring diatas toto yang sudah dibentangnya. Aku berbaring dikatil. Ah selesanya. Mataku hampir kuyu tidak dapat dilelapkan kerana terganggu dengan bunyi tubuh yang berbolak balik. Aku menjenguk kebawah. Ternyata pemuda itu tidak selesa.
" Psst.. kenapa" soalku.
" takde apa.. awak kenapa tak tidur lagi" soalnya kembali.
" kau tu kenapa bolak balik bolak balik" soalku semula.
" sejuk" ujarnya. Tubuhnya tampak menggigil. Aku menginjak ke tepi katil lalu aku tepuk katil yang kosong ditepiku. Harraz menjengah.
" ada apa" soalnya.
" tidur sini.. " ujarku.
" eh tak pe saya tidur sini je" tolaknya.
" ok aku balik" ugutku. Aku kasiham melihat dia yang kesejukkan dibawah kerana selimut berada bersamaku.
" eh awak jangan lah dah lewat ni" rayunya
" tidur sini.. kau dah mengigil tu" marahku
" tapi nanti awak tak selesa" ujarnya.
" aku lagi tak selesa tengok kau bolak balik macam tu.. cepatlah aku mengantuk ni" rungutku. Harraz masih diam
" ok lah aku balik" ugutku lagi. Dengan pantas dicampak bantal dan toto miliknya keatas katil lalu dia berbaring disebelahku. Aku dan dia kaku. Sungguh aku kaku. Ini kali pertama aku tidur dengan lelaki. Aku tidak tahu mahu mengadap kearah mana.
Harraz sudah hanyut dibuai mimpi. Aku.. aku masih terjaga. Mataku yang tadi mengantuk kini cerah kembali. Aku mengiring ke kiri. Ish.. tak boleh tidur. Dinding putih itu tatap. Cahaya lampu yang terpancar dibalik langsir disertakan percikan hujan tidak dapat menambat mataku agar tidur. Aku berpaling ke kanan.. ermmm.. mamat handsome... hatiku mula berbunga. Akal nakal ku mula menebar. Kening lebat terbentuk cantik itu aku lirik lembut. Hidung mancungnya aku lirik lembut.
" panjang bulu mata dia" pujiku. Sesekali kelihatan lesung pipitnya tenggelam.
" heloknya" bisik hatiku. Bibirnya merah itu alu lirik lembut. Bibir yang menangkap ciuman ku. Lelaki yang kedua yang menyinggah dibibirku selepas Ikram, pengantin lelaki tak guna. Aku memejam mataku erat. Aku cuba menghapuskan bayangan lelaki itu dari mindaku.
" hurrpppp" aku terkejut melihat Harraz memandangku.
" hehe.. tidur tidur" suruhku
" macam mana saya nak tidur kalau tidur saya diganggu" ujarnya.
"sorry.. tidur ya" aku cuba memejamkan mata. Tiba tiba tubuh ku ditarik merapatinya. Tangannya melingkari pinggangku. Kami bertatapan.
" terima kasih sebab pinjamkan bahu untuk saya bersandar" Ujarnya.
" small the pieces punya hal.. " balasku. Aku mula gugup. Terasa hangat nafasnya mengenai pipiku. Dahiku dikucup lembut. Hangat. Jantungku mula berdegup laju. Dadaku mula terasa hangat dan sesak. Jiwa aku semakin mberontak mahu dibelai lebih lagi. Tanganya merangkul pinggangku erat. Aku makin tidak keruan.
" Damia.. stay calm" bisik hatiku sendiri namun alu gagal memujuk diriku sendiri dari terus memberontak.
" hei kenapa ni.. tak selesa ke.. ok saya tidur dekat sofa lah" ujarnya. Aku menahannya dari turun. Jarinya aku pegang erat. Jantungku makin kencang. Hatiku makin makin tidak keruan. Berombak rombak hingga sesak nafasku dikerongkong.
" Awak kenapa ni" soal Harraz cuak.
"tak de apa apa.. saya cuma tak boleh tidur" ujarku. Aku cuba menyimpan hasrat mahu dibelai.
" oh.. tak pe lah kalau awak tak selesa saya tidur dekat sofa" ujar Harraz.
" tak pe tak pe.. saya ok" aku menyelimuti tubuhku lalu aku memandang dinding. Terasa badan tegap itu kembali berbaring. Ada tangan menjalar dipinggangku lalu dirangkul erat merapati tubuhnya. Dingin yang sedari tadi terasa kini berubah hangat. Hembusan nafasnya terasa dileherku. Aku makin resah. Aku semakin dirasuk nafsu syaitan. Aku berpaling kearah Harraz yang kembali dalam lenanya. Bibirnya aku kucup lembut.
"awak.. " Harraz terjaga. Aku hanya tersenyum.
" saya tahu awak pun nakkan " duga ku.
"awak.. awak tidur ok.. awak letih sangat ni" ujarnya. Namun aku sudah tidak dapat bertahan lagi. Bibir milik pemuda itu aku cium rakus. Harraz terkejut dengan tindakan ku.
" maaf.. " aku malu dengan tindakan gila ku. Aku berpaling kearah dinding semula.
" Ish bodohnya kau Mia.. malunya" rungutku sendiri. Harraz merapatiku. Kini tubuhnyanya tidak berbaju. Aku dapat rasakan ototnya dengan jelas. Leherku dikucup lembut. Aku makin asyik.
" awak betul ni" soal Harraz. Aku mengangguk.
" awak dah biasa ke" soalnya.
" ini kali pertama" ujarku.
"sorry.. saya tak boleh" Harraz menyarung semula bajunya.
"why" aku kaget. Apahal pula mamat ni.. Potong betul la.. Rungutku.
" saya tak nak jadi orang pertama yang ragut kesucian awak.. " ujarnya.
" kau nak amik bekas je ke" tempelakku
" bukan macam tu.. Qisya juga bukan dara waktu kami bernikah.. dara atau bukan itu bukan alasannya.. saya cuma taknak rosakkan awak.. biarlah dara awak diambil oleh suami awak... " ujarnya
" kalau aku dah ditebuk kau on lah.. so kiranya kau anggap semua perempuan yang dah ditebuk ni bohsia lah" marahku. kenapa dengan aku.. sepatutnya aku bersyukur daraku masih lagi terjaga ni tak tiba tiba nak berang..
Damia Iris.. kau dah gila ke? Hatiku tidak sejajar dengan otak dan mindaku.
" bukan macam tu.. saya tetap hormatkan dia sebagai perempuan.. cuma awak masih suci.. macam mana saya nak cakap ya" Harraz memandangku. Digenggam jariku kemas.
" kita tidur ya.. awak letih sangat ni" Aku berbaring didalam dakapannya hingga aku terlena dalam kehangatan walaupun kecewa hasrat ku tidak tertunai.
Share this novel