2

Other Series 5883

Aku dan Daria menanti dibengkel. Daria kelihatan seakan sudah surut kesabarannya. Pemuda yang berjanji mahu menyelesaikan segala bil kereta ku masih belum tampak bayangnya. Aku meneliti hasil kerja mekanik terhadap keretaku.
" oiii kau tak call dia.. dah lama dah tunggu takkan tak sampai sampai lagi" bentak Daria. Aku memandangnya sekilas kerana kerja kerja membaiki keretaku lebih menarik minatku.
" Damia.. " tempik Daria mula menyinga.
" dah.. kejap lagi sampai la.. kau pun sabar la sikit.. aku tengah cuci mata.. anak ikan elok.. " nadaku mengendur apabila mekanik yang sedari tadi tunduk mula menampakkan wajahnya. Ouchhh.. bergetar jantungku. Telefonku yang berdering aku jawab panggilan itu.
" Saya dekat dalam bengkel ni.. dekat kereta saya" mataku tercari cari pemilik suara itu. Seorang pemuda berjalan kearahku. Aku mencari Daria yang hilang entah ke mana.
" Awak Damia" soal pemuda itu.
" ya saya.. Arif?? " soalku semula. Pemuda berkulit hitam manis berkumis nipis punya sorot mata yang bundar aku tatap.
"boleh tahan" bisik hati ku.
" ya.. saya Arif.. dah siap ke kereta ni.. boleh saya dapatkan bil" pintanya.
" bil encik boleh ambil dekat kaunter dekat dalam. " pinta mekanik tadi. Pemuda itu berjalan ke arah kaunter yang disebutkan.
" Mia.. tak sampai lagi ke" soal Daria.
" tu.. dia buat settlement" bibirku aku juih kearah kaunter didalam. Daria hanya melirik lalu memasukkan buah potong yang dibelinya kedalam mulutnya. Pemuda itu berjalan kembali kearah kami.
" ni bil dia.. saya dah settle semua.. by the way.. maaf sebab saya kereta awak dah kena masuk bengkel" ujar Arif. Matanya memandang Daria yang berdiri disebelahku.
" takpe janji awak dah bayar.. lain kali langgar lagi ya.. boleh bayar lagi" selorohku. Arif hanya tersenyum.
" oh ya.. ni Daria.. kakak saya merangkap musuh ketat saya" tawaku berderai apabila Daria merenungku tajam.
" hai saya Arif" disua tangan untuk berjabat namun tidak diendahkan Daria sebaliknya hanya senyuman kelat diberikan. Aku sempat melihat wajah kelat menahan malu dari raut wajah pemuda itu.
" korang ada plan pape ke lepas ni" soal Arif. Aku memandang Daria sekilas sebelum pemuda dihadapanku aku kembali tatap.
" nope.. kami nak balik.. kenapa" soalku. Daria mengerutkan dahinya tanda tidak setuju dengan tindakanku. Aku tersenyum kelat.
" jom saya belanja makan.. tanda maaf saya" ujar pemuda itu.
" thanks.. kami busy" sehaya itu Daria menarik tanganku agar kami beredar namun tangannya aku rentap.
"boleh... nak makan dekat mana? " soalku.
"Mia" rengus Daria. Aku hanya tersenyum.
" jom saya bawakan.. lepas makan saya hantar balik ke sini" ujarnya. Aku mengikut pemuda itu dari belakang. Daria bentak bentakkan. Aku tertawa kecil melihat keletahnya sepeeti keanak anakkan.

Kereta yang dipandu Arif tiba di destinasi. Aku dan Daria jalan beriringan.
" Duduk sini la.. " ujar pemuda itu. Aku dan Daria hanya menurut. Sedang kami membuat pesanan, meja kami didatangi oleh seseorang.
" Daria.. Damia... tak sangka jumpa dekat sini" Aku dan Daria menoleh.
" Mama mana? " soal Daria. Kehadiran pemuda itu tidak kami senangi.
"mama dekat ofis.. Fauzan janji dengan mama nak lunch dekat sini. " jelas pemuda itu. Arif melemparkan pandangan kehairanan.
" Ermm ok" balasku acuh tak acuh. Fauzan menelefon seseorang dari kata katanya aku yakin itu mama.
" boleh fauzan duduk sini.. mama kejap lagi sampai" Aku dan Daria berpandangan.
" Boleh boleh.. lagi pun masih ada tempat kosong kan" ujar Arif. Aku tersentak dengan pelawaan pemuda itu. Aku merenung Arif tajam dengan harapan dia memahami isi hatiku namun Arif tidak mengendahkan renungan ku. Daria melemparkan pandangannya keluar. Malas dia untuk bertentang mata dengan Fauzan. Suasana sepi. Tiada apa yang mahu dibicarakan. Aku cuma perasan gerak laku Daria kurang selesa dengan renungan gatal Fauzan. Arif juga perasan gerak geri Daria lalu di tukar tempat duduknya lalu duduk disebelah Daria dan ketika itu juga mama muncul dari pintu kafe dan menghampiri kami.
" hello babies.. tak kerja ke hari ni" soal Mama lalu aku dan Daria memeluk syurga kami erat.
" Ria off Mia kejap lagi masuk shift" jelas Daria. Mama hanya mengangguk namun matanya memandang Arif yang duduk disebelah Daria sebelum punggungnya dilabuhkan disebelah teman lelakinya yang bukan pilihan kami.
" siapa.. " belum sempat kata kata mama dihabiskan Daria segera merangkul lengan pemuda disebelahnya.
"Arif.. teman lelaki Ria" Air yang aku sedut hampir terhambur dari mulutku hanya dek kerana kenyataan Daria yang mengejutkan. Arif tampak tersentak begitu juga Fauzan. Mama tersenyum gembira.
" kenapa mama tak tahu pun.. Pandai korang simpan rahsiakan" seloroh mama. Aku memandang Daria pinta penjelasan. Kornea matanya digerak gerakkan memohon penipuan dari mulutku.
" Mia tak masuk campur hal peribadi Ria ye.. mama nak tahu mama tanya Ria sendiri" ujarku sebagai penyelamat diri. Daria agak bersetuju dengan kata kataku.
" dah lama ke korang bercinta" mama mula menyoal. Aku menelan airliur kelat. Raut wajah Arif gelisah. Daria membaiki duduknya. Tampak tenang.
" baru tiga bulan mama.. Ria ingat bila relationship kami dah stabil and ada rancangan untuk ke arah lebih serius baru nak bagitahu mama.. tapi tak sempat.. mama dah tahu.. kan B" lengan Arif ditepuk lembut. Arif yang dari tadi diam termangu memandang Daria mohon pencerahan.
" ha ah aunty.. maaf kami bukan nak merahsiakan tapi kami masih baru berhubungan." ujar Arif. Aku yang dari tadi mahu tertawa menahan geli dihati. Fauzan seakan kepanasan.
" Arif kerja apa ya" Soal Mama.
" saya pegawai imigresen biasa je aunty" jelasnya. Aku hanya mengangguk.
" nah kau Ria.. abam imigresen kau cekup" aku bisikkan ditelinga kakakku lalu sepit ketam hinggap dipahaku.
" korang berdua ni kenapa.. " tegur mama apabila melihat aku bergelut dengan Daria.
" Mia ni.. ada je benda nak mengata kat Ria" rungutnya. Tidak semena Arif menepuk lembut ubun ubun Daria. Aku dan Daria tergamam dengan tindakan pemuda itu. Daria kaku.
" sembang apa lama lama makan la.. dah sejuk dah pun makanan" selorohku lalu nasi putih bersama lauk lemak cili padi daging salai aku yang aku pesan aku masukkan ke dalam mulut. Arif seakan menghayati watak yang diberi. Dilayan Daria sebaik mungkin. Fauzan tampak tidak selesa melihat kemesraan itu.

" thanks for the treats..." ucapku. Daria yang berdiri diluar kereta hanya diam. Jam ditangannya di belek berkali kali.
" My pleasure.. by the way can I save your number" pintanya.
" boleh jer.. but wait.. saya tak rasa awak nak call saya kan" aku cuba memerangkap. Aku tahu dia mahukan nombor Daria kerana dari tadi sepertinya dia seakan tertarik dengan Daria. Arif hanya tersenyum.
" sekejap ya.. kena tanya tuan badan" aku keluar lalu mendapatkan Daria.
"wei.. kau tak reti nak ucap terima kasih ke kat mamat tu sebab dia dah selamatkan kau dari renungan jantan gatal tu" ujarku. Dahi Daria berkerut. Aku memandangnya tepat. Daria menarik muncung panjang.
"ish kau ni.. tak baik tau" ujarku lagi
" ye lah.. " Daria berjalan kearah cermin sebelah pemandu lalu diketuk perlahan. Aku meninggalkan mereka berdua dan mendapatkan kereta ku yang sudah siap dibaiki.

Aku mengemas mejaku setelah shif aku tamat. Semuanya aku susun rapi. Tiba meja aku diketuk seseorang.
" Encik Fauzan.. ada apa yang boleh saya bantu" aku cuba berlagak tenang.
" betul ke Daria dah ada boyfriend " aku agak terkejut dengan soalan yang diajukan namun ku sembunyikan reaksiku.
" kenapa nak tanya kalau dah tahu" soalku
" kenapa saya rasa macam tipu je" soalan itu seakan mahu memerangkapku.
" maaf cik Fauzan.. saya hostess bukan pakar psikitri.. lagipun itu hal peribadi kakak saya.. tak perlu rasanya saya ceritakan pada encik yang tiada kaitan dengan kami" tegasku. Aku mengambil beg sandang ku lalu beredar meninggalkan meja ku.
" Damia.. wait" panggilannya aku tidak endahkan. Jalanku laju menuju ke lif pekerja.
"Damia" panggilnya lagi sebelum pintu lif itu tertutup rapat.
" fuhhh.. lega.. biol betul la.. apa yang kau nak sengal.. tak cukup ke mama aku" gumam ku sendiri.

Kereta ku aku parkir dipetak milikku. Tiba tiba sebuah kereta menghalang kereta ku dari hadapan. Aku diam menanti didalam kereta. Dengan keadaan parkir yang gelap dan sunyi membuatkan aku mula berfikir akan kemungkinan yang buruk. Kelibat seorang lelaki keluar dari kereta itu. Badanku mula menggigil apabila pemuda itu menghampiriku. Tingkap keretaku diketuk. Aku gugup.
" aku nak buat apa ni" aku mula menggelabah.
" Damia" pemuda itu membongkok.
" Fauzan.. apa dia buat dekat sini.. " aku membuka tingkap ku sedikit risau akan perilakunya yang mungkin menggila.
" awak nak apa.. mana awak tahu saya stay sini" soal ku cuak.
" awak follow saya ke" soalku.
" ye.. saya masih ada perkara nak tanya." ujarnya
" apa lagi.. kalau pasal Daria.. saya memang tak ada jawapan.. awak kena tanya dia.. lagipun untuk apa awak ambil tahu hal dia sedangkan awak dah ada mama" tegasku
" boleh awak keluar dulu tak.. kita sembang" pintanya
" tak nak.. takde apa yang nak dan perlu kita sembang.. baik awak beredar sebelun saya buat bising dekat sini" ugutku.
" awak dengar dulu " rayunya
" no.. tak nak tak nak tak nak" ulang ku berkali kali sambil telingaku ditutup rapat. Fauzan beredar meninggalkan aku sendirian selepas dia tidak dapat menahan perangai gilaku yang mungkin akan membahayakan dirinya. Aku menarik nafas lega. Cepat cepat aku keluar dan berlari menuju ke lif. Otak ku masih tidak dapat menerima akan kejadian sebentar tadi.

Rumah ku sunyi. Daria tiada dirumah. Telefonnya tidak berjawab. Aku mula risau kerana Daria bukannya jenis manusia yang keluar bersendirian tanpa aku disisi apatah lagi malam hari. Aku lah penemannya apabila dia mahu keluar di malam hari. Daria tidak punya kawan atau teman rapat yang ramai dan dia juga bukanlah manusia yang mudah selesa dengan sesorang. Jadi kemana saja dia ingin pergi dia akan mengajakku.
" mana lah semek ni pergi" risau mula bertandang dihati apabila bayangan Fauzan mula menjengah.

DARIA> ada apa.. aku dekat pool

mesej dari Daria aku baca.


DAMIA> kau buat apa dekat pool...dengan siapa??

Soalku risau. Mesejku dibalas dengan hantaran sekeping foto.
"Arif?? " bisik mulutku.
" hai.. tersangkut ke" usik hatiku sendiri.


DAMIA> jgn lewat ye.. hutang cerita dengan aku ahaksss

DARIA> SETANNNN

Tawaku berderai tatkala membaca mesej dari Daria.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunyi. Hanya bunyi kenderaan lalu lalang dan kucing serta anjing bersahut sahutan.
" Kalau tak de apa apa nak cakap saya naik dulu" ujar Daria. Arif yang sedari tadi diam bangun daei duduknya sehaya melihat Daria yang mula bangun mahu meninggalkan tempat duduknya.
" wait.. " Arif cuba menghalang Daria dari pergi. Daria menoleh lalu memeluk tubuh menahan kesejukan malam yang menyucuk tulang belulangnya. T shirt lengan pendek dan track suit yang disarungnya bisa saja angin malam menembusinya.
"duduk la.. " rengek Arif. Daria hanya mengikut.
" awak nak cakap apa.. call saya hanya nak tengok saya saje ke?? " soal Daria.
" cantik" kata itu tersembul dari mulut pemuda itu
" apa dia" Daria menyoal kerana ianya kurang jelas kedengaran.
" hah.. tak saya tanya awak sejuk ke" Dia cuba mengubah topik.
" boleh la" balas Daria acuh tak acuh. Arif seakan mati kata.
" dah habis dah" soal Daria.
" kenapa awak tipu mama awak" soal Arif ingin tahu. Daria menunduk mencari kekuatan untuk berbicara. Mata redup berona hazel milik pemuda itu membuatkan Daria berdebar. Terasa sesak dadanya dek degupan laju.
" family matters.. by the way.. terima kasih atas lakonan tadi.. " ucap Daria tanpa memandang pemuda itu.
" ada apa apa ke dekat muka saya" soal Arif. Daria menggeleng.
" takde" jawab Daria sepatah.
"habis kenapa tak tengok muka saya" nada mendatar pemuda itu membuatkan Daria tidak keruan. Seakan ada panahan tepat mengenai hatinya.
" tengok la saya" rengek Arif lagi. Entah mengapa tawa Daria berderai.
" la ketawa pula" rajuk pemuda itu.
" tak lah awak buat perangai macam tu comel sangat" tawa Daria makin jelas. Arif tersenyum melihat keletah gadis yang berjaya mencuri hatinya.
" adoiii la.. awak memang macam ni ke" Daria mula berbicara
" ye lah macam ni la.. awak nak saya macam mana.. hulk hogan.. triple H.. ke Messi.. atau si botak the rock" diusik lagi gadis itu yang tawa masih berbaki. Daria cuba membayangkan pemuda dihadapannya dengan nama nama yang disebutkan. Tawanya berderai lagi.
" eeuuww tak boleh bayangkan kalau awak botak.. mesti kelakarkan" tawanya masih bergegar. Arif hanya tersenyum
" serius la.. ish.. awak ni.. memain pula" rajuk Arif.
" apa" Balas Daria termengah mengah mahu menamatkan tawanya. Perutnya ditekan tekan kerana sakit akibat tawa yang lama.
" kenapa awak tipu mama awak tentang kita" Daria diam tiba tiba.
" saya nak cerita pun saya tak tahu macam mana.. tapi cukup lah kalau saya katakan saya tak suka Fauzan tu" ujar Daria. Nafasnya dihela panjang. Arif menyarungkan jaket jeansnya ke tubuh Daria yang kesejukkan. Daria tergamam. Dia terkejut dengan aksi tiba tiba pemuda itu. Arif yang dari tadi duduk jarak beberapa meter dengannya kini berada disebelahnya. Daria menjarakkan sedikit duduknya agar berjarak.
" saya tak paksa awak cerita.. cuma saya hairan kenapa tiba tiba saya jadi boyfriend awak dalam beberapa minit perkenalan" soal Arif.
" saya tak percaya pada relationship apatah lagi yang melibatkan percintaan.. saya takde kawan rapat.. best friend saya Damia.. dialah adik saya.. bff saya dan musuh ketat saya" Dahi Arif sedikit berkerut. Sukar dia memahami kata kata gadis itu.
" kenapa awak tak percaya" soal Daria.
" tak.. saya cuma hairan la.. apa yang buatkan awak terfikir macam tu.. macam ada sesuatu terjadi dalam diri awak yang buat awak trauma dengan any telationship" Arif cuba mengorek cerita. Kedengaran Daria menarik nafas panjang. Terasa berat beban yang ditanggung.
" apa pun yang pernah terjadi dalam hidup awak.. saya akan pastikan semua tu takkan berulang lagi" ujar Arif. Daria menoleh.
Dia cuba mencari makna disebalik kata kata itu.
" maksud awak" Kini giliran dahinya Daria pula berkerut.
" saya harap awak bagi saya peluang untuk berada disisi awak.. jadi peneman hidup awak.. menjadi teman suka duka awak.. beri saya peluang untuk bahagia dan gembirakan awak" jari pemuda itu menyelak rambut Daria yang menutup wajah gadis itu lembut.
" Sorry saya tak faham" Daria masih masih mahukan kepastian.
" saya nak jadi pendamping awak.. saya nak halalkan awak.. " kaki Daria seakan tidak berada dibumi.
" awak dah berjaya curi hati saya.. awak buatkan saya mahu memiliki awak" Daria kaku tanpa bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience